SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Rabu, 22 Jun 2011

...Saje2 je...bacalah....dan renungkanlah

Menyombong, bukannya sombong. Sombong adalah sikap kekal yang sebati dalam diri seseorang, sementara menyombong hanyalah lakonan. Kita selalu berlakon membawa watak orang yang sombong. Beraksi sombong untuk mempertahankan hak atau kehendak kita. Menyombong kerana mempunyai persepsi, orang lain tidak boleh memperkotak-katikkan kita kalau mempamerkan wajah serius dengan cebik bibir dan suara yang mendatar.

Sebab itu di jalanraya, ada di antara kita menyombong dengan tidak mengangkat tangan pun kepada pemandu di belakang bila hendak berpindah ke lorongnya. Tidak mahu kelihatan toya kerana berlemah-lembut. Menyombong kerana takut dihon oleh pemandu itu kalau kita berperangai molek. Di kompleks membeli-belah, apabila adik promosi telefon bimbit tampil menghulur brosur, kita buat-buat tak nampak akan kehadirannya. Menyombong kerana takut termakan ayat-ayatnya lalu terbeli telefon bimbit ketiga.

Pendek kata, bila kita berdepan dengan seseorang yang tidak kita kenali, maka lakonan sombong itu kita pamerkan sebagai defense mechanism atau mekanisme pertahanan agar orang lain segan dengan kita. Soalnya, mengapa kita defensif dengan menyombongkan diri? Ia berpunca daripada pengalaman-pengalaman buruk yang pernah kita alami.

Pengalaman dipermain, diperlekeh atau ditipu menjadikan kita lebih berprasangka terhadap seseorang yang baru dikenali. Su’u dzan, atau bersangka buruk terhadap seseorang akan menjadikan kita serik untuk membuka hati dan perasaan dengan mudah. Kita sanggup berperangai bengis dan berhati kering supaya orang yang berdepan dengan kita tidak berpeluang memanipulasi diri kita.

Memilih sikap menyombongkan diri sebagai cara kita berhati-hati ini sememangnya bagus. Tetapi, apabila lakonan ini sebati di dalam diri, ia sudah menjadi karektor. Apabila ia menjadi karektor, ia adalah peribadi diri. Kerana ia bukan lagi lakonan untuk menyombong, ia sudah menjelma sebagai sikap sombong diri. Topeng sudah melekat menjadi kulit wajah!

Kita tidak akan sedar dengan sikap buruk ini kerana setiap kali bercermin, kita akan lihat diri kita yang sama, iaitu yang baik dan elok. Sedangkan, bila orang lain melihat kita, mereka nampak diri kita yang hodoh. Ketika itu, meskipun kita berasa diri kita hanya berlakon sombong, sebenarnya orang lain yang melihat akan nampak diri kita yang benar-benar sombong kerana kita sudah menjiwai watak buruk itu.

Justeru itu, kita perlu mengamalkan sikap husnul dzan atau bersangka baik bila berdepan dengan orang lain, kerana ia akan memulihkan kita daripada penyakit yang tumbuh akibat terlalu bersandiwara di pentas dunia!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan