BERLAKON untuk melepas diri? Anda yang membaca artikel ini juga tidak boleh tidak, pernah berlakon untuk melepaskan diri daripada pelbagai situasi. Bermula sejak di zaman persekolahan, kita berlakon kononnya buku latihan tertinggal di rumah, padahal kita tidak membuat kerja sekolah. Kita berlakon, kaki kita sakit sebab tidak memakai kasut sekolah, padahal kasut kita basah kerana kita bermain lopak hujan petang semalam.
Apabila dewasa, berlakon untuk melepaskan diri menjadi satu mekanisme muslihat untuk mempertahankan diri. Berpura-pura tidak nampak si kakak penjaja kerepek yang singgah dari meja ke meja ketika kita makan di restoran, adalah satu contoh lakonan untuk mengelak daripada membeli jajan yang kita tidak ingini. Menyombongkan diri ketika dihampiri si pengutip derma di hadapan pintu bank mahupun mencampak telefon bimbit ketika berbual sewaktu memandu kerana takut disaman anggota polis trafik yang muncul di sisi adalah contoh lakonan untuk melepas diri.
Terdapat banyak lakonan yang kita lakukan untuk melepaskan diri. Apakah ini satu pembohongan? Ya. Berlakon untuk melepaskan diri juga adalah satu bentuk pembohongan. Saya tidak berani mengatakan ia bohong sunat kerana setahu saya, tidak ada istilah bohong sunat. Kerana itu saya juga tidak berani untuk mengatakan, berlakon untuk melepaskan diri sebagai berpahala, apatah lagi satu perbuatan yang berdosa.
Namun, dalam pelbagai situasi dan ketika, kadangkala kita terpaksa berlakon untuk melepaskan kawan-kawan kita mahupun imej syarikat tempat kita bekerja. Contohnya, kita pernah menyatakan kawan kita Dol, sudah masuk ke pejabat tetapi terpaksa keluar kerana ada hal, sedangkan kita tahu dia datang lewat. Ataupun memberitahu pihak pembekal, cek untuknya masih belum bos tandatangani lagi, padahal pihak syarikat kita belum ada duit untuk membayarnya. Lakonan untuk menutup kesalahan orang atau pihak lain kita lakukan untuk cover line.
Walau apa pun, berlakon untuk melepaskan diri juga wajar dilakukan agar kita tidak terjerat dengan tipu helah orang lain. Yang tidak bagusnya ialah apabila lakonan untuk melepas diri itu dilakukan berlebih-lebihan sampai sebati di dalam diri. Akhirnya, kita menjadi orang yang sentiasa bersandiwara untuk menipu orang lain.
Manusia yang sebegini menghidap gangguan psikologi yang dinamakan sindrom penafian. Sebuah artikel menarik The Denial Syndrome and Its Consequences, tulisan Dr. Sabrina P Ramet, seorang pensyarah yang berkelulusan Sains Politik, Universiti California, Los Angeles, Amerika menggariskan manusia yang menghidap gangguan psikologi ini.
Menurutnya, seseorang yang menghidapi gangguan psikologi sindrom penafian mempunyai tiga peringkat. Pertama, menafikan yang benar, sebaliknya percaya apa yang diperkatakannya itu yang benar. Kedua, menafikan yang benar, walaupun dia tahu yang apa yang diperkatakannya itu tidak benar. Ketiga, dia mempunyai persepsi terpilih, ingatan terpilih dan intepretasi terpilih, lalu mengenepikan maklumat yang benar. Dalam erti kata lain, dia hanya memilih apa yang sesuai dengan kehendaknya.
Di peringkat ini, seseorang yang menghidapi sindrom penafian ini akan mempamerkan personaliti yang elok. Pada waktu yang sama, dia akan menyalah atau meletakkan kesemua kesalahan kepada orang lain. Dialah yang sentiasa benar dan orang lain yang menuduhnya pula yang salah.
Sindrom penafian yang ekstrim menjadikan seseorang itu kerap berbohong untuk melepaskan diri. Andainya ia sudah menjadi tabiat yang sebati di dalam diri, ia bererti dia terjerumus sebagai pembohong tegar yang hidup di dalam dunia pembohongan yang dianggapnya benar, sebaliknya realiti yang benar itu palsu pula baginya. Pendek kata, dia hidup di dalam dunia khayalan kerana sudah tidak sedar diri.
Orang begini berasakan dia boleh hidup dengan berbohong kerana dia menyangka orang lain sentiasa mempercayainya. Ini sama sekali tidak akan terjadi kerana seperti kata Abraham Lincoln,“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."
Bukan semua orang bodoh, tetapi ada orang bodoh bagi semua orang.

Artikel ini bakal terbit di akhbar Sinar Harian pada 15.6.2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan