SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Rabu, 22 Jun 2011

Jom Fikir sekejap...

SEBENARNYA, kita kini terlalu terikut-ikut dengan fikiran untuk memandang ke hadapan. Dalam ertikata yang lain ialah menjadi seseorang yang berwawasan. Menjadi seseorang yang mempunyai visi sememangnya bagus, tetapi berfikiran yang begitu sahaja sebenarnya tidak bagus. Ia tak lengkap.

Yang melengkapi fikiran berwawasan ialah berfikiran yang turut memandang ke belakang, iaitu mengamalkan 
reflective thinkingataupun bertadabbur. Memandang ke hadapan semata-mata tanpa menoleh ke belakang akan mengakibatkan kita akan mengulangi kesilapan yang kita lakukan sebelum ini.

Kesilapan akan menjadi kesalahan bila kita mengulanginya buat kali kedua. Bila kita tidak belajar daripada pengalaman, ertinya kita menolak sejarah diri. Sedangkan memandang ke belakang itu umpama kembali ke pangkal jalan. Atau merentas semula ke jalan kenangan untuk mengutip apa yang tertinggal untuk dibawa bersama dalam meniti hari esok.

Yang menyempurnakan fikiran berwawasan dan bertaddabur ialah
contemplative thinking atau bermuhasabah. Bermuhasabah atau merenung ke dalam diri itu akan menginsafkan kerana kita berhubung dengan suara hati. Suara hati itulah yang lebih jujur dan tulus terhadap diri.

Bila ada fikiran yang berwawasan iaitu memandang ke hadapan, bertaddabur atau memandang ke belakang dan bermuhasabah atau memandang ke dalam, maka baharulah apa jua azam dan nawaitu dapat dihasilkan dengan berkesan. Justeru itu, memandang ke hadapan, belakang dan juga ke dalam akan menjadikan sesebuah azam baru itu digenggam dengan penuh istiqamah.

Dan sesebuah azam yang ingin dilaksanakan itu mesti lahir daripada kesedaran dan keinsafan untuk memperbaiki diri. Bukan dilakukan kerana apa-apa ‘sempena’, lebih-lebih lagi sempena tahun baru. Ini adalah kerana azam yang bersandarkan ‘sempena’ itu akan mudah rebah dan pudar ditelan waktu.

Misalnya, azam untuk berhenti merokok dilakukan kerana doktor menasihatkan kita berhenti merokok kerana dikhuatiri mengalami radang paru-paru. Azam belajar bersungguh-sungguh diniatkan kerana takut gagal dan menanggung malu. Atau azam untuk belajar memandu dihasratkan kerana kita ingin membeli kereta tidak lama lagi.

Tidak perlu berazam sempena tahun baru melainkan kerana kita benar-benar ingin melakukannya untuk kebaikan diri sendiri. Justeru itu, mulai tahun 2010, berazamlah untuk tidak berazam tahun baru lagi. Sebaliknya berazamlah kerana kita benar-benar berkeinginan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.

Dengan cara itu, kita boleh sahaja berazam pada bila-bila masa. Azam yang dirancang itu pula boleh dilakukan satu demi satu dan tidak panjang senarainya seperti yang dilakukan oleh berjuta-juta manusia lain di muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan