Hati yang lalai lupa pula kepada ALlah. Ada juga yang sudah tahu halal dan haram tetapi tetap juga membuat perkara dilarang ALlah. Ada pula diberi nasihat dengan baik, sebaik-baik nasihat tetapi telah dicemuh malah dijatuhkan.
Bukankah di zaman ini juga sudah ada berlaku penghinaan kepada sesama umat Islam? Ada yang menganggap golongannya masuk syurga, merekalah golongan yang terpilih digelar dengan bermacam gelaran. Sebermula ditabalkan diri sebagai salafiyyah, muwahhidun, firqatun najiyah (golongan selamat). Manakala ulamak Islam lain sudah habis dikafirkan, dihukum syirik. Ada umat Islam dituduh sebagai penyembah kubur tanpa habis lagi diselidik, umat Islam yang mengikut mazhab dituduh musyrik. Banyaklah sudah jemaah Islam dikafirkan, dihukum sesat. Antara yang telah dihukum sebagai sesat dan terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah seperti jemaah ikhwanul Muslimin, jemaah Tabligh, Ahli Sufi yang mengikut al Quran dan Sunnah, al Asya'irah dan ramai lagi. Akhirnya majoriti umat Islam telah divonis masuk ke dalam neraka semuanya.
Benarkah RasuluLlah mengajar kita untuk menghukum kafir tanpa hak? Menghukum sesat, syirik tanpa hak? Apatah lagi hanya dalam perkara khilafiyyah (perbezaan pendapat para ulamak)?
Ada satu hadith yang direkodkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :
Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.
RasuluLlah dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari no 5752 bererti:
Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya.
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
. (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan
Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
Mengapa ya katanya ingin kembali kepada al Quran dan Sunnah tetapi dalam berhukum selalu tidak lihat kiri dan kanan, tidak diselidiki sehinggalah ayat ALlah tidak dijadikan panduan?Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".
Saya yakin bagi pencinta kedamaian, yang benar-benar sayang pada saudara yang seIslam. Tidak tega untuk menghukum para ulamak muktabar dengan hukuman kafir, syirik, sesat. Tidak akan rela untuk menghukum ibu dan ayah sendiri sebagai sesat dan masuk neraka hanya dalam perkara furu'iyyah apatah lagi sudah jelas amaran RasuluLlah pada mereka yang bersikap yang seperti ini.Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali, An Najiah Hia al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cet 1 2008, Penerbit Mutiara Ilmu, Surabaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan