SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 26 Mac 2011

Ponteng...Berita Surat khabar Utusan bertarikh 25.3.2011


31 pelajar ponteng ditangkap

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Seramai 31 pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, ditangkap di daerah ini hari ini dalam Operasi Gerak Tempur Basmi Ponteng Sekolah yang diadakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu.
Seorang daripada pelajar itu didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda setelah gagal melepasi ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar berkata, operasi yang julung kali diadakan itu disertai oleh 130 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), polis, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta beberapa orang guru.
Katanya, operasi itu pada awalnya hanya disasarkan terhadap pelajar dari tiga sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, SMK Bukit Tunggal dan SMK Kompleks Gong Badak.
Bagaimanapun, katanya, hasil kerjasama semua pihak, beberapa pelajar ponteng dari sekolah berdekatan turut ditangkap.
"Program gerak tempur ini seperti KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk Jabatan Pelajaran negeri dalam usaha mengurangkan gejala ponteng dalam kalangan pelajar," katanya kepada pemberita di SMK Ibrahim Fikri di sini hari ini.
Dalam operasi yang bermula pukul 8 pagi itu, kebanyakan pelajar ponteng bertempiaran lari ketika dikejar oleh pihak berkuasa terlibat.
Terdapat dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri dengan motosikal, ada yang terjun ke dalam paya berdekatan, malah ada yang bersembunyi di rumah kosong bagi mengelak diberkas.
Kesemua pelajar itu kemudian diberikan kaunseling, manakala ibu bapa mereka turut dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai gejala ponteng itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan