Seseorang dikatakan demam bila suhu badannya lebih dari biasa. Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab atau dengan sebab seperti jangkitan kuman.
Demam. Jangan ambil mudah! Apalagi jika ianya melibatkan anak kecil. Ketidakpekaan ibubapa dalam menangani demam yang menjangkiti anak mereka boleh memberi implikasi yang besar. Satu kenyataan yang benar dan menakutkan ialah demam merupakan salah satu penyumbang kepada kes terencat akal di kalangan anak-anak.
Tanda-tanda demam panas:
1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala terasa panas tapi tangan dan kaki terasa sejuk dan kelihatan pucat.3. Bibir kebiru-biruan.
3. Badan tak berpeluh.
4. Anak merengek atau menangis tak berhenti-henti.
Apa yang perlu dilakukan jika anak demam panas?
1. Periksa suhu badannya.Termometer atau penyukat suhu merupakan benda wajib untuk dimiliki oleh mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kalau tiada penyukat suhu... letakkan mata kita pada dahi anak untuk mengetahui tahap kepanasan badan anak. Periksalah dengan kerap kerana kenaikan suhu kadangkala tidak dijangkakan terutama pada waktu malam.
2. Lapkan badan anakJika suhu badan anak melebihi 37°, cepat-cepatlah lapkan badan anak dengan tuala basah terutama dibahagian pelipat seperti ketiak dan tengkuk. Pastikan anda mula mengelap dari bahagian kaki supaya anak tidak terkejut akibat rasa sejuk dari tuala yang basah. Anda juga boleh meletakkan tuala basah di dahi anak untuk memastikan suhu badan anak tidak naik mendadak. Jangan sesekali selimutkan anak dengan selimut tebal.
3. Penggunaan ubatUntuk penurunan suhu dengan kadar yang segera, ibubapa bolehlah menggunakan ubat demam yang dimasukkan melalui punggung (jika ada).
3. Bawa ke klinikKalau suhu badan anak tak turun, segeralah bawa ke klinik.
Demam panas selalunya adalah punca sawan tarik yang merosakkan urat saraf seseorang individu. Selalulah pantau kesihatan anak-anak.
Saya amat berbesar hati sekiranya pembaca dapat berkongsi petua mengatasi masalah demam anak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan