Dalam menghadapi kehidupan seharian, kadangkala kita pasti berasa bosan dengan rutin harian yang sememangnya penat dan sibuk, tambahan pula selepas beberapa hari bercuti panjang atau cuti hari minggu.
Ini semua kerana pada hari minggu kita mungkin dapat bersantai di rumah sambil membaca buku di beranda rumah dalam keadaan tenang dan mendamaikan.
Bagaimanapun di bawah terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda dalam menguruskan kehidupan seharian dalam keadaan tenang dan mendamaikan.
- Mulakan kehidupan anda dengan ceria selepas bangun dari tidur, dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
- Baring sebentar sebelum anda bangun dari katil dan peruntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman ringan serta menarik nafas panjang.
- Bangun bersarapan bersama keluarga dan makan sarapan di meja. Duduklah dengan suami dan anak-anak sebelum anda berdua berangkat ke pejabat untuk memulakan tugas masing-masing.
- Mulakan hari anda dengan berfikiran positif, cuba fikirkan sesuatu yang boleh memberikan ketenangan dan keseronokan pada diri sendiri. Ini semua membantu memotivasikan kehidupan anda supaya lebih sihat dan bertenaga.
- Sebelum memulakan tugasan di pejabat, pastikan segala masalah diri diselesaikan.
- Dalam menyiapkan sesuatu kerja fokuskan sepenuh hati, jangan amalkan membuatkan dua kerja dalam sesuatu masa. Keadaan itu membantu anda menjadikan seseorang yang berdisiplin dalam kerja.
- Berhenti seketika sebelum makan, tidak perlu makan dengan tergopoh-gopoh sebaliknya makan dengan tenang dan penuh tertib .
- Tarik nafas ketika di meja makan, hidu makanan sebelum menjamahnya, makanlah dengan cermat.
- Untuk makan tengahari, keluar pejabat tepat masanya, ambil masa 15 minit untuk senaman (berjalan) ketika menuju ke kedai makan.
- Dapatkan berita-berita terkini untuk mengetahui perkembangan semasa, cari maklumat terkini yang boleh memberikan maklumat mengenai sesuatu perkara.
- Jadilah pendengar setia kepada rakan ataupun pasangan, fokus semasa si dia bercerita atau meluahkan sesuatu kepada kita.
- Cari ayat-ayat motivasi yang boleh memberikan semangat kepada diri sendiri.
- Apabila teringatkan seseorang, hantar poskad sebagai tanda ingatan anda kepada rakan, beritahu mereka anda rindu kepadanya, keadaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan.
- Sekiranya sibuk di pejabat cuba luangkan masa sedikit untuk diri sendiri, ambil nafas dan cuba relaks sebelum teruskan kerja.
- Apabila berjumpa rakan-rakan bersalam dengan mereka, tunjukkan kepada mereka anda menghargai dengan pertalian sahabat yang terbina.
- Jika anda berfikir sesuatu yang baik tentang sahabat itu, cuba luahkan padanya, kadangkala tidak pernah berkata kepada seseorang betapa kita mengagumi rambut mereka atau bahawa kita mengasihi tulisan tangan mereka. Dan mengapa tidak berbuat sedemikian ?
- Apa salahnya jika sekali sekala malan malam dengan suasana yang romantik. Keadaan ini semestinya memberikan penghargaan pada diri sendiri dan juga pasangan.
- Cuba mencapai impian, mulakan sesuatu dengan penuh semangat dan anda pasti merasai ketenangan yang abadi.
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan