SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 26 Mac 2011

Ponteng...Berita Surat khabar Utusan bertarikh 25.3.2011


31 pelajar ponteng ditangkap

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Seramai 31 pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, ditangkap di daerah ini hari ini dalam Operasi Gerak Tempur Basmi Ponteng Sekolah yang diadakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu.
Seorang daripada pelajar itu didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda setelah gagal melepasi ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar berkata, operasi yang julung kali diadakan itu disertai oleh 130 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), polis, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta beberapa orang guru.
Katanya, operasi itu pada awalnya hanya disasarkan terhadap pelajar dari tiga sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, SMK Bukit Tunggal dan SMK Kompleks Gong Badak.
Bagaimanapun, katanya, hasil kerjasama semua pihak, beberapa pelajar ponteng dari sekolah berdekatan turut ditangkap.
"Program gerak tempur ini seperti KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk Jabatan Pelajaran negeri dalam usaha mengurangkan gejala ponteng dalam kalangan pelajar," katanya kepada pemberita di SMK Ibrahim Fikri di sini hari ini.
Dalam operasi yang bermula pukul 8 pagi itu, kebanyakan pelajar ponteng bertempiaran lari ketika dikejar oleh pihak berkuasa terlibat.
Terdapat dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri dengan motosikal, ada yang terjun ke dalam paya berdekatan, malah ada yang bersembunyi di rumah kosong bagi mengelak diberkas.
Kesemua pelajar itu kemudian diberikan kaunseling, manakala ibu bapa mereka turut dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai gejala ponteng itu.

MASALAH PONTENG...DI.KUALA TERENGGANU


KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan berusia 14 tahun memaki guru dan anggota RELA yang menahannya bersama dua rakan dalam Operasi Ponteng Sekolah peringkat negeri, semalam.  

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, ketika pelajar berkenaan yang berpakaian biasa asyik menyaksikan acara sukan Majlis Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara kira-kira jam 10 pagi.

Pelajar itu antara 53 pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun yang ditahan dalam operasi ponteng sekolah bermula jam 8 hingga 11 pagi. Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing. 
 
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam. 
 
“Lokasi serbuan adalah port pelajar itu ponteng. Kita juga menahan beberapa pelajar ponteng kononnya untuk menyokong rakan yang menyertai acara sukan di kompleks itu,” katanya selepas memberi taklimat kepada pelajar terbabit dan ibu bapa mereka di Dewan SMK Ibrahim Fikri, semalam.

Rabu, 23 Mac 2011

KEPUTUSAN SPM 2010....ALHAMDULILLAH..SMTWT SEMAKIN MANTAP...

23 .3 2011...hari yang dinanti-nantikan oleh studentku yang mengambil exam SPM tahun 2010....hari ini result SPM 2010 diumumkan. Dengan diiringi hujan....alhamdulillah keputusan SPM semakin mantap..

Best Student

                                                          2nd Best Student

Tuan Pengetua bersama dengan salah seorang xstudent SPM 2010

PERBUALAN BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA


Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu



Khamis, 17 Mac 2011

TIP TIDUR LENA.....zzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZ....

Kebiasaannya apabila tidak boleh tidur, pelbagai petua diberi. Disuruh mengira angka atau membilang biri-biri sehingga terlena. Tetapi apa pula caranya jika masalah sukar tidur disebabkan cuaca panas.

Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge menurunkan panduan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dalam keadaan cuaca panas.

Pertama, fahami punca kita tidak dapat tidur ketika cuaca panas. Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca malam yang panas menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.

Beliau mencadangkan supaya langsir bilik dibiarkan menutupi pintu dan tingkap pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah untuk melancarkan peredaran udara di dalam bilik. Jika tidak, kepanasan motor kipas akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.

Selain itu, pastikan anda keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini membantu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.

Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang amat minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu dan keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana lampu menambah suhu bilik menjadi semakin panas.

Oleh itu pastikan bilik sejuk dan elak dimasuki terlalu banyak cahaya.

Seperkara lagi yang perlu diingat, elak berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan. Pergi ke pusat kecergasan awal pagi.

Paling mudah untuk menurunkan suhu badan ketika cuaca panas adalah dengan mandi air sejuk sebelum tidur.

Dr. Smith turut menasihatkan supaya mengelak daripada melayari facebook sebelum tidur, Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur.

Nasihat beliau lagi, kurangkan pengambilan kafein malah elak sama sekali selepas waktu tengahari.

Ingat kafein bukan saja terdapat di dalam kopi atau teh, malah coklat serta minuman ringan turut mengandungi bahan tersebut.

HIDUP MESTI TENANG....

Dalam menghadapi kehidupan seharian, kadangkala kita pasti berasa bosan dengan rutin harian yang sememangnya penat dan sibuk, tambahan pula selepas beberapa hari bercuti panjang atau cuti hari minggu.

Ini semua kerana pada hari minggu kita mungkin dapat bersantai di rumah sambil membaca buku di beranda rumah dalam keadaan tenang dan mendamaikan.

Bagaimanapun di bawah terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda dalam menguruskan kehidupan seharian dalam keadaan tenang dan mendamaikan.

- Mulakan kehidupan anda dengan ceria selepas bangun dari tidur, dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

- Baring sebentar sebelum anda bangun dari katil dan peruntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman ringan serta menarik nafas panjang.

- Bangun bersarapan bersama keluarga dan makan sarapan di meja. Duduklah dengan suami dan anak-anak sebelum anda berdua berangkat ke pejabat untuk memulakan tugas masing-masing.

- Mulakan hari anda dengan berfikiran positif, cuba fikirkan sesuatu yang boleh memberikan ketenangan dan keseronokan pada diri sendiri. Ini semua membantu memotivasikan kehidupan anda supaya lebih sihat dan bertenaga.

- Sebelum memulakan tugasan di pejabat, pastikan segala masalah diri diselesaikan.

- Dalam menyiapkan sesuatu kerja fokuskan sepenuh hati, jangan amalkan membuatkan dua kerja dalam sesuatu masa. Keadaan itu membantu anda menjadikan seseorang yang berdisiplin dalam kerja.

- Berhenti seketika sebelum makan, tidak perlu makan dengan tergopoh-gopoh sebaliknya makan dengan tenang dan penuh tertib .

- Tarik nafas ketika di meja makan, hidu makanan sebelum menjamahnya, makanlah dengan cermat.

- Untuk makan tengahari, keluar pejabat tepat masanya, ambil masa 15 minit untuk senaman (berjalan) ketika menuju ke kedai makan.

- Dapatkan berita-berita terkini untuk mengetahui perkembangan semasa, cari maklumat terkini yang boleh memberikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

- Jadilah pendengar setia kepada rakan ataupun pasangan, fokus semasa si dia bercerita atau meluahkan sesuatu kepada kita.

- Cari ayat-ayat motivasi yang boleh memberikan semangat kepada diri sendiri.

- Apabila teringatkan seseorang, hantar poskad sebagai tanda ingatan anda kepada rakan, beritahu mereka anda rindu kepadanya, keadaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan.

- Sekiranya sibuk di pejabat cuba luangkan masa sedikit untuk diri sendiri, ambil nafas dan cuba relaks sebelum teruskan kerja.

- Apabila berjumpa rakan-rakan bersalam dengan mereka, tunjukkan kepada mereka anda menghargai dengan pertalian sahabat yang terbina.

- Jika anda berfikir sesuatu yang baik tentang sahabat itu, cuba luahkan padanya, kadangkala tidak pernah berkata kepada seseorang betapa kita mengagumi rambut mereka atau bahawa kita mengasihi tulisan tangan mereka. Dan mengapa tidak berbuat sedemikian ?

- Apa salahnya jika sekali sekala malan malam dengan suasana yang romantik. Keadaan ini semestinya memberikan penghargaan pada diri sendiri dan juga pasangan.

- Cuba mencapai impian, mulakan sesuatu dengan penuh semangat dan anda pasti merasai ketenangan yang abadi.

DOA...KU


Ya Allah...
kau ampunilah hambamu yang penuh dengan noda dan dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku ini.
Jangan kau tutup pintu hatiku Ya Allah
Jangan biarkan aku terus jauh darimu Ya Allah
Jangan biar aku jauh dari rahmat Mu YaAllah
Aku memohon dengan sepenuh jiwa ragaku,
Dengan penuh penyesalan kepada Mu,
Ya Allah,
Kau terimahlah taubatku ini yaALLAH..
Ya Rasulullah,
Ampun kan diriku kerena menjadi umat yang melupakan diri mu.
Dan terkadang tidak sedikitpun dalam 1 hari aku mengingatimu,
Sedangkan saat ketika ajal mu tiba....
Kau masih fikirkan tentang umatmu..iaitu aku Ya Rasulullah..
Ya Rasullullah
ampunilah diriku..
Aku lupa kepada mu..
Aku lupa berselawat kepada mu..
Aku tertalu taksub dengan dunia ini..
Sedangkan akhirat yang kekal abadi..
Aku alpa Ya Allah, Ya Rasullullah....
Ampunilah diriku insan yang lemah dan kerdil disisi Mu....

UBAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.

Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan.

Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. “Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.

Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

DEMAM...JANGAN AMBIL MUDAH


Seseorang dikatakan demam bila suhu badannya lebih dari biasa. Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab atau dengan sebab seperti jangkitan kuman.

Demam. Jangan ambil mudah! Apalagi jika ianya melibatkan anak kecil. Ketidakpekaan ibubapa dalam menangani demam yang menjangkiti anak mereka boleh memberi implikasi yang besar. Satu kenyataan yang benar dan menakutkan ialah demam merupakan salah satu penyumbang kepada kes terencat akal di kalangan anak-anak.

Tanda-tanda demam panas:

1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala terasa panas tapi tangan dan kaki terasa sejuk dan kelihatan pucat.
3. Bibir kebiru-biruan.
3. Badan tak berpeluh.
4. Anak merengek atau menangis tak berhenti-henti.

Apa yang perlu dilakukan jika anak demam panas? 

1. Periksa suhu badannya.
Termometer atau penyukat suhu merupakan benda wajib untuk dimiliki oleh mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kalau tiada penyukat suhu... letakkan mata kita pada dahi anak untuk mengetahui tahap kepanasan badan anak. Periksalah dengan kerap kerana kenaikan suhu kadangkala tidak dijangkakan terutama pada waktu malam. 

2. Lapkan badan anak
Jika suhu badan anak melebihi 37°, cepat-cepatlah lapkan badan anak dengan tuala basah terutama dibahagian pelipat seperti ketiak dan tengkuk. Pastikan anda mula mengelap dari bahagian kaki supaya anak tidak terkejut akibat rasa sejuk dari tuala yang basah. Anda juga boleh meletakkan tuala basah di dahi anak untuk memastikan suhu badan anak tidak naik mendadak. Jangan sesekali selimutkan anak dengan selimut tebal. 

3. Penggunaan ubat
Untuk penurunan suhu dengan kadar yang segera, ibubapa bolehlah menggunakan ubat demam yang dimasukkan melalui punggung (jika ada). 

3. Bawa ke klinik
Kalau suhu badan anak tak turun, segeralah bawa ke klinik.

Demam panas selalunya adalah punca sawan tarik yang merosakkan urat saraf seseorang individu. Selalulah pantau kesihatan anak-anak.

Saya amat berbesar hati sekiranya pembaca dapat berkongsi petua mengatasi masalah demam anak kecil.

KITA MEMANG BERBEZA


AKU dan kau berbeza. Itu tajuk nota yang saya terima menerusi facebook. Menarik, membuatkan saya terus membaca isu kandungannya. Memang menarik. Kita kongsilah ya minggu ni,saya pun tak larat nak 'membebel'.

Aku dan Kau berbeza...begini isu kandungannya...
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Berlainan bagi perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Jika seorang isteri berbuat baik kepada suaminya, pahala akan dapat kepadanya dan jika berbuat yang tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan?

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa seorang lelaki lebih pendek daripada perempuan, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa yang terpaksa ditanggung.

Wanita, auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya, tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita - ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat lelaki - suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatan.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Sayangnya Allah pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya istimewa di sisi Allah. Kerana itu Dia mengangkat lelaki menjadi pemimpin. Maka, dengan keistimewaan itu, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-Nya.

Macam mana? Betul? Salah? saya harap semua dapat pengajaran, baik kaum s,aya apatah lagi kaum yang satu lagi tu. Kadang-kadang tegur keras-keras, dia orang sentap...semuanya nak berhalus, saya berhaluslah minggu ni.

DISEBALIK....3K.


Hidup kita pasti berputar antara huruf "K". Dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Sekadar amik 3K sahaja.Mungkin ramai penah mendengar 3K. Sebutan yg sama tetapi berlainan tafsiran.3K yang biasa didengar berkaitan pertandingan "Kebersihan ,Keceriaan & Keselamatan" di peringkat sekolah.
Fasa hidup ini pasti akan melalui 3K.
Zaman kanak-kanak
KERIANGAN - kanak-kanak kesemuanya akan bersuka-ria dalam kehidupan mereka tanpa ada rasa sedikit kerisauan.
KESUKAAN - Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.
KASIH SAYANG - umur sebegini amat memerlukan kasih sayang. Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka. Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi. Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik. Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.
Zaman Remaja
KAWAN- Usia remaja merupakan usia mencabar. Segala-galanya adalah kawan. Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa. Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa. Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dan lain-lain. Jika tersalah memilih kawan. Itulah padahnya. Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.
KETAHANAN - Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah. Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit. Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak. Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan. Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan .
KERJASAMA - Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini. Kerana daya juang yang tinggi. Tak mengenal erti kalah. Seiring dengan darah muda. Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading. Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.
Zaman Dewasa
Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian. Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan "K" yang seterusnya.
KERJA - semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol. Cuma berbeza, sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri. Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material. Selepas berjaya mengatasinya.
Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.
Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMANsendiri.
Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.
"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

BODY LANGUAGE


Ia merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan.
Kajian mengatakan ( Albert Mehrabian ), sering bila berlaku komunikasi, 60% – 70% yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.

Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.
Berikut ialah antara beberapa TIP yang amat berguna ( sebagai ilmu ) kepada kita untuk memahami mereka terutama kepada mereka yang sememangnya berkhidmat dengan orang ramai. Kenali dengan lebih mendalam pelanggan, pelajar, murid, pekerja atau staf anda dengan ilmu ini. Ia bukan setakat itu sahaja! Bahasa badan juga boleh membantu diri kita sendiri untuk MEMPENGARUHI orang lain supaya MEMPERCAYAI kita! Menguasai dan memilik kemahiran Bahasa badan dapat membantu seseorang melakukan perubahan besar dalam aktiviti seharian terutama ketika seseorang itu mahukan PERHATIAN YANG LEBIH DARI SESEORANG! Awek mungkin! Nak mohon cuti mungkin! Dalam sesi interview mungkin!
Sebenarnya TIADA NASIHAT & CARA KHUSUS bagaimana nak mengaplikasikan Bahasa Badan ini. Ia bergantung kepada cara BAGAIMANA ia harus berlaku. Ia bergantung kepada SUASANA dan SITUASI atau SIKON dan dengan SIAPA YANG SEDANG KITA HADAPI waktu itu.Dengan bos kita mungkin berbeza. Dengan awek mungkin berbeza. ( SIKON = situasi + kondisi )
AWAS! Perhatikan bagaimana cara kita duduk, berdiri, bagaimana kawalan pergerakan tangan, kaki, mata, bahu, jejari, mulut dan memek muka kita semasa berhadapan dengan seseorang! Ia mungkin kelihatan bodoh! Anda boleh berlatih di hadapan cermin dulu kalau anda mahu sebelum mempraktikkannya di luar sana! Syarat utamanya ialah : LAKUKAN DENGAN YAKIN DAN RELAK!
INGAT! Berbahasa Badan ini boleh menjadikan seseorang itu seorang PELAKUN tak popular dan kita mungkin menjadi seorang yang suka BERPURA-PURA! Tetapi apa salahnya, kalau kita senyum, senyuman itu untuk mengembirakan kita dan semua orang. Kalau kita berdiri tegak, biarlah ianya bertenaga dan terkawal. Apa salahnya kalau kita mampu melambatkan sedikit pergerakan kita yang boleh menyebabkan orang lain dan diri kita sendiri boleh menjadi tenang? Apa salahnya? Antaranya:
1. JANGAN BERPELUK TUBUH atau MENYILANG KAKI KETIKA BERCAKAP: Perlakuan ini boleh menyebabkan kita dianggap sebagai seorang yang sombong, keras hati, tak boleh diajak berunding, defensive atau berfikiran tertutup.
2. BERTENTANGAN MATA tetapi JANGAN MERENUNG:
Ketika berkomuniskasi, biar mata bertemu mata dan bermuka manis kerana mata adalah alat komuniskasi yang sangat penting. Mereka yang bertentangan mata ketika bercakap akan mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dengan situasi waktu itu . Pelanggan akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan sedang mendapat perhatian ketika itu. Dan mereka juga mahu mengekspresikan bahawa mereka sendang mendengar dan sedang memberi fokus terhadap topik yang diperbincangkan ketika itu.


3. GUNAKAN RUANG SEBIJAK YANG MUNGKIN:
Seperti duduk atau berdiri dengan kaki yang sedikit terbuka melambangkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempamerkan bahawa anda sedang berada dalam zon selesa ketika itu.

4. RELAKSKAN BAHU ANDA:
Jika anda terasa tension, ia disalurkan ke bahu anda. Jadi, redakannya dengan menggerak-gerakkannya sedikit bahu itu dan selepas itu kembali kepada posisi asalnya.

5. MENGANGGUK SEKALI SEKALA:
Perlakuan ini jelas membayangkan bahawa kita memahami situasai, sedang bersama dengannya atau menjelaskan kepada mereka bahawa kita sedang mendengar tetapi INGAT! Jangan mengangguk seperti Burung Belatuk!

6. JANGAN MENGELONSORKAN BADAN KETIKA DUDUK:
Nampak sangat malasnya tu. Kurang bersedia. Sambil lewa. Tidak serius. Menganggap lawan di depan itu lekeh! Nahas kita!

7. BERSANDARLAH TAPI JANGAN BANYAK SANGAT:
Kalau kita sedang duduk dan hendak mempemerkan bahawa kita amat berminat dengan percakapan seseorang, kita boleh bersandar sedikit. Jangan banyak sangat sebab orang akan mengatakan kita waktu itu hanya berpura-pura dengar, terdesak untuk segera mendengar dia habis bercakap dan anda kelihatan jauh dari sudut pandangan orang yang sedang bercakap.

8. BERMANIS MUKA, SENYUM DAN KETAWALAH:
Jangan terlalu serius. Relak sedikit. Senyum dan ketawalah bila mereka menyentuh perkara-perkala lucu tetapi jangan mengada-ngada. Positif! AWAS! Jangan jadi orang yang pertama ketawa ketikamana anda sendiri yang mengeluarkan cerita lucu! Kenapa? Sebab ia akan melambangkan anda seorang yang gabra, tidak bersedia, ketakutan dan gugup. Senyumlah ( bukan sengih ) ketika kita diperkenalkan dengan seseorang.

9.JANGAN MENGUSAP MUKA:
Perlakuan ini boleh mempamerkan dalaman kita yang sedang gugup, serbasalah dan ketakutan dan ia akan mengganggu perjalanan perbualan.

10. JANGAN MENUNDUKKAN KEPALA:
Jangan memandang lantai. Perlakuan ini akan mempamerkan bahawa kita adalah seorang tidak selamat, rendah dan tiada keyakinan diri, penakut dan amat tidak berminat, bosan dan ambil mudah.

11. PERLAHAN DAN TERATUR:
Ini boleh berlaku kepada banyak hal. Berjalan misalnya, biar teratur. Ini akan mempamerkan anda seorang yang bijak, yakin diri, tenang, tiada stress dan yakinlan selepas itu ada banyak mata yang sedang memandang kea rah anda. Tetapi jangan perasan

12. JANGAN KAKU:
Elakkan!, Anda akan kelihatan risau dan kurang keyakinan diri. Bergerak-geraklah. Selesakan diri anda. Kalau tidak anda mungkin akan menjentik-jentik jari sendiri dengan tidak anda sedari!. Fokus. Kontrol handsome anda!

13. GERAKKAN TANGAN ANDA DENGAN YAKIN:
Gunakan pergerakan tangan anda dengan yakin untuk menjelas sesuatu. Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pergerakan tangan anda dengan bijak.

14. RENDAHKAN CARA MEMEGANG MINUMAN:
Jangan pegang bekas minuman dekat dengan dada.( mat sallehlah ni! ) kalau tidak anda mungkin dianggap kolot dan tertinggal

15. TEGAKKAN TULANG BELIKAT :Banyak orang ( termasuk diri aku sendiri ) lupa akan perkara ini. Cepat sangat nak mencari dinding nak bersandar bila lama bercakap.
16. JANGAN BERDIRI TERLALU DEKAT:
Beri ruang kepada orang yang bercakap. Biar dia rasa selesa.

17.KEKALKAN BERSIKAP BAIK:
Sentiasa bersikap positif, tenang dan terbuka kepada semua oranG

CEMBURU....

DARI sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai.
Biasanya, perasaan itu timbul lantaran sikap si suami atau isteri yang membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain di luar pengetahuannya.
Pensyarah Kaunseling keluarga dan Perkahwinan, Fakulti kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berkata, masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.
"Mungkin kerana terlalu sayangkan seseorang membuatkan dirinya terlalu menjaga sehingga dianggap keterlaluan,'' terangnya.
Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.
"Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, ia mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan.
"Tetapi, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran," jelas Dr. Saedah.
Tegas beliau lagi, faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah itu tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami, tetapi kurangnya keyakinan dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada permasalahan berkenaan.
Beliau berkata, masalah makin meruncing apabila kurang persefahaman dan interaksi antara kedua-dua belah pihak.
Malah, kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu itu.
''Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya.
"Bagaimanapun, perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul dan mendera isteri,'' ujar Dr. Saedah.
Katanya lagi, sikap cemburu yang membabi buta boleh menjadi satu bentuk tekanan perasaan jika tidak boleh dikawal dan tidak mustahil ia mampu membawa kepada masalah yang lebih besar seperti jenayah.
Jelas beliau, tekanan perasaan boleh diselesaikan, namun ia terpulang bagaimana individu tersebut melihat cemburu sebagai masalah kepada mereka.
"Untuk menyelesaikan masalah cemburu ini, individu perlu memastikan punca yang mencetuskan rasa cemburu dalam dirinya.
"Apabila sudah dapat punca, mereka boleh mengatasi tekanan cemburu itu dengan dua kaedah berbeza iaitu memilih untuk menyelesaikan masalah yang menjadi penyebab cemburu ataupun memilih untuk mengawal emosi daripada menjadi cemburu," katanya.
Dalam hubungan ini, Dr. Saedah berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya.
Malah, keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan itu serba sedikit akan mengurangkan perasaan cemburu suami atau isteri.
Selain itu, tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.
"Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan .
"Ini serba sedikit membantu supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak," kata Dr. Saedah.
Beliau berkata, dari aspek psikologi seseorang yang bersikap cemburu sebenarnya mempunyai sikap kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk kepada pasangannya.
"Perasaan yang kurang yakin itu mendorong dirinya untuk bertingkah laku sedemikian, sekiranya keadaan ini di kawal ia sekali gus dapat mengurang permasalahan ini,'' ujarnya.
Selain itu, pengalaman masa lampau yang buruk juga mempengaruhi seseorang itu bertindak menjadi cemburu.
"Mungkin ada kisah hitam pada diri mendorong dirinya lebih berhati-hati kepada pasangan sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu cemburu,'' ujar Dr. Saedah.
Malah, faktor keistimewaan yang dimiliki oleh pasangan juga adalah antara menjadi punca kepada masalah ini.
Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri.
Bagaimanapun tegasnya, keadaan itu perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.
"Seharusnya, kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini," katanya.
Tegas Dr. Saedah, tidak salah cemburu pada pasangan kerana cemburu juga merupakan tanda kita menyayangi pasangan tetapi haruslah ada tahapnya.

Rabu, 9 Mac 2011

Engkau Insan Istimewa Dalam Hidupku...





Biar engkau tidak secantik ibu orang lain

Biar engkau tidak sebijak ibu orang lain

Biar engkau tidak terkenal seperti ibu orang lain

itu tidak mengapa

Ma adalah orang paling cantik,bijak dan terkenal di hatiku..



Ku tahu betapa perit Ma besarkanku

Ku tahu betapa tabah hati Ma terima fitnah orang

Ku tahu betapa penyayang hati Ma menjaga ku

cukuplah dengan keperitan hidup masa lampau


Kini ku sudah mula kenal erti cabaran dan dugaan dunia

Ku pula yang mahu menjaga Ma 

seperti waktu Ma menjaga ku waktu kecil dulu..


Terima Kasih Ma

Andaiku diberi peluang untuk memilih siapa ke Syurga

Ma orang yang pertama 

kerana Ma adalah segalanya..

AKU LAGI..?????


kenapa semua ni harus berlaku..
xcukup2kah lagi???
dah tak tertanggung dah ni..takkan nak bagi yang baru pulak..
pikirla hati dan perasaan orang..
jangan asyik menang sendiri..
bila fikir dia layak terus serahkan padanya..
saya buka sengaja menjadikannya layak..
sebab memang jenisnya begitu..
saya cuba enjoy dengan segalanya..
tapi takkan dengan alasan itu semua di longgokan pada saya..
malah masih ramai yang lain..
mengapa saya???


plizzz...fahamilah saya kali ini..
saya tidak pernah menolak sebelum ini..
tapi hal ini sangat berat..
saya risau saya tidak mampu..
waktu malam waktu yang sukar untuk saya..
penat..saya jenis buat apa yang diberikan..
tapi dalam hal ini saya dah penat..banyak sangat..
agih-agihkan la pada orang lain juga..
SAYA TIDAK MAHU MENJADI ORANG YANG TIDAK IKHLAS..
fahamila daku...

SEKADAR INGATAN...


jagalah ke'gadis'anmu wahai gadis-gadis..
anda di gelar gadis kerana ianya bermaksud anda masih perawan..
apa itu perawan….rujukla mana-mana kamus dewan…


sang lelaki…sang jejaka
mereka hanya menguji..kononnya ujian kesetiaan hati..
adakah dengan semua hal tersebut..anda harus menyerahkan kegadisanmu wahai gadis??


mereka menguji…
jika anda menolak ajakan...mereka sebenarya memuji anda…
jika anda menerima mereka mengeji..
pilihla mana jua jawapan anda…
anda akan lebih dihormati dengan menjaga kehormatan diri..
oleh jejakamu sendiri..



mereka bukanlah pasanganmu yang sesuai jika hanya inginkan keseronokan tersebut..
fikirlah wahai gadis..
mereka punya adik..mereka punya kakak..mereka faham
tetapi jika anda menggelupur di depan mata..
maka ‘tiada kucing yang akan menolak ikan di depan mata’masa depan anda..anda yang tentukan..
biar dikata jual mahal..biar dicanang tidak sporting..
kerana ke’martabatan’ anda sangat tinggi hebatnya…
jauhi bisikan jahat yang mendorong anda melakukan ‘kelaknatan’ tersebut…



PESANAN UNTUKMU ADIK-ADIK ‘GADIS’ KU…


Read more: http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/jagalah-dara-dan-kegadisanmu.html#ixzz1G8D23e

Khamis, 3 Mac 2011

SEKADAR RENUNGAN...2


Lama juga saya terperuk dalam kemelut rasa yang berbelah-bagi itu sehinggalah pada suatu ketika tiba-tiba saya diterjah oleh satu peringatan yang datang dari dalam diri sendiri. Lalu saya tuliskan dalam diari harian dengan kata:
"Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!"
Dengan kesimpulan itu saya teruskan menulis. Biarlah. Semoga saya juga terdidik dengan tulisan-tulisan sendiri. Saya sering merasakan kekadang seorang pendakwah menjadi 'jambatan' kepada orang lain untuk mendapat hidayah. Jadi apa salahnya 'jambatan' itu dilalui oleh dirinya sendiri.
Kekadang saya sendiri rasa pelik bila saya membaca kembali tulisan-tulisan dan buku-buku saya sendiri. Bukan untuk rujukan buat menulis atau mencari idea baru.... tetapi saya tatap pada waktu tersunyi dalam hidup untuk bermuhasabah dan 'menghukum' kealpaan diri. Ah, kiranya semua yang pernah saya tulis mampu saya amalkan, alangkah indahnya. Cuma saya terus berharap dan berdoa... kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.
Saya juga seperti saudara/i, ada kalanya kelelahan dengan ujian hidup yang bertali arus. Lepas satu, satu. Life is to solve problems, begitu kata bijak pandai. Namun Allah telah lama mengingatkan kita melalui Al Quran bahawa mati dan hidup dijadikan untuk menguji kita siapakah yang terbaik amalannya? Kembali surah Al Mulk mengingatkan kita.
Marilah kita berjanji pada diri, bahawa kita tidak akan menjadi 'munafik' sama ada dari segi lisan dan perbuatan. Kita tidak akan berpura-pura dalam mengharapkan yang baik dan makruf. Biarlah kita menuai iktibar, dari denai mujahadah ini. Saya ingin menjadi insan yang seadanya sahaja dalam menghulur tangan setulus mungkin buat bersama menyusuri jalan Ilahi ini. Mungkin tangan ini yang akan membimbing saudara/i, dan mungkin tangan saudara/i juga yang akan membimbing saya.
Di takah usia 50, saya berdoa untuk diberikan keteguhan hati. Come what may! Datanglah apa sahaja. Kan kita hadapi sebagai hamba-Nya. Jika kita benar dan berjaya... syukur. Jika kita tersalah, kita akur... kita ukir taubat dengan segera. Dosa kita menggunung tinggi, namun rahmat Allah melaut luasnya. Dengan berbekal takut (akan murkaNya) dan harap (ampunan-Nya), kita terus melangkah... patah sayap terbang jua. Jatuh tersungkur, bangkit semula walau terpaksa bertongkat dagu!
Semasa ditahan belasan tahun yang lalu, selain Tafsir Al Azhar oleh Hamka, Syarah Kitab Al Hikam oleh Prof Muhibbudin Al Wali saya turut menekuni tulisan Dale Carnargie (waktu itu La Tahzan belum ada). Saya melihat ada 'kesamaan dalam perbezaan' antara yang ditulis olehnya dengan tulisan Usaz Dr. Aid Al Qarni – ya hikmah itulah milik Islam tidak kira dari Barat atau pun Timur.
Dari situlah saya hadapi hidup yang ketika itu 'tidak menentu' dengan satu ketentuan. Ketidak pastikan kekadang mengajar kita tentang kejituan. Ada kekuatan dan kebebasan yang saya alami ketika fizikal kita tertahan. Ada sumbu kekuatan rohani yang membara ketika kehendak bialogi dan fisiologi dipenuhi di tahap paling minima.
Sejuk angin bukit di tepi daerah terpecil di Kamunting, mahu pun sengatan bahang panas atap kem tahanan yang terpencil, kekadang menghadiahkan saat yang lebih indah berbanding 'dikurung' dalam hotel bertaraf lima bintang menghirup udara kebebasan dan kemewahan masa kini.
Lalu saya kembali berusaha mencari hati itu, kerana saya yakin hati yang remuk redam (tetapi tenang) kerana diuji Allah itu boleh kita temui di mana sahaja, tidak kira di penjara atau istana!
Semalam saya baca semula apa yang pernah saya tulis ini... marilah kita kongsi mungkin buat pertama kali, mungkin juga sudah berkali-kali. Mudah-mudahan yang kita imbau bukan kenangan, tetapi pengajaran yang terus hidup untuk menempuh kenyataan.
Saya masih ingat pada suatu saat genting, pernah saya berkata kepada diri, "ya Allah, kalau Kau izinkan aku sekadar dapat melihat mentari dan memijak rumput di bumi, aku akan bersyukur..."
Lalu ke mana perginya rasa hati itu ketika saya, anda dan kita semua sedang menikmati limpahan cahaya dan lautan nikmat kini? Saudaraku, marilah bersama ku menelusuri tulisan ini...
Maha suci Allah, yang misteri ketentuaan dan ditetapkan-Nya tidak dapat diduga dan diteka oleh sesiapa. Benarlah, "God always move in a mysterious way..."
Hakikat inilah yang sering berlaku dalam kehidupan kita.Cuba kita lihat contoh popular di kalangan figure ternama dan popular. Yang berkuasa tiba-tiba boleh dipenjara. Yang dibenci bertukar menjadi yang tersayang. Dan adakalanya dulunya terbilang tetapi entah kenapa tiba-tiba terbuang. Hidup yang gelap tiba-tiba jadi gemerlapan. Hidup yang gemerlapan, jadi malap secara tiba-tiba!
Begitulah, hitam-putih nasib manusia, tidak dapat dijangkau dengan mata, fikiran dan rasa.Sebab itu orang tua-tua berpesan, jangan sekali-kali mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hati-hati, semakin tinggi pokok yang dipanjat, semakin kuat angin yang menggoyang. Hari esok mungkin tangan yang menjulang kita hari ini akan menghenyak kita. Kawan boleh lawan, dan begitulah sebaliknya.
Apakah kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang? Jawabnya, jangan panjang angan-angan... Manfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.
Oleh itu kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang sedang ada di tangan, tanpa takut dan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti, yang ada dalam angan-angan itu cuma ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar  - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti.
Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti pada masa depan. Samada yang kita jangkakan itu baik atau buruk. Jika kita mengangan-angankan yang baik, kita akan jadi 'over confident'. Jika kita hanya mengangan-angankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya memusnahkan.
Ya, untuk mendapat ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Pendekkan angan-angan. Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Saya ulang lagi, hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam.... Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.
Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Buku yang tebal akan habis juga dibaca akhirnya. Bukan sahaja habis dibaca, bahkan ilmu yang dihidangkan akan dapat dihadamkan dengan mudah.
Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah individu yang pendek angan-angan dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.
Mereka tidak terdera dengan percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba samar. Para sahabat nabi bukanlah pakar psikologi tetapi sikap mereka tepat seperti mana yang dikatakan oleh para psilogist moden:
"Tugas kita bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih samar di hadapan, tetapi melakukan apa yang jelas di tangan."
Sikap mereka dibentuk oleh penghayatan mereka terhadap pesanan Rasulullah S.A.W. Mereka adalah insan produktif yang bekerja hasil dorongan hati, fikiran dan fizikalnya oleh peringatan Rasulullah S.A.W, jika berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang....
Matlamat dan pendekatan hidup mereka 'simple' dan jelas. Mereka adalah insan praktikal dan realistik. Kebaikan yang boleh dilakukan pada hari ini, mereka terus laksanakan pada hari itu juga. Sementara kejahatan yang boleh diberhentikan pada hari ini, terus dihentikan ketika itu juga. Ibadat dan taubat mereka tidak kenal istilah nanti atau tunggu. Justeru itu tempo (rentak) hidup mereka tidak pernah diganggu oleh istilah terlambat atau tercepat.
Pernah satu malam Rasulullah S.A.W rimas ketika hendak tidur. Ketika ditanya oleh isterinya kenapa? Baginda bersabda:
"Aku risaukan dua tiga keping dirham yang masih tinggal dalam rumah ini. Takut-takut aku dipanggil oleh Allah (mati) dalam keadaan dirham itu tidak aku sedekahkan."
Itulah peribadi Rasulullah S.A.W, yang tidak berangan-angan panjang. Baginda pernah bersabda, bahawa bila matanya terbuka, baginda tidak yakin apakah sempat baginda menutup matanya semula. Bila baginda menarik nafas, baginda tidak yakin apakah baginda akan dapat melepaskannya semula.
Panjang angan-angan akan menyebabkan sikap bertangguh-tangguh untuk melakukan suatu kebaikan atau meninggalkan suatu kejahatan. Ramai orang yang khuatir, bukan berfikir, tentang masa depannya. Terimalah realiti walaupun takdirnya ia tidak seperti yang kita harapkan. Lebih baik satu ringgit di tangan daripada berjuta-juta ringgit di alam angan-angan. Tetapi ingat satu ringgit di tangan jika benar-benar dimanfaatkan mungkin menjanjikan pulangan berjuta-juta ringgit pada masa akan datang.
Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan 'masalah-masalah' masa depan yang hakikatnya belum berlaku. Kita tidak akan dapat menjejak kaki pada air sungai yang sama dua kali. Justeru air sungai sentiasa mengalir... dan begitu jugalah kehidupan akan terus berubah.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Jangan cuba mengambil 'tempat' Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah DIA yang tidak berubah-rubah. Inilah hikmah mengapa Qada' dan Qadar Allah dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Agar dengan itu manusia boleh hidup dengan aman tanpa diganggu walau sedikitpun oleh pengetahuan tentang masa hadapan.
Dapatkah seorang yang sihat makan dengan enak jika mengetahui pada hari esoknya dia akan mati? Atau mampukah seorang ayah membesarkan anaknya dengan sabar jika diketahuinya bahawa anaknya bakal menderhakainya? Manusia boleh hidup dengan aman tanpa mengetahui tentang masa depannya. Madah pujangga, "masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir... tetapi selamatkanlah hari ini yang masih hidup."
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang atlit di hantar ke wad pesakit jantung. Hidup ini mesti ditangani dengan mudah. Namun ini bukan pula alasan untuk mempermudah-mudahkan hidup. Cuma "take it easy...."
Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahkah kita merancang untuk masa depan? Tidak. Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir. Banyak bezanya antara fikir dan khuatir. Mungkin sama banyaknya bezanya antara angan-angan dan cita-cita. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok, akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya sesiapa yang berfikir tentang hari esok, akan memanfaatkan peluang pada hari ini.
Tidak ada gunanya berangan-angan. Angan-angan tentang kebaikan akan menyebabkan seseorang itu alpa. Angan-angan tentang keburukan akan menyebabkan seseorang itu kecewa. Manusia angan-angan tidak akan dapat merancang, bekerja dan berusaha dengan baik.
Sebaliknya, hiduplah dalam lingkungan hari ini kerana cara yang paling tepat untuk hari esok ialah dengan menumpukan perhatian dan bekerja dengan sepenuhnya pada hari ini. Pemikiran dapat mencari kesan dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan.
Seorang pakar psikologi  – Robert Louis Stevenson berkata:
"Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana berat, untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, bersih, sehingga matahari jatuh. Dan inilah sebenarnya makna kehidupan.
Ingatlah, jangan sampai menunggu untuk menjadi ahli falsafah bagi mengamalkan prinsip: Hidup dalam lingkungan hari ini. Kita lebih kuat daripada apa yang kita jangkakan! Justeru, di sisi orang beriman, Allah sentiasa berada disisi. When God is your friend, who is your enemy?

Biodata Kolumnis



Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalahwww.genta-rasa.com.