Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Islamic Widget
Islamic Clock
Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Tahun Baru 2010
Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2009...banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Semua akan ku simpan menjadi kenangan hidupku. Dan sepanjang tahun ini aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan aku kesihatan yang baik disepanjang tahun 2009 ini. Kepada pelajar dan remaja, setiap tahun pastinya azam baru akan dicipta. tapi adakah kita berfikir tentang kehidupan kita yang dilalui sepanjang tahun 2009 yang lalu.
Dan pada tahun ini juga aku bersyukur kerana insyaallah pada bulan mac 2010 aku bakal mendapat baby baru hasil perkongsian hidupku dengan isteri tersayang.Apa yang pasti kehadiran orang baru ini orang baru ini amat menggembirakan anak-anak aku.
Kepada pembaca blog aku ini, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada anda semua. Semoga tahun 2010 ini memberi kebahagian dan kesihatan yang baik untuk kita mengharungi perjalanan hidup yang sementara ini.

Ahad, 20 Disember 2009
Pelajar Bermasalah
Kelmarin saya menerima satu sms dari seorang pelajar peerempuan tingkatan 4...girl ni ada masalah...tak perlulah saya menceritakan masalahnya dengan terperinci. Cukuplah saya seorang je yang tahu. Cuma istilah kesian dan sedih dengan tindakan yang telah dibuatnya. Dalam sesi kaunseling dengan menggunakan sms ini saya dapat menyelami serba sedikit masalah yang dialaminya. Dalam hal ini..saya berpendapat keluarga perlulah memainkan peranannya..Anak-anak memerlukan perhatian mereka.Bagi girl dan remaja yang membaca blog saya ini perlulah mempunyai tahap KEIMANAN dan JATI DIRI yang kuat. Janganlah terperdaya dengan pujukan rakan-rakan sebaya. Kelak badan akan BINASA.
Kepada remaja dan para pelajar..gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan BUDAYA melepak ini satu amalan. Isikan masa cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.InsyaAllah dimusim persekolahan nanti saya akan cuba membantu girl ini menyelesaikan masalahnya nanti .

Selasa, 8 Disember 2009
TUNTUTAN AMALAN BERDOA
Setiap manusia didunia ini tidak boleh hidup bersendirian tanpa pertolongan dan bantuan orang lain dalam memenuhi sesuatu keperluan. Doa adalah menjadi salah satu kebiasaan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam yang beriman kepada ALLAH dan RasulNya, ia sudah menjadi pegangan kehidupan seharian.
Semua permasalahan dan kemusykilan serta hajat manusia dapat diselesaikan dengan cara berdoa memohon kepada ALLAH SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan hati.
DOA juga termasuk ibadah kerana adanya perhubungan antara manusia dengan ALLAH SWT. Umat Islam kesemuanya sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT setiap kali selesai solat. Orang yang tidak berdoa kepada ALLAH SWT dalam hidupnya merupakan orang-orang rugi dan tidak mendapat keberkatan ALLAH SWT.
Oleh itu, sebagai remaja muslim dan umat Islam, marilah kita bersama-sama sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT memohon keampunan, pertolongan, perlindungan, hidayah dan sebagainya.

Mangsa Ragut Terbunuh lagi
MasyaALLAH...apa nak jadi dengan dunia hari ini...sanggup membunuh. Kejadian kelmarin 7 Disember 2009 yang berlaku di Kuala Lumpur sungguh mengemparkan. Di mana hilangnya kemanusiaan. Manusia sekarang semakin tidak takut kepada ALLAH SWT. Kepada PERAGUT..insaflah.Walaupun anda selamat didunia...tunggulah balasanNya nanti diakhirat. Sepandai-pandai tupai melompat suatu hari jatuh jua ianya ke tanah. Doa dan harapan semoga suatu hari nanti peragut DURJANA berkenaan akan menerima balasanNYA...amin
Sabtu, 5 Disember 2009
PANTUN ORANG LAMA
Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang,
Semasa kecil ditimang ibu,
Semasa besar ditimang gelombang.
Sama-samalah kita menginsafi apa yang berlaku pada hari ini. Para remaja, anda semua bakal menjadi ibu bapa pada masa depan. Andalah semua pewaris generasi untuk anak cucu anda nanti. Apa yang baik kita manfaatkan bersama, Semoga ianya dapat membentuk generasi yang lebih beragama, beriman dan lebih BERKUALITI.

KONSEP DOSA
Dosa adalah perbuatan melanggar hukum agama dan perintah Allah. Remaja yang melanggar hukum agama dan perintah Allah dianggap berdosa. Oleh itu, hamba Allah yang menghampiri perkara-perkara mungkar patut merasa takut dan gentar kerana bimbang ditimpakan balasan oleh Allah akibat melakukan dosa.Sehubungan dengan itu, kita disarankan supaya jangan menghampiri perkara-perkara yang membawa kepada maksiat, iaitu perkara-perkara mungkar yang menyebabkan kita BERDOSA.
Remaja yang bertaqwa, berusaha menjauhi dan melarang perkara mungkar dan berdosa yang berlaku didepan mata mereka. Apabila lelaki dan perempuan perlu untuk bertemu bagi melakukan perkara-perkara yang baik, mereka seharusnya menjauhi elemen mungkar dan berdosa yang akan bermain difikiran masing-masing.
Dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis sahih, Profesor Dr. Yusuf Qardawi membuat kesimpulan, proses lelaki dan perempuan bertemu, pada zatnya tidak haram. Sebaliknya, ia adalah dituntut apabila niat bertemu adalah dengan tujuan baik dan bekerjasama dalam perkara-perkara baik. Perkara-perkara baik yang dimaksudkan itu adalah seperti:
1. Menuntut ilmu
2. Bekerjasama menjalankan program-program baik.
3. Jihad yang dituntut
4. Apa sahaja kerja yang memerlukan proses mengembleng tenaga dan fikiran, sama ada pada peringkat merancang ataupun pada peringkat melaksanakannya.
Walau bagaimanapun, pertemuan sedekimian jarang dikategorikan oleh remaja sebagai date . Dr Yusuf Qardawi juga mengingatkan dengan tegas, ruang yang bebas ini tidak bermakna yang remaja boleh membelakangi batasan ataupun melupakan had yang ditentukan oleh syarak pada setiap proses pertemuan yang berlaku.
Oleh itu, sebagai remaja Islam, terdapat 6 lingkungan batasan yang perlu dijaga oleh remaja Islam, apabila lelaki dan perempuan bertemu atau menjalinkan kerjasama, mereka seharusnya:
1. Menjaga pandangan msing-masing. Jangan melihat aurat dan melihat pandangan penuh nafsu ataupun memandang dengan pandangan yang lama, tanpa keperluan.
2. Wanita perlu memakai pakaian menutup aurat, tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badannya.
3. Memelihara adab sebagai wanita dan lelaki Islam. Adab yang dimaksudkan disini adalah adab berkata-kata, gurau senda, berjalan dan lain-lain.
4. Menjauhi dari menggunakan sebarang perkara yang dapat menggoda seseorang serta membangkitkan nafsunya seperti wangi-wangian, solekan dan sebagainya.
5. Remaja perlulah menjauhi diri mereka daripada duduk bersunyi-sunyi antara lelaki dan perempuan, tanpa mahram.
6. Bertemu hanya berkenaan perkara yang benar-benar perlu sahaja.
Semoga apa yang dipaparkan pada ruangan kali ini mendapat yang terbaik untuk semua terutamanya remaja dan juga pelajar-pelajar di Malaysia.

IBLIS BERSUMPAH AKAN MENYESATKAN MANUSIA
Apabila Allah selesai menciptakan Nabi Adam daripada tanah, Allah memerintahkan para malaikat dan iblis supaya sujud menghormati Nabi Adam. Mereka akur dengan perintah Allah kecuali iblis yang bongkak kerana mendakwa ia lebih baik daripada Nabi Adam kerana ia diciptakan daripada api. Sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah. Kemudian Allah memerintahkan supaya iblis dikeluarkan daripada syurga. Iblis yang sombong bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam hungga ke hari Kiamat.
Cerita dan kisah di atas mempunyai makna yang mendalam apabila kita melihat gejala rosak akhlak yang berlaku dikalangan remaja islam hari ini. Iblis sebagaimana diikrarkannya akan cuba sedaya upaya untuk menghasut dan menggoda umat manusia di muka bumi ini. Iblis sentiasa memantau setiap gerak-geri, memujuk rayu serta akan cuba mennjerumuskan umat islam terutamanya remaja islam ke dalam perangkap maksiat. Sekarang ini arak dan zina adalah perangkap maksiat yang jelas.
Dalam surah Al-Isra ayat 32, Allah berfirman;,maksudnya" Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan mungkar".
Dalam surah al-Maidah ayat 90-91, Allah berfirman,maksudnya "Hai, orang-orang beriman!, Sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan zina adalah perkara kotor perbuatan syaitan. Oleh itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. syaitan hanya bermaksud mendatangkan permusuhan dan kebencian antara kamu disebabkan arak dan judi , serta menghalang kamu mengingati Allah dan mengerjakan solat. Apakah kamu tidak mahu bertaubat?".
Semoga Remaja muslim sejati tidak menghampiri zina dan meminum arak serta meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan.Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah dan petunjuk bagi menjalani kehidupan seharian...Amin

Isnin, 30 November 2009
PSIKOTERAPI MELALUI ZIKIR
Beribadah kepada Allah SWT secara terus-menerus, berzikir, meminta keampunan dan berdoa setiap waktu dapat mendekatkan diri denganNya, merasakan bahawa kita selalu berada dalam lindunganNYA, menguatkan harapan untuk menggapai maghfirahNYA, membangkitkan perasaan puas dan lapang serta melahirkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa kita.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah, IngatLah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi
tenteram"
(surah Ar-Ra'ad: ayat 28)
Zikir kepada Allah SWT akan dapat mendekatkan seorang hamba kepada Tuhannya.Jika Tuhan mendekati hambaNya, maka DIA akan melindunginya, memberinya limpahan rahmat dan kebahagiaan serta kedamaian jiwa.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan berzikir.

Ahad, 29 November 2009
Selamat Pengantin Baru.
Kelmarin...28 Nov 2009..Sabtu...seorang lagi adik iparku..Ahmad Khalil melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangan Siti Marnida.Selamat Pengantin Baru diucapkan. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat.
Rabu, 25 November 2009
Sahabat Lama
Hari ini dengan teknologi ICT DI FACEBOOK...aku dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan lamaku semasa aku berada di Sabah... Terima kasih kepada kepada Harris, Razali matali, Zunika , Suhaibul dan Suhaimi basri kerana di atas ingatan kalian. MEMORI DI MPKS ...SENTIASA DALAM INGATANKU.
Jumaat, 20 November 2009
Pengurusan Diri Sewaktu Cuti Persekolahan
Asssalamualaikum....Salam 1Malaysia ...cuti persekolahan akhir tahun kembali lagi. Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga pendidik dan pelajar di seluruh tanah air yang tercinta ini. Apa-apa pun harus diingat....kepada pelajar cuti bukan bermakna anda semua tidak perlu mengulangkaji pelajaran. Pada ceramah terakhir saya di surau smtwt (19.11.2009) saya ada memberi beberapa panduan untuk pelajar tingkatan 4 menguruskan masa cuti nanti Antaranya:
1..Pelajar digalakkan membuat jadual waktu belajar persendirian. (3jam sehari)
2. Membuat nota /menyiapkan nota yang belum siap sepenuhnya semasa ditingkatan 4.
3. Membuat latihan matematik sekurang-kurangnya minimun 10 soalan sehari.
4. Mencari bahan/nota/soalan SPM dengan menggunakan talian on line internet.
5. Membuat kumpulan belajar @study group.
6. Mengulangkaji pelajaran di perpustakaaan
7. Berbincang dengan pelajar dari sekolah yang berlainan bertujuan berkongsi ilmu
Selamat bercuti...moga cuti ini digunakan sebaik mungkin...

Selasa, 17 November 2009
Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu
Kepada calon PMR yang ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu boleh memohon secara on-line dengan menggunakan laman web : www.moe.gov.my
Untuk Pengambilan tahun2010, SMT Wakaf Tembusu menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran kemahiran.

Bagi aliran vokasional terdapat 7 kursus yang ditawarkan :
- Automotif
- Penyejukan dan penyamanan Udara
- Amalan Bengkel Mesin
- Kimpalan dan Fabrikasi logam
- Elektrik dan Elektronik
- Binaan Bangunan
- Pengurusan Perniagaan
Bagi Aliran Kemahiran terdapat 4 kursus yang ditawarkan:
- Pemesin am larik
- Mekanik Kenderaan Motor
- Pembuat Perabot
- Juru Tukang paip
Sebarang pertanyaan berkaitan pemohonan bolehlah berhubung dengan pihak sekolah ditalian
09-6664220
Sabtu, 14 November 2009
Matlamat Bimbingan Dan kaunseling
- Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya
- Memperbaiki imej diri yang negatif
- Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan
- Mempermudah atau membantu menggerakkan perubahan tingkah laku
- Membantu klien berubah atau menjadi lebih produktif
- Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman
- Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan
- Membantu klien mengurus masalah yang belum selesai dalam hidupnya
Bersama Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Assalamualaikum....salam 1Malaysia.....tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. dan sebaik-sebaik cara menyelesaikan masalah ialah berkongsi masalah anda. Kaunseling bukan bererti nasihat,walaupun terdapat nasihat yang diberikan.Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional dan ikhlas yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya
Langgan:
Catatan (Atom)