Asssalamualaikum....Salam 1Malaysia ...cuti persekolahan akhir tahun kembali lagi. Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga pendidik dan pelajar di seluruh tanah air yang tercinta ini. Apa-apa pun harus diingat....kepada pelajar cuti bukan bermakna anda semua tidak perlu mengulangkaji pelajaran. Pada ceramah terakhir saya di surau smtwt (19.11.2009) saya ada memberi beberapa panduan untuk pelajar tingkatan 4 menguruskan masa cuti nanti Antaranya:
1..Pelajar digalakkan membuat jadual waktu belajar persendirian. (3jam sehari)
2. Membuat nota /menyiapkan nota yang belum siap sepenuhnya semasa ditingkatan 4.
3. Membuat latihan matematik sekurang-kurangnya minimun 10 soalan sehari.
4. Mencari bahan/nota/soalan SPM dengan menggunakan talian on line internet.
5. Membuat kumpulan belajar @study group.
6. Mengulangkaji pelajaran di perpustakaaan
7. Berbincang dengan pelajar dari sekolah yang berlainan bertujuan berkongsi ilmu
Selamat bercuti...moga cuti ini digunakan sebaik mungkin...
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan