Beribadah kepada Allah SWT secara terus-menerus, berzikir, meminta keampunan dan berdoa setiap waktu dapat mendekatkan diri denganNya, merasakan bahawa kita selalu berada dalam lindunganNYA, menguatkan harapan untuk menggapai maghfirahNYA, membangkitkan perasaan puas dan lapang serta melahirkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa kita.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah, IngatLah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi
tenteram"
(surah Ar-Ra'ad: ayat 28)
Zikir kepada Allah SWT akan dapat mendekatkan seorang hamba kepada Tuhannya.Jika Tuhan mendekati hambaNya, maka DIA akan melindunginya, memberinya limpahan rahmat dan kebahagiaan serta kedamaian jiwa.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan berzikir.
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan