Apabila Allah selesai menciptakan Nabi Adam daripada tanah, Allah memerintahkan para malaikat dan iblis supaya sujud menghormati Nabi Adam. Mereka akur dengan perintah Allah kecuali iblis yang bongkak kerana mendakwa ia lebih baik daripada Nabi Adam kerana ia diciptakan daripada api. Sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah. Kemudian Allah memerintahkan supaya iblis dikeluarkan daripada syurga. Iblis yang sombong bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam hungga ke hari Kiamat.
Cerita dan kisah di atas mempunyai makna yang mendalam apabila kita melihat gejala rosak akhlak yang berlaku dikalangan remaja islam hari ini. Iblis sebagaimana diikrarkannya akan cuba sedaya upaya untuk menghasut dan menggoda umat manusia di muka bumi ini. Iblis sentiasa memantau setiap gerak-geri, memujuk rayu serta akan cuba mennjerumuskan umat islam terutamanya remaja islam ke dalam perangkap maksiat. Sekarang ini arak dan zina adalah perangkap maksiat yang jelas.
Dalam surah Al-Isra ayat 32, Allah berfirman;,maksudnya" Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan mungkar".
Dalam surah al-Maidah ayat 90-91, Allah berfirman,maksudnya "Hai, orang-orang beriman!, Sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan zina adalah perkara kotor perbuatan syaitan. Oleh itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. syaitan hanya bermaksud mendatangkan permusuhan dan kebencian antara kamu disebabkan arak dan judi , serta menghalang kamu mengingati Allah dan mengerjakan solat. Apakah kamu tidak mahu bertaubat?".
Semoga Remaja muslim sejati tidak menghampiri zina dan meminum arak serta meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan.Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah dan petunjuk bagi menjalani kehidupan seharian...Amin
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan