Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2009...banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Semua akan ku simpan menjadi kenangan hidupku. Dan sepanjang tahun ini aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan aku kesihatan yang baik disepanjang tahun 2009 ini. Kepada pelajar dan remaja, setiap tahun pastinya azam baru akan dicipta. tapi adakah kita berfikir tentang kehidupan kita yang dilalui sepanjang tahun 2009 yang lalu.
Dan pada tahun ini juga aku bersyukur kerana insyaallah pada bulan mac 2010 aku bakal mendapat baby baru hasil perkongsian hidupku dengan isteri tersayang.Apa yang pasti kehadiran orang baru ini orang baru ini amat menggembirakan anak-anak aku.
Kepada pembaca blog aku ini, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada anda semua. Semoga tahun 2010 ini memberi kebahagian dan kesihatan yang baik untuk kita mengharungi perjalanan hidup yang sementara ini.
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan