SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Selasa, 8 Disember 2009

TUNTUTAN AMALAN BERDOA

Setiap manusia didunia ini tidak boleh hidup bersendirian tanpa pertolongan dan bantuan orang lain dalam memenuhi sesuatu keperluan. Doa adalah menjadi salah satu kebiasaan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam yang beriman kepada ALLAH dan RasulNya, ia sudah menjadi pegangan kehidupan seharian.
Semua permasalahan dan kemusykilan serta hajat manusia dapat diselesaikan dengan cara berdoa memohon kepada ALLAH SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan hati.
DOA juga termasuk ibadah kerana adanya perhubungan antara manusia dengan ALLAH SWT. Umat Islam kesemuanya sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT setiap kali selesai solat. Orang yang tidak berdoa kepada ALLAH SWT dalam hidupnya merupakan orang-orang rugi dan tidak mendapat keberkatan ALLAH SWT.
Oleh itu, sebagai remaja muslim dan umat Islam, marilah kita bersama-sama sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT memohon keampunan, pertolongan, perlindungan, hidayah dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan