SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 5 Disember 2009

KONSEP DOSA

Dosa adalah perbuatan melanggar hukum agama dan perintah Allah. Remaja yang melanggar hukum agama dan perintah Allah dianggap berdosa. Oleh itu, hamba Allah yang menghampiri perkara-perkara mungkar patut merasa takut dan gentar kerana bimbang ditimpakan balasan oleh Allah akibat melakukan dosa.Sehubungan dengan itu, kita disarankan supaya jangan menghampiri perkara-perkara yang membawa kepada maksiat, iaitu perkara-perkara mungkar yang menyebabkan kita BERDOSA.
Remaja yang bertaqwa, berusaha menjauhi dan melarang perkara mungkar dan berdosa yang berlaku didepan mata mereka. Apabila lelaki dan perempuan perlu untuk bertemu bagi melakukan perkara-perkara yang baik, mereka seharusnya menjauhi elemen mungkar dan berdosa yang akan bermain difikiran masing-masing.
Dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis sahih, Profesor Dr. Yusuf Qardawi membuat kesimpulan, proses lelaki dan perempuan bertemu, pada zatnya tidak haram. Sebaliknya, ia adalah dituntut apabila niat bertemu adalah dengan tujuan baik dan bekerjasama dalam perkara-perkara baik. Perkara-perkara baik yang dimaksudkan itu adalah seperti:

1. Menuntut ilmu
2. Bekerjasama menjalankan program-program baik.
3. Jihad yang dituntut
4. Apa sahaja kerja yang memerlukan proses mengembleng tenaga dan fikiran, sama ada pada peringkat merancang ataupun pada peringkat melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, pertemuan sedekimian jarang dikategorikan oleh remaja sebagai date . Dr Yusuf Qardawi juga mengingatkan dengan tegas, ruang yang bebas ini tidak bermakna yang remaja boleh membelakangi batasan ataupun melupakan had yang ditentukan oleh syarak pada setiap proses pertemuan yang berlaku.
Oleh itu, sebagai remaja Islam, terdapat 6 lingkungan batasan yang perlu dijaga oleh remaja Islam, apabila lelaki dan perempuan bertemu atau menjalinkan kerjasama, mereka seharusnya:

1. Menjaga pandangan msing-masing. Jangan melihat aurat dan melihat pandangan penuh nafsu ataupun memandang dengan pandangan yang lama, tanpa keperluan.
2. Wanita perlu memakai pakaian menutup aurat, tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badannya.
3. Memelihara adab sebagai wanita dan lelaki Islam. Adab yang dimaksudkan disini adalah adab berkata-kata, gurau senda, berjalan dan lain-lain.
4. Menjauhi dari menggunakan sebarang perkara yang dapat menggoda seseorang serta membangkitkan nafsunya seperti wangi-wangian, solekan dan sebagainya.
5. Remaja perlulah menjauhi diri mereka daripada duduk bersunyi-sunyi antara lelaki dan perempuan, tanpa mahram.
6. Bertemu hanya berkenaan perkara yang benar-benar perlu sahaja.

Semoga apa yang dipaparkan pada ruangan kali ini mendapat yang terbaik untuk semua terutamanya remaja dan juga pelajar-pelajar di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan