SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 6 Ogos 2011

Resepi kebahagiaan utk Suami Isteri


Resepi kebahagiaan antara pasangan yang berkasih sayang ialah saling tolak ansur selain percaya di antara satu sama lain. Apabila melihat pasangan begitu mesra sama ada ketika berdua-duaan dalam kereta, makan malam atau menonton wayang, pasti ada yang menjeling.
Pastinya setiap pasangan mahukan insan yang tersayang saling menyayangi bahkan mengharapkan hubungan kekal selamanya.
Namun, tidak kurang pula yang menaruh curiga kepada si dia justeru cuak jika hatinya diintip orang lain.
Bagi wanita yang belum berpunya, tentu mengharapkan kekasih hati tidak ada dua di hatinya. Bagitu juga apabila sudah melayari mahligai bahagia, pasti mereka mengharapkan ia berterusan sampai bila-bila.
Bagi lelaki yang sudah bergelar suami, mereka turut mengharapkan perkara yang sama. Kehangatan kasihnya biarlah bersemadi tanpa direnggut sesiapa dan hanya kematian memisahkan mereka.
Untuk menikmati indahnya berkasih, mungkin petua yang dititipkan ini mampu menjadi panduan berguna. Semaklah semoga ia boleh menjadi prinsip yang memantapkan lagi hubungan bersama.
# Keinginan untuk berbicara dengan pasangan sering ada.
Pasangan yang bahagia selalunya akan sering ada keinginan untuk bercakap-cakap.
Walaupun kadang kala, tidak ada topik khusus untuk dibualkan tetapi dalam minda memang akan sering ada rasa keinginan untuk berbual-bual itu.
Tetapi ada ketikanya, anda akan terasa untuk duduk bersendirian terutamanya waktu angin penuh badan atau api amarah tengah bernyala. Tidak mengapa justeru lelaki memang ada ketikanya tidak mahu diganggu. Tetapi kalau sepanjang masa tidak mahu diganggu isteri, ada masalah sedang melanda jiwa anda.
# Selalu ingin bersama dengan pasangan
Walau di mana anda berada, pasti akan ada rangsangan untuk sentiasa berada bersama pasangan kecuali jika terpaksa. Jika di luar rumah, pastinya terasa kekok apabila si dia atau isteri tiada di sisi sehingga kekok dan serba tidak kena.
# Ungkapan kata-kata manis pada pasangan sering diucapkan
Wajib buat pasangan mana pun untuk bercakap hal yang manis-manis dan penuh keikhlasan. Siapa yang tidak suka kalau orang lain bercakap dengan kata-kata yang lembut dan berhemah dengan dirinya? Tentu tidak bukan.
Cakap lembut, berhemah, mesra dan segalanya yang penuh kesantunan pasti membuatkan air bergelora menjadi tenang. Tetapi karektor sama sekali berubah nadanya kalau tengah marah sehingga sukar menyusun kata dan memaniskan kata-kata serta melembutkan suara. Sesekali mungkin dimaafkan tetapi jangan selalu!
# Senantiasa memberi salam
Ucapan salam itu mampu melahirkan kecintaan tanpa nafsu kerana dengan memberi salam, anda sudah membuatkan si isteri rasa si suami senantiasa mendoakan kesejahteraannya.
# Sentiasa bertanya khabar
apabila berjauhan seringlah bertanya khabar kerana ia membuatkan si dia atau isteri bahagia. Memang sangat perlu walaupun anda tahu si isteri memang sihat, tidak salah berbuat demikian. Kalau itu sentiasa dibuat, isteri akan terasa betapa dirinya disayangi.
# Saling mengucapkan terima kasih
Baik suami atau isteri masing-masing ada peranan dan tugas harian untuk keluarga. Justeru tugas yang ada dan dilaksanakan itu, rajin-rajinlah mengucapkan terima kasih. Terima kasih pada isteri kerana memasak, kerana melayan kehendak anda dan kerana jaga anak-anak dengan baik serta paling penting, terima kasih kerana dia menyayangi dan mengasihi diri anda sepenuh hatinya.
# Bergurau senda sentiasa
Ketiak melihat pasangan bergurau senda tentu ada yang iri terhadap mereka. Apa lagi jika pasangan berkenaan sudah berumur tetapi masih usik-mengusik sesama mereka nampak mereka begitu bahagia.
# Beri sanjungan dan pujian ikhlas
Siapa yang tidak suka dipuji? Baik suami, baik isteri, baik anak-anak, semuanya suka jika disanjung dan dipuji. Tetapi dalam memuji, berpada-padalah. Jangan puji yang tidak realistik. Pujilah walau sedikit tetapi kerap, walaupun atas perkara yang kecil. Isteri pakai baju cantik, isteri masak sedap, isteri kemaskan rumah, isteri basuh dan gosok baju anda, itu semua ruang untuk anda memberi pujian, walaupun mereka tidak mengharapkannya.
# Memanjakan pasangan
Ini pun antara yang boleh menambahkan rasa sayang pasangan juga kalau dibuat. Bukan manjakan apa pun, tetapi kalau isteri selalu memasak untuk anda, apa kata sesekali ajak dia makan di luar dan mungkin lokasinya agak eksklusif atau biasa-biasa saja tetapi cukup membuatkan dia diharga. Jika berpenat selama ini, sekurang-kurangnya suami amat menghargainya.
# Berani berbohong demi menjaga perasaan pasangan
Ini bukan bohong apa tetapi berbohong yang tidak memudaratkan. Tidak salah kata isteri masak sedap, walaupun tidak berapa sedap sebenarnya. Begitu juga jika ada benda yang isteri tidak sepatutnya tahu, tidak salah berbohong. Sebab kalau terlalu telus dan tulus yang akan melukai hati isteri, simpanlah dalam diri sendiri atau berbohonglah seadanya.

Jenis-jenis Nafsu..


Nafsu #1
Nafsu Amarah: Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat
dan syaitan.
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya
hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,
hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah
perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi
kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai
keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur
orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau
kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap
paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah
daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan
manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….
Nafsu #2
Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan
peraturan-peraturan Allah.
Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan
berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam
bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama
dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu
mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya
lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki
diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm
kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun
akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik
buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala
tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….
Nafsu #3
Nafsu Mutmainnah: iaitu jiwa yang tenang.
Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat
dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka
mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak
membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan
yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan
hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda
dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini
di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan
kita dalam nafsu yang hebat ini.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jumaat, 5 Ogos 2011

TIPS SOLAT TERAWIH YG GEMILANG...

Solat tarawih adalah solat yang paling di tuntut untuk dilakukan ketika dalam bulan Ramadhan. Walaupun ianya sunat tetapi ganjaran pahalanya sangat lah besar dan orang Islam hanya bertemu dengan solat tarawih hanya setahun sekali. Jadi janganlah lepaskan peluang ini untuk topup amal ibadat kita. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk dapatkan solat tarawih yang terbaik Insyaallah.

Tips Solat Tarawih Yang Gemilang

1. Berbuka puasa yang tidak terlalu kenyang agar badan ringan, mudah untuk solat jemaah.

2.Solat tarawih yang afdhal adalah di sepertiga malam. Sebagaimana Rasulullah SAW dengan para sahabatnya solat berjemaah lebih afdhal daripada bersolat bersendirian.

3.Jauhkan daripada bersolat dengan tergesa-gesa. Solatlah dengan tuma’ninah. Rasakan nikmatnya bacaan yang di hayati dari ayat ke ayat.

4. Usaha agar dapat tidur dan rehat seketika ketika qailulah agar dapat kekuatan untuk menghidupkan malam serta tidak merasa letih dan mengantuk.

5. Ambillah saf yang di hadapan agar tidak diganggu oleh keaktifan kanak-kanak kecil.

6. Bawalah budget akhirat sesuai dengan kemampuan untuk diinfaqkan ke dalam tabung amal.

7. Setelah selesai solat, jangan terus pulang. Bediam sejenak untuk niat beri’tikaf di masjid samabil membaca Al Quran dan berwirid.

8. Ketika menunggu azan Isya seelok-eloknya sudah berniat iktikaf di masjid.

9. Usahakan menjaga kesempurnaan tarawih dengan tidak berdebat menenai jumlah rakaat tarawih . Jika kita ambil yang lapan rakaat sementara jemaah di sekitar kita membuat 20 rakaat, sebaiknya ikut sahaja berjemaah.

10. Apabila sampai rakaat kelapan berehatlah,. Saat itu niat sahaja I’tikaf. Ketika witir kita sambung lagi berjemaah. Demikian sebaliknya jika kita biasa laksanakan 20 rakaat, sementara imam melaksanakan 8 rakaat, maka ketika imam solat witir kita tidak perlu ikiut. Selebihnya kita sempurnakan di rumah.

11.Perhatikan selepas solat tarawih, jika ada jemaah yang tadarus Al Quran, sebaiknya kita bawakan makanan atau minuman ikut kemampuan untuk para jemaah tersebut.

12. Para wanita seeloknya jangan berlebih-lebihan menghias diri dan memakai perhiasan emas, kerana ia dapat mengundang fitnah.

13. Bagaimana dengan telefon bimbit, teman setia kita. Tinggalkan sahaja di rumah atau matikan sahaja. Berlatihlah untuk lepaskan diri dari dunia ketika berkomunikasi dengan Allah.

Sumber: http://inspirasicyber.com

PERKARA2 YANG MAKRUH DIBULAN RAMADHAN

Perkara-perkara yang makruh dilakukan semasa berpuasa itu ialah:

1. Meninggalkan adab-adab puasa.

Meninggalkan adab-adab yang dianjurkan dalam ibadat puasa itu bererti melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dihindari untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat tersebut.

Adab-adab puasa itu termasuklah mengerjakan perkara-perkara yang sunat dikerjakan ketika berpuasa selain meninggalkan perkara-perkara yang dituntut supaya ditinggalkan. Perkara-perkara yang sunat dilakukan oleh orang yang berpuasa itu umpamanya ialah menyegerakan berbuka puasa. Menyegerakan berbuka puasa terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang Maghrib adalah sunat, kerana ia merupakan sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sebagai contoh lagi bagi perkara-perkara yang disunatkan itu ialah melambatkan waktu bersahur. Kadar waktu yang disunatkan untuk bersahur ialah ketika hampir waktu fajar, iaitu tempoh masanya kira-kira dalam kadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat al-Qur’an sebelum terbit fajar.

Daripada Abu Dzar Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

Maksudnya: “Umatku sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.”

(Hadits riwayat Ahmad)

Meninggalkan perkara-perkara yang disunatkan sudah tentu kurang menepati apa yang telah dikehendaki oleh syara‘.

Begitu juga makruh melakukan perbuatan-perbuatan yang dituntut oleh agama untuk meninggalkannya walaupun pada dasarnya perbuatan-perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Perbuatan yang dimaksudkan itu seperti tidak memelihara anggota tubuh badan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong, berangan-angan yang terlalu panjang dan sebagainya. Meninggalkan perkara-perkara maksiat adalah lebih-lebih lagi dituntut seperti mengeluarkan kata-kata yang ditegah atau haram umpamanya mengumpat, berdusta, memfitnah, berbantah-bantah (berdebat) kerana perkelahian dan bersumpah bohong .

Walaupun meninggalkan perkara-perkara di atas ketika mengerjakan ibadat puasa merupakan perkara sunat, hal ini tidak mengubah kedudukan asalnya sebagai perkara-perkara haram yang wajib dijauhi. Dalam makna yang lain, apabila seseorang menjauhkan dirinya daripada melakukan perkara-perkara di atas, dia akan memperolehi dua pahala; pahala wajib kerana memelihara anggota tubuh-badannya daripada perkara yang haram dan pahala sunat kerana meninggalkan perkara tersebut semasa mengerjakan puasa..

Sebaliknya pula, jika orang yang berpuasa itu tidak memelihara lidahnya daripada perkara-perkara yang keji dan terlarang seperti berdusta atau mengumpat, dia mendapat dosa kerana melakukan perkara yang haram dan dia juga telah menyalahi tuntutan perkara sunat kerana tidak menjaga dirinya daripada perkara-perkara di atas ketika berpuasa.

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata yang batil (dusta) dan (sebaliknya) melakukannya (pula) maka Allah tidak menghendaki (memerlukan) untuk dia meninggalkan makanan dan minumannya.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah hadits yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenar-benarnya ialah menahan diri daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata yang keji.”

(Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

2. Mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Ketika mengerjakan ibadat puasa, menjaga rongga-rongga anggota badan seperti lubang mulut, telinga, hidung, dubur dan sebagainya daripada dimasuki oleh benda-benda yang membatalkan puasa adalah wajib. Oleh kerana itu, mendedahkan rongga-rongga tersebut kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa adalah makruh dan perlu dielakkan.

Antara perbuatan-perbuatan yang boleh mendedahkan rongga-rongga anggota badan kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa itu ialah mubalaghah atau berlebih-lebihan semasa berkumur-kumur dan memasukkan air ke lubang hidung, menyelam dalam air, mengunyah dan juga merasa makanan dengan lidah.

i. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke lubang hidung ketika berwudhu’ asalnya sunat dilakukan hatta ketika mengerjakan ibadat puasa. Bagaimanapun, berlebih-lebihan dalam perkara tersebut ketika berpuasa adalah makruh. Berlebih-lebihan yang dimaksudkan ketika berkumur-kumur itu ialah memasukkan air ke seluruh bahagian mulut, iaitu mengumur-ngumurkann ya sehingga air sampai ke bahagian langit-langit paling dalam. Manakala berlebih-lebihan semasa memasukkan air ke lubang hidung itu bererti menyedut air dengan nafas hingga sampai ke pangkal hidung (khaisyum).

‘Ashim bin Laqith bin Shaburah Radhiallahu ‘anhu daripada bapanya telah berkata, “Wahai Rasulullah! Terangkan kepadaku tentang hal wudhu”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sempurnakanlah wudhu’ (iaitu dengan menyampaikan air ke seluruh anggota yang wajib dikenakan air wudhu’), bukalah celah-celah jari-jemarimu, dan bersungguh-sungguhl ah memasukkan air ke dalam lubang hidung kecuali jika kamu sedang berpuasa.”

(Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Apabila air masuk melalui mulut atau lubang hidung melewati batas yang dibenarkan, iaitu air tersebut masuk ke bahagian had batin mulut (tempat makhraj huruf hamzah (Ø¡) atau ha marbuthah (هـ)) atau melebihi pangkal hidung disebabkan mubalaghah ketika berkumur-kumur atau memasukkan air ke lubang hidung, mengikut pendapat yang ashah (lebih tepat) dalam mazhab asy-Syafi‘i, akan membatalkan puasa walaupun perbuatan tersebut dilakukan dalam perkara-perkara yang dituntut agama seperti wudhu’ dalam bilangan yang wajib ataupun sunat. Jika tidak dilakukan secara berlebih-lebihan puasa tidak menjadi batal asalkan perbuatan itu tidak dilakukan dengan senghaja.

Jika air masuk kerana perkara-perkara yang tidak dituntut agama seperti mengambil air wudhu’ lebih daripada bilangan tiga kali, atau semata-mata untuk membasahkan dan menyejukkan mulut, maka puasa menjadi batal, tidak kira sama ada ia dilakukan secara berlebih-lebihan atau sebaliknya.

ii. Menyelam dalam air akan menyebabkan puasa menjadi batal jika air memasuki rongga-rongga anggota tubuh-badan yang perlu dijaga. Oleh sebab itu, perbuatan tersebut adalah makruh dilakukan sekalipun dalam perkara-perkara yang dituntut seperti mandi wajib atau mandi-mandi sunat.

Jika air masuk dengan tidak senghaja ketika seseorang itu mandi tanpa menyelam dalam air, puasa tidak akan menjadi batal.

iii. Makruh merasa makanan dengan lidah kerana ia boleh menyebabkan makanan tertelan masuk ke dalam perut. Perbuatan itu juga boleh membuka selera makan bagi orang yang berpuasa itu, dan ini boleh membawa kemungkinan yang dia tidak mampu menahan dirinya untuk terus berpuasa.

Bagaimanapun, tidaklah makruh bagi orang yang sedang berpuasa untuk merasa makanan yang dimasaknya jika terdapat keperluan untuk merasa dan memperbaiki makanan yang dimasaknya itu.

Begitu juga makruh mengunyah makanan, kerana di samping sebab-sebab di atas, ia boleh menyebabkan air liur berkumpul dan menjadi banyak. Menurut pendapat jumhur ulama’, air liur yang mempunyai rasa atau bau makanan itu tidak membatalkan puasa, walau bagaimanapun apabila ditelan hukumnya adalah makruh.

Makanan yang dikunyah itu juga boleh menyebabkan orang yang berpuasa merasa dahaga. Di samping itu, bau mulut kesan mengerjakan ibadat puasa yang sepatutnya dijaga boleh menjadi hilang.

Dalam sebuah hadits mauquf, Ummu Habibah Radhiallahu ‘anha berkata:

Maksudnya: “Orang yang berpuasa tidak wajar mengunyah makanan.”

(Hadits riwayat al-Baihaqi)

Bagaimanapun, tidak makruh mengunyahkan makanan untuk dimakan oleh anak kecil jika tidak dapat dielakkan daripada melakukannya, seperti kerana ketiadaan orang lain ataupun tiada cara lain selain daripada mengunyahkannya.

Khamis, 4 Ogos 2011

INGAT!!! Anda orang kepercayaan Allah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.”
(Surah Al-Ahzab; 72)

AMANAH

Dalam ayat di atas diterangkan kepada kita bahawa Allah telah memilih manusia untuk memegang amanah iaitu agamaNYA. Amanah atau kepercayaan itu diberikan kepada manusia kerana antara makhluk-makhluk Allah di alam ini, manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dengan dikurniakan akal dan hati.

Jadi, setiap daripada kita telah memegang amanah dan telah diberi kepercayaan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab ini.

Jika hari ini, kita diberikan amanah atau dilantik menjadi orang kepercayaan kepada seorang yang ternama, contohnya menjadi orang kepercayaan kepada Perdana Menteri, atau pemimpin-pemimpin besar, kita akan merasa hebat dan megah dengan kepercayaan yang diberikan kepada kita. Lantas dengan kepercayaan yang diberikan itu, sanggupkah kita mengkhianati pemimpin tersebut? Malah kita akan melaksanakan tugasan dengan penuh bertanggungjawab kerana kita memegang amanah seorang yang besar di sisi manusia.

Tetapi sedarkah kita bahawa kita semua sebenarnya memikul amanah dan menjadi ‘orang kepercayaan’ Allah. Jika ditanya, adakah kita sanggup mengkhianati Allah? Pasti jawapannya tidak. Padahal hakikatnya kehidupan kita dipenuhi dengan pengkhianatan terhadap Allah. Tidak melaksanakan suruhan dan hukuman yang ditetapkan olehNYA adalah pengkhianatan terhadap Allah. Melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah adalah pengkhianat terhadap Allah. Pendek kata, kita lebih patuh kepada manusia berbanding Allah…
ALLAH ITU TUAN PUNYA ALAM

Allah ialah TUHAN; terjemahan dalam bahasa melayu daripada perkataan RABB. Dalam bahasa arab, rabb boleh diterjemahkan sebagai Yang Mencipta; Yang Mentadbir; Yang Menghidup dan Yang Mematikan; Tuan Punya serta beberapa terjemahan yang lain.

Allah mencipta, memiliki dan mentadbir seluruh alam. Allah merupakan tuan punya kepada alam raya ini. Langit, bumi, gunung-ganang, malah diri kita serta semua yang ada pada kita hakikatnya adalah milik Allah. Mata kita, telinga kita, ibu bapa kita, harta kita dan segala-galanya adalah milik Allah. Maka jika Allah hendak mengambil kembali apa-apa yang telah dikurniakan kepada kita, tiadalah harus bagi Allah untuk meminta izin terlebih dahulu daripada kita. Jika Allah mengambil kembali insan yang kita cintai, atau harta yang kita sayangi, atau anggota badan yang kita membesar dengannya, sesungguhnya kita tidak dapat menghalang kerana semua itu adalah harta kepunyaan Allah.

Sekalian alam merupakan milik Allah, harta kepunyaan Allah. Manusia, haiwan, tumbuhan serta seluruh alam dimiliki oleh Allah. Lalu apakah bezanya manusia dengan ciptaan Allah yang lain? Kita dijadikan sebagai sebaik-baik ciptaan atas kelebihan akal dan hati kurniaan Allah. Jadilah kita lebih sempurna dan lebih baik penciptaannya daripada sekalian makhluk yang lain. Maka, ingatlah…
“KITA MERUPAKAN HARTA ALLAH YANG TERBAIK!!!”
NILAI PEMBERIAN ALLAH

Berapakah nilai semua pemberian Allah kepada kita itu?

Hari ini kita bekerja makan gaji. Katakan kita diberi gaji bulanan sebanyak RM2000 sebulan oleh majikan. Dengan pemberian sebanyak itu, atau mungkin lebih kurang daripada itu, kita berterima kasih dan sanggup bekerja bersungguh-sungguh untuk majikan yang memberi gaji kepada kita; lalu bagaimana pula pekerjaan dan amal kita kepada Allah?

Mari kita menilai secara kasar pemberian Allah kepada kita.

Mata kita; jika hari ini ada orang mahu menukar sebelah mata kita dengan harga timbunan jongkong-jongkong emas, sanggupkah kita menukarnya?

Tangan kita; jika hari ini ada insan yang mahu membeli sebelah tangan kita dengan wang yang berjuta-juta nilainya, adakah kita sanggup memotongnya?

Akal kita, jika hari ini ada seorang hartawan mahu memberikan seluruh hartanya kepada kita dengan syarat kita perlu menjadi gila, adakah kita sanggup menerima tawaran tersebut?

Pasti dan pasti tiada sesiapa pun yang sanggup. Malah, tidak mungkin penilaian kasar di atas dapat menghitung nilai pemberian Allah kepada kita setiap hari. Malah, gaji yang kita terima setiap bulan juga sebenarnya adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada kita melalui tangan majikan.

Maka, tanya kembali kepada diri, berapa banyak amal kita untuk manusia yang memberi secebis nikmat Allah kepada kita, dan bagaimana pula amalan kita kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Pemberi segala nikmat… Pastinya nikmat Allah itu tak terhitung banyaknya…

KENAL ALLAH SYARAT MENJAGA AMANAH


Semua nikmat yang Allah kurniakan itu merupakan amanah yang perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin. Mengenali Allah adalah syarat utama untuk kita menjalankan amanah yang dipikulkan kepada kita. Mana mungkin kita mampu menjaga sesuatu yang tidak diketahui siapa pemiliknya.

Kuasa merupakan nikmat dan amanah kurniaan Allah. Tanpa mengenali Allah, seseorang itu akan cenderung untuk menyalahgunakan kuasa yang diberi.

Nafsu juga adalah amanah Allah kepada manusia. Gagal mengenal Allah menyebabkan manusia gagal mengawal nafsunya, lalu menggunakannya ke arah kemaksiatan.

Kasih sayang itu juga merupakan nikmat dan amanah kurniaan Allah. Sesiapa yang tidak mengenali tuhannya pasti cenderung untuk menyalurkan kasih sayang itu ke tempat yang tidak sepatutnya.

Maka, dengan mengenali Allah, serta mengetahui kehendak serta larangan Allah barulah kita mampu mengendalikan dan memikul amanah serta nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita sebaik mungkin…
PENTING DAN YANG LEBIH PENTING

Adakah kita dapat hidup tanpa makanan? Ya, kita dapat hidup tanpa makanan. Buktinya ketika ini adakah kita sedang makan? Mungkin ya, dan mungkin tidak. Makanan itu penting, tetapi kita tidak memerlukannya sepanjang masa. Ada masa dan ketikanya kita perlukan makanan dan minuman.

Bagaimana pula dengan kasih sayang? Adakah ia penting? Ya, kasih sayang penting untuk menyempurnakan kehidupan seorang manusia. Tetapi untuk hidup, kita tidak memerlukannya sepanjang masa kerana ada anak-anak yatim yang membesar tanpa kasih sayang.

Tetapi adakah kita dapat hidup tanpa perlu kepada Allah? Jika ada yang menjawab YA, sila nyatakan bila saat dan ketikanya kita tidak perlukan Allah? Ketika tidur? Lalu siapakah yang menggerakkan jantung kita sepanjang masa? Ketika mati? Bukankah jasad kita disemadikan di tanah milik Allah. Jelas, Allah itu lebih penting daripada segala-gala yang penting kerana setiap perkara penting di dunia, hakikatnya tidak akan wujud tanpa kehendak dan izin Allah.

Apakah ranking pertama dalam hieraki kepentingan dalam diri kita? Anda ada jawapannya…
KASIH SAYANG ALLAH

Tanpa kasih sayang, kehidupan manusia akan terencat kerana kasih sayang itu baja yang menyuburkan dan menumbuhkan hati yang sihat dalam kehidupan. Seorang anak menyayangi ibu, seorang suami mengasihi isteri, ibu bapa menyayangi anak-anak. Kerana kasih sayang, ibu bapa sanggup berkorban dan bersusah payah untuk anak-anaknya.

Mintalah seorang ibu menggambarkan rasa kasih sayang terhadap anaknya. Tidak tergambar dan terungkap kasih itu dengan kata-kata. Ibu bapa mencurahkan kasih sayang untuk anak-anak, mengerahkan keringat demi anak-anak, sanggup bersusah payah demi melihat kesenangan anak-anak. Bayangkan apabila anak itu membesar lalu dia lupa segala pengorbanan dan kepayahan ibu bapanya, apakah pandangan masyarakat terhadap anak itu? - Anak derhaka, tak mengenang budi, anak kurang ajar atau mungkin anak syaitan dan sebagainya.

Begitu tinggi nilai kasih sayang ibu terhadap anak, tetapi pasti tidak dapat menandingi kasih sayang Allah yang mengasihi hamba-hambanya 70 kali lebih daripada kasih sayang seorang ibu. Bayangkan pula situasi sekarang ini, betapa ramai manusia termasuk yang pernah mengucap kalimah syahadah yang lupa kepada Allah; tidak solat, tidak pernah beribadah, hidup penuh dengan maksiat, malah lebih malang lagi langsung tidak mengenali siapa sebenarnya tuhan yang harus disembah. Jadi, bagaimana kedudukan mereka ini? – 70 kali lebih derhaka daripada anak-anak derhaka, 70 kali lebih kurang ajar daripada anak-anak yang kurang ajar. Tetapi Allah masih membuka pintu taubatnya.

Manusia bukannya anak-anak Tuhan, tetapi kita adalah hamba kepada Allah. Di sisi manusia, kedudukan hamba adalah yang paling hina. Jika kuli, sekurang-kurangnya dia dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan. Hamba pula merupakan harta pemiliknya. Tuan kepada hamba memberi segala keperluan hamba tersebut seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagai balasan, si hamba perlulah mengikuti segala kehendak tuannya. Jika tuannya itu mati, hamba tersebut tidaklah menjadi bebas kerana hamba adalah harta- boleh ‘difaraid’kan. Begitulah kedudukan seorang hamba yang dimiliki oleh manusia.

Allah merupakan tuan kepada manusia. Allah telah memberi segala keperluan untuk manusia hidup sempurna di muka bumi. Sebagai balasan, manusia perlu taat dan patuh serta mengikuti segala suruhan yang telah ditetapkan oleh tuannya, iaitu Allah. Tetapi cuba kita lihat bagaimana hamba-hamba ini berkelakuan kepada tuannya. Lupa, derhaka, malah menghina tuannya sendiri. Sepatutnya hamba-hamba ini telah lama diseksa atas perbuatannya. Namun Allah bukanlah tuan yang terus mahu membalas perbuatan hamba-hamba terhadapNYA. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. Itulah sifat pertama yang diperkenalkanNYA kepada hamba-hambaNYA.

Manusia sering berlagak seperti tuan, padahal kita hanyalah hamba kepada Tuhan…

Kenalilah Tuhan, nescaya kita akan menemui jalan…
Jalan yang lurus, bukan bersimpang siur…
Jalan yang mencari redha, bukan jalan derhaka…
Jalan menuju ke syurga, bukan ke neraka…



Rabu, 3 Ogos 2011

BETAPA MUDAHNYA WANITA DITIPU....


Wanita itu dalam hidupnya amat memerlukan pergantungan dari kebanyakan perkara, mengenai hati dan perasaan, kehidupan dan kemesraan dan juga dalam hal-hal keduniaan dan kerohanian mereka. Oleh itu mereka amat mudah dipermainkan.

Si 
A adalah wanita biasa, suka berpoya-poya dalam hidup, suka mencari aktiviti yang tidak ada batas dan norma keislaman. Dia berkenalan dengan seseorang lalu hanyut bersama perasaan dan nafsunya. Baginya hiburan dan keseronokan adalah kehidupan yang ia cari. Akhirnya ia asyik bertukar pasangan. Wanita jenis ini sangat mudah dijadikan bahan.

Si 
Q adalah wanita warak, alim dan berbudi bahasa. Hidupnya agak terkongkong dan salah satu cara hidupnya bersosial ialah dengan internet. Ia berkenalaan dengan seseorang, pada mulanya ia tidak suka denga lelaki Z ini, akan tetapi lama kelamaan ia suka dan menaruh hati. Rupanya lelaki Z adalah seorang pandai berkata-kata dalam bab agama. Namun cuba menyelitkan unsur kehidupan silamnya yang hitam sebagai umpan menagih simpati. Z tahu itu adalah satu cara utama untuk menjadikan wujudnya komunikasi dan bahan perbualan dalam FB dan Chat. Akhirnya Q telah berubah sedikit demi sedikit.Bila hati telah ditembusi maka segala kehidupannya akan mudah dikuasai.
Aslamana seorang wanita baik, suka berkawan dan mempunyai pendidikan Islam. Ia tahu sikap lelaki dan faham benar akan tindak tanduk mereka antaranya :

1.Lelaki mudah berbohong, apalagi banyak rahsia yang disembunyikan atau terlalu banyak rahsia yang mahu dikongsikan.

2.Lelaki suka cerita hal-hal seks, apalagi asyik menceritakan hal-hal hitam silamnya yang mungkin hanya fantasi dan rekaan.Itu satu umpan untuk mengheret wanita kepada cerita-cerita yang agak sensitif.

3.Lelaki tahu wanita itu tidak stabil emosi dan perasaannya. Maka mereka pandai memberi simpati,memujuk, memuja dan memberi kata-kata yang indah.Biasanya ini adalah taktik yang ampuh bagi wanita yang kesepian, punya masalah dengan keluarga dan pernah dilukakan perasaannya.

4.Lelaki mudah memberi kata cinta, sayang, kasih, dan romantika. Ia pandai memerangkap kelemahan dan kemahuan wanita.

Apabila sudah jatuh dalam permainan lelaki, wanita itu akan dipergunakan untuk kepuasan mereka, samada dari segi material dan segalanya. Sebab itulah awang-awang hitam berjaya memperdayakan wanita Melayu berbanding wanita bangsa lain, kerana hati-hati mereka terlalu mudah untuk ditembusi.

Ketakutan anda kepada keseorangan, kesepian, kekosongan dan sebagainya makin mengheret anda kepada apa yang anda takutkan
Oleh itu jadilah wanita yang ada inspirasi dalam hidup. Anda perlu yakin pada jodoh anda, rezeki anda dan yang paling penting ialah kesucian anda.

Jadi jangan suka berkenalan dalam FB dan halaman Chat. Pastikan hanya mereka yang betul-betul anda kenali dan pernah duduk sekelas, sepejabat dan rakan sekerja dengan mereka. Yang lain-lain tu 'bolayan and sayonara'.
. .

...IHLAMKU DIBULAN RAMADHAN


ILMU ADALAH SENJATAKU
SABAR ADALAH PAKAIANKU
ZUHUD ADALAH PEKERJAANKU
REDHA ADALAH KEUNTUNGANKU
YAKIN ADALAH KEKUATANKU
KEJUJURAN ADALAH PENOLONGKU
TAAT ADALAH KECINTAANKU
JIHAD ADALAH AKHLAKKU
SOLAT ADALAH KEBAHAGIAANKU
ILMU ADALAH SENJATAKU
SABAR ADALAH PAKAIANKU
ZUHUD ADALAH PEKERJAANKU
REDHA ADALAH KEUNTUNGANKU
YAKIN ADALAH KEKUATANKU
KEJUJURAN ADALAH PENOLONGKU
TAAT ADALAH KECINTAANKU
JIHAD ADALAH AKHLAKKU
SOLAT ADALAH KEBAHAGIAANKU