Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - :
RASULULLAH MEMBANTU MELAKUKAN KERJA RUMAH
1] KALAU ADA PAKAIANNYA YANG KOYAK, Rasulullah
SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya....
2] Sayidatina ‘Aisyah menceritakan JIKALAU NABI SAW BERADA DI RUMAH,
BAGINDA SELALU MEMBANTU. ISTERINYA DI DAPUR dan lain2 urusan rumah
tangga...
3] JIKA MENDENGAR AZAN, BELIAU CEPAT-CEPAT PERGI KE MASJID, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang...
4] JIKA DI RUMAH TIDAK ADA MAKANAN, atau bahan untuk dimasak, Rasulullah
SAW lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini’... tanpa
sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda...
5] BAGINDA SANGAT MARAH TATKALA MELIHAT SEORANG SUAMI SEDANG MEMUKUL
ISTERINYA... Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’...
Lalu dijawab dengan agak gementar, ‘ISTERIKU SANGAT KERAS KEPALA! Sudah
diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul dia.’... “Aku tidak
menanyakan alasanmu,”.. sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam..
‘Aku menanyakan MENGAPA ENGKAU MEMUKUL TEMAN TIDURMU DAN IBU KEPADA
ANAK-ANAKMU?’....
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith yang maksudnya:
‘Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin
Yazid tentang APA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW KETIKA DALAM
RUMAHNYA? Maka Aisyah menjawab: RASULULLAH SAW SENTIASA MEMBANTU AHLI
KELUARGANYA DALAM KERJA RUMAH... Dan apabila sudah tiba masuk waktu
solat, Baginda keluar untuk solat.”.....
Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami turut bersama-sama membantu
isterinya memasak di dapur, mengemas rumah, membasuh pakaian dan
lain-lain urusan... MARILAH BERSAMA MENCONTOHI SIKAP SEORANG LELAKI YANG
PALING AGUNG di dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga....
Surah Al-Ahzab [21].. “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu PADA DIRI
RASULULLAH SAW ITU CONTOH IKUTAN YANG BAIK, IAITU BAGI ORANG YANG
SENTIASA MENGHARAPKAN (KEREDHAAN) ALLAH dan (balasan baik) hari
akhirat..”...... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*...
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan