SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Rabu, 3 Ogos 2011

DOA TENANGKAN HATI YANG BERDEBAR...


Dari Maimunah hamba pengasuh Nabi berkata :

Seorang wanita datang kepada Nabi dari puak Jursh dan berkata kepada ‘Aisyah : Tolonglah beritahuku dengan suatu doa dari Rasulullah yang boleh menenangkan diriku dan mententeramkannya.

Rasulullah bersabda kepada 'Aisyah radiallahuanha katakan kepadanya : Letakan tangan kananmu dekat bahagian hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa :

بِسْمِ اللهِ، اللهمَّ دَاِونِي  ِبدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ  ِبشِفـَائِكَ وَأ َغْنـِنِيْ  ِبـِفـَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu.

Petikan dari kitab Usudul Ghobah : 5/404

Berhati-hatilah :

Sekiranya terlintas sesuatu yang buruk dalam hati, hasutan yang menyuruh kepada melakukan kejahatan atau timbul sangkaan-sangkaan yang tidak baik maka bacalah ayat akhir surah Baqarah... mudahan dibebaskan anda dari semua perkara itu iaitu ayat :
(...... آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون )

SEMUT


Seekor semut terjatuh ke dalam lopak air. Ia terkapai-kapai bersendirian. Seluruh kakinya digerakkan walaupun sudah satu jam berlalu. Ia masih lagi mencuba bergerak ke tepi lopak. Namun kudratnya tidak mampu membawa ia berenang ketepian. Jika ia bersuara, siapakah yang akan mendengarnya?.




Begitulah jeritan batin manusia. Ada berbagai masalah yang menghimpit perasaan. Ada luka di hatinya. Ada rengekkan yang sayu mendayu. Entah bila akan henti kerisauan hatinya.

Bila kita solat... adakalanya rintihan di dalam hati itu masih ada. Masalahnya ialah ia hanya menjadi Tayangan gambar atau berbagai lintasan perasaan. Rintihan ini tidak di arah ke tempat yang betul. Sedangkan ia berada di hadapan Allah tapi masih lagi memikirkan bagaimana hendak lepas dari masalah sama.

Sepatutnya ada rasa malu dengan Allah. Jika dalam solat kita seperti sedemikan. KeAKUan diri itu masih ada untuk menjadi tuhan dan seolah Allah tidak mampu menyelesaikannya.

Jika ia berfikir yang Allah itu tuhannya yang mendengar rintihan nescaya ia tidak mempunyai perasaan tersebut. Sebaiknya bila seseorang berdiri di hadapan Allah ia berusaha untuk hanya mengingati Allah. Hinggalah masalah itu hilang dan fana kerana mengingati Allah. ِAllah telah berfirman :

أقم الصلاة لذكري

Lakukanlah solat itu untuk mengingati Daku.

KENANGAN ZAMAN KANAK2 KETIKA RAMADHAN

APABILA bulan puasa menjelang, kita jadi nostalgik. Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka. Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita ‘main jauh-jauh’ kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.

Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, ‘Berpuasa sekerat hari pun tak apa.’ Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.

Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, ‘Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.’ Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjaram kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.

Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokkannya, meskipun hendak berpuasa macam Abang Long, kitalah anak yang paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.

Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk mengadap juadah dan kitalah yang menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana berbangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.

Mulalah emak berjanji hendak bagi ganjaran kalau kita dapat meneruskan ibadah puasa. Dia berjanji akan menghidangkan masakan yang kita paling suka. Cakaplah apa sahaja, emak akan sediakan. Ramai juga di kalangan kita yang dijanjikan ganjaran wang ringgit.

Begitulah latihan berpuasa yang kita lalui. Malangnya, penekanan yang selalu dititikberatkan adalah menahan diri daripada makan dan minum. Oleh kerana kita telah dilatih sebegitu, tanpa kita sedari, makanan menjadi agenda utama bulan puasa. Kita sudah terbawa-bawa perangai budak hingga ke dewasa. Kita membeli lebih makanan daripada biasa. Kita minum pelbagai jenis air di bulan ini. Lihatlah sesaknya bazar-bazar Ramadan yang dibuka di bandar-bandar kecil dan besar di seluruh negara. Kesemuanya untuk memenuhi nafsu makan kita.

Bila lagi kita hendak berpuasa dalam ertikata yang sepatutnya? Mengapa kita terbawa-bawa perangai kanak-kanak kita setiap kali tibanya bulan puasa? Biarlah sekurang-kurangnya kekerapan kita membeli makanan di luar adalah sama seperti hari-hari biasa. Kalau dahulu kita asyik mengembangkan hidung dan menjenguk ke dapur menghidu aroma masakan emak, setelah dewasa, kita asyik melayari internet pula untuk melihat juadah apa yang diingini buat berbuka. Bukankah apabila kita berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, nafsu kita boleh dikontrol dan tidak meliar apabila melihat makanan?

Apakan daya, pengetahuan kebanyakan emak tentang puasa biasanya berbentuk ritual. Dia melayan nafsu makan kita sebagai anak kecil. Penekanan menahan nafsu mata, telinga dan lidah jarang sekali ditarbiahkan kepada kita. Begitu juga, dia tidak sampaikan kepada kita peri pentingnya memperbanyakkan ibadah.

Benar. Kita memperdalami sendiri erti puasa melalui ceramah, kuliah dan pembacaan. Ilmu puasa kita kini lebih lengkap, lebih dewasa. Tetapi bila tiba bab makan, kita kalah bila jadi budak-budak kembali. Kita gagal dalam menangani cabaran fizikal berpuasa. (Maaf cakap, belum termasuk cabaran spiritual lagi). Mengapa begitu? Justeru itu, mengapa tidak kita memperbetul minda khususnya hal makan minum di bulan Ramadan.

Buat permulaan, ramai yang belum mencuba keenakan berbuka secara Rasulullah. 
“Adalah Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air.” (Anas bin Malik r.a)

Cara ini simple, mengenyangkan dan tentu sekali tidak memberatkan perut hingga mengantuk tatkala bersolat terawih. Mari kita tinggalkan nostalgia makan minum di zaman kanak-kanak itu. Ia hanya sesuai untuk budak-budak.

Selasa, 2 Ogos 2011

KHUTBAH RASULULLAH MENYAMBUT RAMADHAN...


KONGSIKAN!




WAHAI MANUSIA,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
Inilah bulan ketika  kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.
Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.
Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akanmengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya
,”Pelihara dirimu  dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.
Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”





Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk  merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…


“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar  39:53)

Isnin, 1 Ogos 2011

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011

Program ini dilancarkan pada 1 Ogos 2011....bertempat di Dataran Kualiti...smvkt...Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua..

Tabung Ihya Ramadhan

Ceramah oleh Ustaz Che Salim

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua

Ustazah2 di SMVKT

Nasyid oleh Pelajar

dENGAR nasyid

Cg Hasani ...1MALAYSIA 1RAMADHAN

hari pertama posa..

Hari pertama berpuasa dibulan ramadhan tahun 2011

Pukul 4.00 pagi bangun bersama isteri tersayang....kejutkan Ahmad zharfan dan Nor Athirah utk makan sahur...tahun ni...inilah pertama kali Kak Ngah/Nor Athirah ingin berpuasa.....semoga dapat bertahan hingga waktu berbuka nanti..
Kepada isteri ku..teng kiu coz bangun awal utk menyediakan juadah bersahur...sedap dan menyelerakan
SEMOGA RAMADHAN kali ni ...ALLAH SWT akan memberi keberkatan dan keredhaaNya kepada kami SEKELUARGA...aminnn




Bulan Ramadhan di Tahun 1432 H atau tahun 2011 Masihi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA.

Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berduyun-duyun melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.





Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Quran. Mungkin ada diantara kita menjadikan Al-Quran sebagai koleksi atau perhiasan, padahal kita sepatutnya menghayati dan mengingati tujuan sebenar penurunan Al-Quran serta WAJIB mengamalkan seluruh isi kandungannya.

Firman Allah :
“Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggatikannya pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hedaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.”
(Al-Baqarah :185)

"Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa". 
(Riwayat Ahmad)




P/S'.......SINARAN IHYA RAMADHAN......ADA HIKMAH DAN NIKMATNYA....

Rabu, 27 Julai 2011

PROGRAM OUTREACH KEBANGSAAN DISG PETANI, KEDAH...21-25 JULAI 2011

Bersama 4 orang guru pengiring dan 6 orang pelajar smvkt telah ke Sg Petani , Kedah kerana menghadiri Pameran Outreach peringkat kebangsaan di sana



Bersama Nubhan AF...Syawal AF dan Cg, Mat AF,,,hehehe



Day 2...majlis perasmian

Day 1...persiapan booth


Banting Program Outreach