SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Isnin, 1 Ogos 2011

Hari pertama berpuasa dibulan ramadhan tahun 2011

Pukul 4.00 pagi bangun bersama isteri tersayang....kejutkan Ahmad zharfan dan Nor Athirah utk makan sahur...tahun ni...inilah pertama kali Kak Ngah/Nor Athirah ingin berpuasa.....semoga dapat bertahan hingga waktu berbuka nanti..
Kepada isteri ku..teng kiu coz bangun awal utk menyediakan juadah bersahur...sedap dan menyelerakan
SEMOGA RAMADHAN kali ni ...ALLAH SWT akan memberi keberkatan dan keredhaaNya kepada kami SEKELUARGA...aminnn




Bulan Ramadhan di Tahun 1432 H atau tahun 2011 Masihi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA.

Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berduyun-duyun melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.





Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Quran. Mungkin ada diantara kita menjadikan Al-Quran sebagai koleksi atau perhiasan, padahal kita sepatutnya menghayati dan mengingati tujuan sebenar penurunan Al-Quran serta WAJIB mengamalkan seluruh isi kandungannya.

Firman Allah :
“Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggatikannya pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hedaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.”
(Al-Baqarah :185)

"Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa". 
(Riwayat Ahmad)




P/S'.......SINARAN IHYA RAMADHAN......ADA HIKMAH DAN NIKMATNYA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan