Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan
mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka
'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita
terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan
menyebabkan perpisahan.
Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita?
Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan
anda semua...
1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata,
tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan
dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun
terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling
ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga
seorang lelaki.
2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya.
Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan
membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan
perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.
3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan
sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh,
"Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan
pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak
tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat
mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan
bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan
pendapat kecuali diminta.
4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita,
tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini
menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan.
Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh
tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya,
"La...macam mana dia boleh jatuh?".
5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang
marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si
dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan
jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan
menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia
bertambah marah.
6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula
apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya.
Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok
pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu
jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita
selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.
7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan
atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam
diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan
mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala
perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat
reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.
Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya
didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau
meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah
pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina
percintaan yang bahagia selamanya...
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Islamic Widget
Islamic Clock
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan