Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik.
Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua
kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit
dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki
kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan
mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal
perbuatan.
Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka
membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud
(maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka
beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan
mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan
kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran
133-134).
Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti
solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah
tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan
kebaikan.
Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina,
sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang
tua, dan sumpah palsu.
Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya
banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka
mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak
orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi
atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan
perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram
ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu,
keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah
diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap
kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk
menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan
ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya
selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang
dihafalnya, hilang kembali.
Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga,
carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin
dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang
benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah
lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan
minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu
dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan
bermasalah jua.
Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada
perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara
semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya.
Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara
adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat
kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi
jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi
hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas
kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki
soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam
fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau
pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan
selalu menurutinya.
Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan
isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak
akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga
sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan
mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan
ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta
keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza
dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi
sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang
lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di
akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.
Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang
paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik
kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri
dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku
“. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga
dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh
Sumber:akuislam.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan