Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau anggota-anggota lain. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau hati senang, dalam kemiskinan pun kita boleh merasai kebahagiaan. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu setinggi langit pun akan membebankan kekayaan yang melimpah pun akan membawa penderitaan, pangkat yang panjang berjela pun merantai jiwa merana. Oleh itu, untuk menemui kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik hati individu-individu insan dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan kemodenan.
Iman dan taqwa dipupuk melalui fasa fasa ’tazkiyah’ boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat.
Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.
“Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dihayati, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang menjadi pedoman hidup dan ketenangan hati kerana kebaikan semata disekekeliling kita- Dr Aidh Al Qarni dalam bukunya “ La Tahzan”
”Wahai jiwa jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! - Surah Al Fajr ayat 27-30
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan