Beribadah kepada Allah SWT secara terus-menerus, berzikir, meminta keampunan dan berdoa setiap waktu dapat mendekatkan diri denganNya, merasakan bahawa kita selalu berada dalam lindunganNYA, menguatkan harapan untuk menggapai maghfirahNYA, membangkitkan perasaan puas dan lapang serta melahirkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa kita.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah, IngatLah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi
tenteram"
(surah Ar-Ra'ad: ayat 28)
Zikir kepada Allah SWT akan dapat mendekatkan seorang hamba kepada Tuhannya.Jika Tuhan mendekati hambaNya, maka DIA akan melindunginya, memberinya limpahan rahmat dan kebahagiaan serta kedamaian jiwa.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan berzikir.
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Islamic Widget
Islamic Clock
Isnin, 30 November 2009
Ahad, 29 November 2009
Selamat Pengantin Baru.
Kelmarin...28 Nov 2009..Sabtu...seorang lagi adik iparku..Ahmad Khalil melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangan Siti Marnida.Selamat Pengantin Baru diucapkan. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat.
Rabu, 25 November 2009
Sahabat Lama
Hari ini dengan teknologi ICT DI FACEBOOK...aku dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan lamaku semasa aku berada di Sabah... Terima kasih kepada kepada Harris, Razali matali, Zunika , Suhaibul dan Suhaimi basri kerana di atas ingatan kalian. MEMORI DI MPKS ...SENTIASA DALAM INGATANKU.
Jumaat, 20 November 2009
Pengurusan Diri Sewaktu Cuti Persekolahan
Asssalamualaikum....Salam 1Malaysia ...cuti persekolahan akhir tahun kembali lagi. Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga pendidik dan pelajar di seluruh tanah air yang tercinta ini. Apa-apa pun harus diingat....kepada pelajar cuti bukan bermakna anda semua tidak perlu mengulangkaji pelajaran. Pada ceramah terakhir saya di surau smtwt (19.11.2009) saya ada memberi beberapa panduan untuk pelajar tingkatan 4 menguruskan masa cuti nanti Antaranya:
1..Pelajar digalakkan membuat jadual waktu belajar persendirian. (3jam sehari)
2. Membuat nota /menyiapkan nota yang belum siap sepenuhnya semasa ditingkatan 4.
3. Membuat latihan matematik sekurang-kurangnya minimun 10 soalan sehari.
4. Mencari bahan/nota/soalan SPM dengan menggunakan talian on line internet.
5. Membuat kumpulan belajar @study group.
6. Mengulangkaji pelajaran di perpustakaaan
7. Berbincang dengan pelajar dari sekolah yang berlainan bertujuan berkongsi ilmu
Selamat bercuti...moga cuti ini digunakan sebaik mungkin...
1..Pelajar digalakkan membuat jadual waktu belajar persendirian. (3jam sehari)
2. Membuat nota /menyiapkan nota yang belum siap sepenuhnya semasa ditingkatan 4.
3. Membuat latihan matematik sekurang-kurangnya minimun 10 soalan sehari.
4. Mencari bahan/nota/soalan SPM dengan menggunakan talian on line internet.
5. Membuat kumpulan belajar @study group.
6. Mengulangkaji pelajaran di perpustakaaan
7. Berbincang dengan pelajar dari sekolah yang berlainan bertujuan berkongsi ilmu
Selamat bercuti...moga cuti ini digunakan sebaik mungkin...
Selasa, 17 November 2009
Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu
Kepada calon PMR yang ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu boleh memohon secara on-line dengan menggunakan laman web : www.moe.gov.my
Untuk Pengambilan tahun2010, SMT Wakaf Tembusu menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran kemahiran.
Untuk Pengambilan tahun2010, SMT Wakaf Tembusu menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran kemahiran.
Bagi aliran vokasional terdapat 7 kursus yang ditawarkan :
- Automotif
- Penyejukan dan penyamanan Udara
- Amalan Bengkel Mesin
- Kimpalan dan Fabrikasi logam
- Elektrik dan Elektronik
- Binaan Bangunan
- Pengurusan Perniagaan
Bagi Aliran Kemahiran terdapat 4 kursus yang ditawarkan:
- Pemesin am larik
- Mekanik Kenderaan Motor
- Pembuat Perabot
- Juru Tukang paip
Sebarang pertanyaan berkaitan pemohonan bolehlah berhubung dengan pihak sekolah ditalian
09-6664220
Sabtu, 14 November 2009
Matlamat Bimbingan Dan kaunseling
- Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya
- Memperbaiki imej diri yang negatif
- Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan
- Mempermudah atau membantu menggerakkan perubahan tingkah laku
- Membantu klien berubah atau menjadi lebih produktif
- Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman
- Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan
- Membantu klien mengurus masalah yang belum selesai dalam hidupnya
Bersama Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Assalamualaikum....salam 1Malaysia.....tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. dan sebaik-sebaik cara menyelesaikan masalah ialah berkongsi masalah anda. Kaunseling bukan bererti nasihat,walaupun terdapat nasihat yang diberikan.Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional dan ikhlas yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya
Langgan:
Catatan (Atom)