Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya
ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada
dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih
bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu
perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik
isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan
untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain,
tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri
memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam
kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori
bujang dan yang sudah berumahtangga).
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai
perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai
pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan
sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji,
jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering
mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami
lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata,
tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita
kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini
sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang
suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah
‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan
lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna
mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri
atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan
bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan
wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan
menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan
pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara
yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat
pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka.
Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan
ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda
elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan
berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan
persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak
suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan
suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika
dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan
yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan
kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana
kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk
melayan kerenah wanita seperti itu.
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Islamic Widget
Islamic Clock
Selasa, 7 Ogos 2012
Ahad, 5 Ogos 2012
Isnin, 28 Mei 2012
catatanku
Cikgu perlu mendidik murid tentang sistem nilai. Apabila murid tidak siapkan kerja sekolah maka cikgu akan bertanya sebabnya. Pasti ada murid yang berbohong dengan memberikan alasan palsu. Apabila cikgu tahu murid berbohong maka hukumlah atas dua kesalahan bukannya satu. Pertama sebab tidak tunaikan amanah dan tanggungjawab, kedua sebab berbohong. Namun, jika cikgu mahu muridnya berubah gunakanlah pendekatan 80/20. Iaitu 80% dorongan dan 20% hukuman.
Sabtu, 31 Disember 2011
Cuti-cutiku..akhir 2011
...Cuti2 Di Pantai Telok Chempedak , Pahang...seronoknya anak2ku bermain ombak....angin bertiup bukan main kencangnya...
sampai kat bilik hotel di TC Beach Resort pun black out pada malam tu....nasib baiklah...elbih kurang 2 jam je black out...
Apa2 pun kami sekeluarga enjoy dalam percutian kali ini...walaupun pada perancangan awal nak ke Melaka...tetapi memandangkan jalan di Segamat dilanda banjir...so di sini aje percutian utk akhir tahun 2011 ini..
31 disember 2011 ke Tahun baru 2012
Assalamaulaikum
Hari ini adalah hari terakhit uuntuk tahun 2011...esok bermulalah tahun baru tahun 2012. Kepada semua rakan2...Selamat menyambut tahun Baru....semoga tahun ini akan memberi lebih keberkatan dan manafaat dalam hidup anda semua...
Apa kata pada tahun baru 2012 ini...kita semua berazam " TAMBAHKAN PAHALA ...DAN KURANGKAN DOSA".....Banyakanlah amal ibadat...jangan asyik nak enjoy aje
Untuk studentku..jadikanlah tahun ini 2012 sebagai satu HIJRAH dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar yg akan membanggakan kedua ibubapa , bangsa dan negara..
Akhirkata selamat emnyambut tahun baru 2012
ikhlas dariku
Kaunselor Pelajar...
Hari ini adalah hari terakhit uuntuk tahun 2011...esok bermulalah tahun baru tahun 2012. Kepada semua rakan2...Selamat menyambut tahun Baru....semoga tahun ini akan memberi lebih keberkatan dan manafaat dalam hidup anda semua...
Apa kata pada tahun baru 2012 ini...kita semua berazam " TAMBAHKAN PAHALA ...DAN KURANGKAN DOSA".....Banyakanlah amal ibadat...jangan asyik nak enjoy aje
Untuk studentku..jadikanlah tahun ini 2012 sebagai satu HIJRAH dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar yg akan membanggakan kedua ibubapa , bangsa dan negara..
Akhirkata selamat emnyambut tahun baru 2012
ikhlas dariku
Kaunselor Pelajar...
Langgan:
Catatan (Atom)
