SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Khamis, 3 Mac 2011

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU...????


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

ORANG TERKAYA DIMALAYSIA..

Robert Kuok Raja Gula" memiliki rangkaian hotel lima bintang terkaya dengan aset bernilai RM50.04 bilion,
Taikun Telekomunikasi T. Ananda Krishnan, mempunyai aset bernilai RM45.78 bilion.
Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow mempunyai aset bernilai RM12.77 bilion,.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion,
Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, 
kelima dengan asset bernilai RM10.89 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group keenam dengan kekayaan sebanyak RM10.75 bilion,
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, mem[unyai asset yang bernilai RM8.84 bilion.
Balu Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, 
kelapan dengan jumlah kekayaan RM7.43 bilion
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group kedudukan kesembilan dengan RM4.77 bilion.
Ong Bee Seng ke-10, dengan aset bernilai RM3.98 bilion,
Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion.
Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group di tempat ke-12 dengan aset bernilai RM2.43 bilion. Individu lain yang dalam senarai 20 individu terkaya dalam negara ialah:
Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari IOI Group,Datuk Seri Lee Oi Hian dan 
Datuk Lee Hau Hian dari Batu Kawan,
Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Group,Tan Sri Lau Cho Kun dari Hap Seng Consolidated,
Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum danTan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group.

PANDUAN BERGURU....UNTUK MENCARI ILMU


PADA minggu lalu, saya membuat anggaran, andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap tahun daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu.

Sewaktu persekolahan, untuk satu-satu matapelajaran pun, kita belajar dengan lebih seorang guru. Yang pasti, sama ada ia matapelajaran matematik, kajian tempatan, fizik, kimia ataupun pendidikan jasmani, kita menuntut dengan lebih daripada tiga orang guru. Misalnya, untuk matapelajaran Bahasa Malaysia, kita belajar dengan empat guru bahasa yang berbeza ketika kita di darjah satu, darjah enam, tingkatan satu dan tingkatan lima.

Setelah meninggalkan alam pendidikan formal dan memasuki alam pekerjaan, dari semasa ke semasa, kita terus belajar sama ada melalui pengalaman ataupun melalui kursus, bengkel dan seminar yang diatur oleh pihak majikan ataupun yang kita sendiri sertai. Sememangnya kita harus terus menimba ilmu kerana ilmu itu sendiri berubah, berkembang, bertambah dan semakin pelbagai.

Di luar program-program pembelajaran ini pula, ramai di antara kita yang belajar sesuatu kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang diminati untuk keperluan diri bagi meningkatkan taraf hidup. Ada yang belajar ilmu memasak, kraf, muzik, penulisan, seni mempertahankan diri, kejurujualan, malah ada di antara kita yang menuntut ilmu perubatan alternatif.

Kebanyakan pelajaran secara sendiri-sendiri ini tiada kurikulum yang khusus. Oleh kerana kekangan masa, kita mungkin hanya sempat belajar dengan seorang guru sahaja. Pembelajaran yang diikuti tidak akan mendatangkan masalah persepsi selagi kita faham bahawa ilmu yang ditimba dengan seorang orang guru itu adalah sedikit sekali dan pastinya tidak luas dan mencukupi.

Andainya ia adalah ilmu kemahiran seperti kraf dan memasak umpamanya, ia tidak akan menjadi masalah. Sebaliknya, jika ilmu itu adalah ilmu spiritual seperti perubatan alternatif, persilatan atau keagamaan, ia dikhuatiri akan menjadi masalah apabila kita berasa ilmu itu sudah lengkap meskipun kita hanya belajar dengan seorang guru. Hal ini biasa terjadi kerana seseorang guru itu pasti mengatakan ilmu yang disampaikannya itu yang terbaik. Kita yang tidak mahu memperluaskan pengetahuan dengan berguru dengan orang lain kerana terpengaruh akan menjadi taksub dengan ilmu itu.

Taksub dengan ilmu itu berpunca daripada taksub dengan guru. Ketaksuban lebih banyak berlaku apabila kita hanya belajar dengan seorang guru. Kita rugi kerana akibat berasa cukup, kita tidak lagi menambah ilmu sedangkan besar kemungkinan kita memperoleh ilmu yang lebih banyak dan tinggi daripada guru itu sendiri seandainya kita belajar dengan guru-guru lain.

Kebarangkalian seseorang itu boleh tertipu dengan seseorang guru itu boleh berlaku apabila kita tidak berpeluang untuk menyemak ilmu yang dipelajari daripada guru lain. Para ulama di zaman silam berguru dengan lebih daripada seorang. Empat imam-imam besar pemimpin mazhab iaitu Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hambali dan Imam Maliki dikatakan menuntut dari berpuluh-puluh orang guru.

Guru yang baik pula mempunyai tiga ciri-ciri yang terpuji dalam proses perguruannya. Di peringkat pertama, mereka mengajar kita sebagai guru dan kita sebagai muridnya. Di fasa ini, kita sebagai murid harus mendengar dengan patuh dan taat. Peringkat kedua pula ialah bilamana guru membenarkan kita mempersoalkan ilmu yang disampaikannya.

Di waktu itu, guru dan murid sama-sama memperoleh ilmu. Peringkat ketiga pula ialah apabila murid berani mengajar gurunya dan guru pula belajar daripada muridnya. Kedudukannya berubah, guru menjadi murid dan murid menjadi guru. Apabila ini terjadi, maka proses perguruan itu lengkap dan kedua-duanya memperoleh kedudukan yang tinggi.

Guru-guru beginilah yang sepatutnya kita cari!“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?” (Surah al-Zumar, 9)
Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 26.1.2011.

SEPOTONG AYAT AL-QURAN.....

Rujuklah panduan daripada Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

BERANI BUAT TAPI TAK BERANI TANGGUNG


DI WAKTU kecil, apabila awan gelap berarak di langit, saya akan terkinja-kinja kerana tahu hujan lebat akan turun. Mandi hujan adalah kegemaran saya dan kawan-kawan sebaya. Mandi air yang turun dari cucur atap sungguh menyegarkan. Airnya sejuk. Lebih seronok lagi bila dapat memanjat dan masuk ke dalam tong legeiaitu tong minyak tar yang tingginya separas dada setelah dipotong dua. Airnya sedingin ais.

Puas mandi, saya dan kawan-kawan akan pergi ke parit di belakang rumah. Air yang melimpah dari dalam parit, melimpahkan juga ikan sepat dan anak-anak ikan yang lain. Dengan menggunakan pungkis, iaitu bakul rotan yang digunakan untuk mengangkat sampah, kami akan menangguk ikan yang masuk ke dalam kebun. Semua ikan yang ditangguk akan dimasukkan ke dalam tin majerin.

TETAPI, setelah hujan berhenti, tibalah masanya untuk menuju ke muka pengadilan! Abah yang selalunya tahu saya ke parit dengan kawan-kawan akan menanti di tangga rumah. Sambil mencekak pinggang, abah akan memberitahu yang dia puas memanggil saya menyuruh pulang. Namun, siapa yang dapat mendengar laungannya yang ditenggelami bunyi deru hujan lebat?

Seperti biasa, dengan muka kasihan, saya akan naik ke rumah tanpa berkata apa-apa. Tanpa disuruh, saya akan menarik salah sebatang rotan yang terselit di dinding dan menghulur kepadanya. Biasanya rotan yang saya pilih adalah yang paling besar kerana rotan yang halus akan memberi kesan pedih sementara yang besar sedikit akan memberi kesan sengal.

Abah akan menyebat betis saya tidak lebih daripada lima kali, bergantung kepada tahap kemarahannya. Oleh kerana saya selalunya diam ketika menerima hukuman, biasanya saya akan menerima tiga sebatan. Tetapi, walaupun sebatannya hanya tiga kali, betis saya akan birat berbelang. Berjurailah air mata. Tetapi saya sudah pandai untuk menangis tak berlagu.

Saya tahu, abah sayangkan saya. Apabila malam, setelah didodoi oemak, abah yang baru pulang daripada surau akan datang untuk melumur minyak urat di betis saya yang berbirat. Ketika itu, saya akan pura-pura tidur kerana berasa bahagia disayangi meskipun telah melakukan kesalahan. Saya mula mengerti, bila salah, kita pasti menerima hukuman. Saya mula fahami bahawa kita juga mesti menerima hukuman dengan tenang.

Lama sebelum itu, apabila saya melakukan kesalahan dan tatkala abah sedia menyebat, saya akan meraung, merayu dan minta ampun. Pernah juga saya lari dan bersembunyi di belakang emak untuk mengelak hukuman. Namun, pada suatu ketika, sambil menyebat abah sempat menurunkan nasihat, kalau hendak menjadi anak jantan, kita mestilah berani buat dan berani tanggung. Maknanya, saya bukan anak jantan jika berani buat, tetapi tak berani tanggung.

KITA semuanya sudah mumaiyiz sebelum akil baligh lagi. Tentu sekali kita tahu yang mana betul, yang mana salah, yang mana baik, yang mana buruk. Apabila dewasa, kita semestinya sudah panjang akal. Tahu risiko yang akan terjadi apabila kita melakukan kesalahan. Oleh itu, andainya kita sudah boleh berfikiran jauh, tetapi masih berani membuat salah, kita mestilah bersedia untuk menerima hukuman yang setimpal.

Kita tahu memandu melebihi had laju itu satu kesalahan. Berlumba dan beraksi dengan motorsikal seperti pelakon lasak itu juga satu kesalahan. Merokok itu membahayakan kesihatan. Atau, sengaja datang lewat ke pejabat itu melanggar peraturan syarikat. Mudah sekali kita memahami risiko melakukan kesalahan. Kerana itu, apabila hukuman sampai, kita sepatutnya menerima dengan senang dan tenang hati.

Kerana itu, tak kenalah bila kita yang melakukan kesalahan itu menyalahkan pula si pemberi hukuman. Bukankah kita ada hati kecil, yang siang-siang lagi membisikkan amaran sebelum kita lakukan satu kesalahan? Jadi, mengapa tidak mendengar suara dari lubuk hati itu? Tetapi, setelah melakukan kesalahan, kenapa kita berani pula mempersoalkan si pemberi hukuman dan mencabar pula sistem undang-undang sedangkan si penghukum berperanan membetulkan kita agar menjadi lebih baik?

BERANI menerima hukuman itu menandakan kita redha dengan ketentuan. Ia akan menimbulkan keinsafan. Keinsafan itu pula akan menjadikan kita lebih baik. Mudah-mudahan memperoleh rahmat dari Yang Maha Pengampun pula.

Artikel ini akan terbit di akhbar Sinar Harian pada 2.3.2011, insya-ALLAH...

TINGGAL KENANGAN

....Secara rasminya setelah diumumkan oleh Tuan Pengetua...Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu telah bertukar ke nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu..SMVKT...

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH SMVKT 2011

...kEJOHANAN olahraga SMVKT....dulunya SMTWT telah diadakan pada hari Ahad 27 Febuari 2011. Kejohanan kali ini diadakan di Trek Kompleks Sukan Gong Badak yang terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Mizan. Kejohanan kali ini dirasmikan oleh PK 1 , Tuan Haji Nazeri bin Hashim. Kejohanan Olharga kali ini telah dimenangi oleh RUMAH BIRU..