SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 20 Mac 2010

TIP DALAM BERSAHABAT

1.  Berlapang dada dan berbaik sangka .- Pandai memahami pelbagai keadaan dan sikap teman, baik yang menyenangkan mahupun sebaliknya. tidak membalas kejahatan dan kezaliman dengan kejahatan dan kezaliman yang sejenis.
2. Berwajah manis-Secara logik anda pasti suka dengan orang yang pandai mengambil hati dengan wajah yang manis. Jadi tidak salahnya jika anda sentiasa menunjukkan wajah manis kepada teman.
3. Saling memberi nasihat- Ingat mengingati sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai orang yang rapat kepada mereka. Nasihat, biarlah kena pada tempatnya dan tidak keterlaluan serta tidak membosankan.
4. Menjaga rahsia- ibarat pepatah "Biar pecah di perut jangan pecah di mulut". Begitulah anda seharusnya menyimpan rahsia sahabat agar tidak diketahui orang lain kerana bimbang mereka akan hilang rasa percaya.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang, sebaliknya berfikirlah secara rasional. Apa pun isu, jangan ia diperbesar-besarkan. Cuba selesaikan secara baik( diskusi)
6. Jangan bersikap terlalu memaksa. Seperti memberi jemputan, jangan terlalu mengharapkan yang dia akan hadir. Ini kerana sahabat juga mempunyai komitmen mereka sendiri yang harus didahulukan.
7. Berterus- teranglah andai mula merasakan diri anda sebagi sahabat tidak dihargai. Ini mampu menjadi isyarat untuk sahabat memperbetulkan keadaan

Jumaat, 19 Mac 2010

KELAHIRAN ANAKKU YANG BARU...

Bermula jam 7.30 mlm 18 mac 2010...isteriku mula terasa sakit. Selepas mendapat kepastian di Klinik Kesihatan Manir terus ke Hospital Nur Zahirah.. Kira-kira pukul 10.30 malam dimasukkan ke wad. Selepas diperiksa oleh doktor...keputusan diambil. Isteriku terpaksa dibedah.
Dimasukkan di Dewan Bedah kira-kira jam 1.30 pagi 19.3.2010. lebih kurang 1 jam kemudian jururawat bertugas memanggil waris kepada Puan Norzilah bt Abd Aziz....Syukur Alhamdulillah kami dikurniakan anak perempuan beratnya 3.83 kg hari Jumaat jam 2.09 pagi tarikh kelahiran anak kecilku itu.
Di telinga kanan ku bacakan Azan...rasa terharu dan hampir menitis air mata melihat mata anakku yang kecil melirik dan diam menghayati azan yang dibacakan oleh ayahnya. Pada 25/3/2010...barulah nama anakku yang baru diberikan...NOR ALIYA (maksudnya cahaya ketinggian)
Ya Allah semoga Engkau Melindungi anak-anak ku dari godaan Iblis dan Syaitan....semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...semoga menjadi manusia yang berguna ..yang berbakti kepada nusa dan bangsa....yang menjadi kebanggaan kami....aminnnn.

Selasa, 16 Mac 2010

TIPS MENJADI SUAMI MITHALI


Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
****************************************

TIP MENGATASI STRESS


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya
.

MOTIVASI KEJAYAAN


1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.
2. Sanggup belajar lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya belajar dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka belajar lebih dari 4 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 6 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh belajar lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.
3. Sanggup belajar setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti belajar dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.

CARA -CARA MENGATASI KEGAGALAN


bagaimana untuk mengatasi kegagalan adalah:
  • ubah sikap, ubah pendirian, upgrade kerajinan, upgrade ilmu.
Jangan biarkan kegagalan menguasai kita.
Kegagalan tu dah berlaku. Dah tak boleh diubah lagi.
Nak meratapi kegagalan dan menangisi kegagalan yang tak terjadi, itu boleh tapi agak membuang tenaga.
Dari kita menangisi kegagalan, baik gunakan tenaga tu untuk bangkit semula dari kegagalan.
Lupakan kegagalan yang dah berlaku.
Sibukkan minda dengan hal-hal kejayaan, sibukkan diri membaca perihal psikologi kejayaan supaya minda kita terarah kepada kejayaan.
Niatkan di dalam hati Anda mahu berjaya.
Niat yang tersemat di hati akan naik ke minda.
Kesannya, minda menganggap niat Anda tu sebagai tugasan yang mesti di selesaikan.
Minda akan bekerja merealisasikan niat Anda sepertimana ia merealisasikan kemahuan Anda tak kira apapun ia.
Setelah gagal, kita kena banyak mengubah diri, membina peribadi.
Bina diri kita yang baru, tinggalkan diri kita yang lama.
Ubah sikap, ubah pendirian. Upgrade kerajinan.
Kalo dulu rajin kita ala kadar, kali ni rajin kita biar rajin yang dua kali ganda lebih rajin dari rajin yang sebelumnya.
Rajin yang berhasil adalah rajin yang diiringi dengan ilmu.
Dalam kita rajin berusaha, kita kena kaji apa yang kita usahakan.
Tak guna kita rajin berabis tapi akhirnya hasil usaha kita sedikit cuma.
Samalah macam kita menembak.
Sebelum menembak, kita kena tahu apa dia target kita, rupanya, mana arahnya, berapa jauh jaraknya. Kemudian kita kena tahu teknik-teknik menembak yang berkesan, kita kena pastikan apa dia teknik yang ngam, yang betul-betul boleh membuat peluru kita kena pada sasaran.
Kalo kita tembak sembarangan tanpa apa-apa pengetahuan mengenai teknik menembak, mesti tembakan kita tak kena punya. Kita rugi tenaga, rugi masa.
Kita ni kena hijrahkan diri selalu. Hijrah dari yang kurang baik menjadi baik, kemudian hijrah lagi jadi semakin baik.












Teruskan berhijrah tanpa ada titik noktah dalam penghijrahan diri Anda.

Isnin, 15 Mac 2010

BERMOTIVASIKAH AKU SEBAGAI SEORANG PELAJAR???


Tiap kali Anda yang bergelar sebagai pelajar rasa anda malas dan kurang bersemangat, cuba tanya diri Anda dengan soalan ini: “bermotivasikah aku?”
Tanya dan terus tanya.
Selepas tu, diamkan diri sekejap dan jangan fikir apa-apa.
Jawapannya akan muncul selepas itu dalam bentuk kata hati atau signal biologi – Anda menguap dan tetiba merasa letih yang amat.
Tiap kali Anda tanya “bermotivasikah aku?” Anda sedang menghantar signal kepada tubuh badan Anda.
Signal ni dihantar akan meminta respon dari hati dan jasmani Anda.
Jika hati berkata YA, Anda akan cepat merasa bermotivasi.
Anda tetiba rasa bersemangat.
Anda akan tiba-tiba teringat apa yang Anda nak capai. Anda jadi rajin.
Jika jasmani berkata YA, Anda akan segera bingkas, mengelak dari malas.
Anda lebih banyak terbayang bantal, selimut dan katil dari matlamat Anda.
Jika Anda menguap dan bertangguh-tangguh, itu maknanya hati dan jasmani Anda memberi signal negatif.
Tafsirannya, Anda tidak bermotivasi.
Lakukan mental check sepanjang masa.
Caranya, tanya diri Anda dengan soalan “bermotivasikah aku” untuk merasai sejauh mana tahap motivasi Anda – rendah atau tinggi.