SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 29 Januari 2011

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR


....BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
   
BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah
  
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
  
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
   
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
  
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
  
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
   
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
  
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
  
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
  
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
  
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
  
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
  
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
  
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
  
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
  
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
  
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
   
Wallahualam

KEM MUBAYAAH SIRI 4 TAHUN 2011

Berlangsung pada 27 Januari hingga 29 Januari 2011

Rabu, 26 Januari 2011

MENAKUTKAN...ADAKAH DUNIA MENUJU KE AKHIR ZAMAN..???


KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

sumber....Harian Metro Rabu...26 Januari 2011

PERGI TAK KEMBALI


attention ex-SMTWT
KUANTAN ; tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer
129.2, Jalan Kuantan-Segamat, dekat felda Keratong semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, toyota Camry dinaiki tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari segamat, Johor menuju kebandar ini.
Ketua polis Daerah Rompin, berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Saga dan Pacuan Empat Roda Mitsubishi Triton.
Katanya, pada masa sama, sebuah lori tanpa muatan seberat tiga tan dibelakan Toyota Camry itu gagal mengelak lalu merempuah kenderaan malang itu.
'' pemandu kereta bersama dua anaknya meninggal dunia ditempat kejadian daN mayat ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah  untuk dibedah siasat''..
Mangsa yang maut dikenali sebagai
RAMLAN MOHAMAD,42. seorang guru serta dua anaknya, MOHAMAD ANIQ MAUQRI,5 dan adiknya, MARIA AQILAH,2..

AL-FATIHAH,
semoga cikgu diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. 
aminnnn..

Jumaat, 14 Januari 2011

Peluang Melanjutkan Pelajaran kepada Calon SPM 2010

Sebanyak 469,500 tempat disediakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf melanjutkan pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain daripada IPT Awam, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta, Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan program persediaan ke luar negara secara tajaan.

Katanya bagi mereka yang tidak mencapai keputusan yang baik dalam SPM, mereka sewajarnya memilih untuk menyambung pengajian bagi mendapatkan sijil di institusi-institusi kemahiran sama ada awam, swasta mahupun di Kolej Komuniti.

"Apabila Kementerian Pengajian Tinggi melalui Unit Pusat Universiti diberikan tanggungjawab untuk mengkordinasi dalam soal permohonan kemasukan pelajar termasuk ke institusi latihan, kita boleh melihat dan membuat perancangan bagi mereka yang tidak mendapat keputusan baik dalam SPM, kita boleh tampung melalui penyediaan mereka untuk mendapatkan sijil kemahiran.

"Dengan demikian kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi negara di mana ramai pelajar masuk pasaran kerja hanya berbekalkan SPM. Tetapi sekarang kita mahu buat perancangan supaya pelajar ini dibekalkan dengan sijil kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian 'Karnival Jom Masuk U' oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu hari ini.

Mohamed Khaled berkata kementerian sedang merancang untuk mengarusperdanakan program pengajian diploma di IPTA sebagai usaha untuk memperkasakan program diploma sebagai satu pilihan pelajaran lulusan SPM atau yang setaraf untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Beliau berkata kementerian akan menyediakan pembekal bagi melahirkan graduan berkemahiran teknikal dari universiti-universiti teknikal selain memartabatkan program diploma dengan mendapatkan pengiktirafan daripada badan profesional dalam dan luar negara.

Selain itu, katanya beberapa cadangan pelaksanaan sedang dikaji antaranya memperkenalkan program-program baru di IPTA dan Politeknik.

"Saya berharap dengan adanya program-program baru yang mesra pasaran ini, minat pelajar semakin bertambah untuk memilih pengajian diploma," katanya.

Kira-kira 40,000 pengunjung terutama pelajar dijangka menghadiri karnival selama dua hari itu yang melibatkan 20 buah IPTA dan beberapa institusi swasta.

Selain Terengganu, karnival seumpamanya akan diadakan di 10 lokasi lain mengikut zon yang dikenal pasti di seluruh negara sehingga 3 April depan, denganupacara penutup disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di The Mines International Exhibition Centre, Sri Kembangan, Selangor.

- BERNAMA

Khamis, 13 Januari 2011

BUAT RAKAN-RAKAN SEPERJUANGANKU...SEKADAR RENUNGAN


SEKADAR gAMBAR hIASAN AJE




Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.
Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda.
Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.
Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.
Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.

UBAH DIRI JADI BAIK....GUANE GOK..??

Gambar Hiasan aje



Untuk kita nak berubah jadi lebih baik dalam perhubungan sesama manusia, kita perlu ada contoh ikutan. Sebagai orang Melayu beragama Islam, contoh ikutan paling baik adalah Nabi Muhammad s.a.w.
Kaji sikap Baginda, ikuti lalu praktikkan menjadi sikap sendiri. Saya cadangkan, baca buku motivasi bertajuk “Menjadi Seperti Muhammad” terbitan PTS, ditulis oleh Aa Gym.
Kita sudah mencuba untuk jadi baik pada setiap orang di sekeliling kita, tapi sikap baik kita tu bertahan sekejap saja kerana kita jadikannya sekejap, bukan bertahun-tahun lamanya. Sikap yang baru ambik masa untuk diterima orang sekeliling, mungkin berminggu, mungkin berbulan-bulan.
Ia juga mengambil masa untuk diterima oleh diri kita sendiri. Untuk menjadi baik dalam masa yang lama, jangan pernah cuba berhenti berbuat baik, berkata yang baik-baik, berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik.
Terus meneruslah baik. Nampakkan yang Anda tekad mahu berubah jadi semakin baik lalu terus menerus bertambah baik.
Masalahnya..kiita dah berbuat baik, tapi fikiran kita dan hati kita penuh dengan sangkaan-sangkaan buruk berisi rasa sangsi. Kesannya, kebikan kita tu dibalas dengam keburukan-keburukan yang kita tak sangka. Apa yang kita buat mesti mau selari dengan apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa.
Biar kita buat baik lalu perbuatan kita tu membuat kita rasa bahagia, membuat kita merasa gembira. Andai kata kita berbuat baik kemudian kita merasa tertekan setiap kali melakukan kebaikan, itu petanda besar kita langsung tak dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik.
Hati kita masih kotor. Kita perlu lebih banyak mencuci hati supaya jadi lebih bersih.
Orang sekeliling amik sedikit masa untuk menerima perubahan Anda kerana mereka tertanya-tanya apa sebabnya dan untuk apa tujuannya. Perubahan yang dibuat tu biarlah berterusan, elak untuk jadi sekejap-sekejap saja. Barulah orang sekeliling boleh terima kemduian barulah diorang boleh jadi rapat ngan Anda.
Orang baik susah dicari. Apabila Anda berkelakuan baik, bersikap baik dan memilih untuk bercakap yang baik-baik sahaja, Anda ibarat sebutir emas di dalam lautan lumpur. Ramai orang akan dekat ngan Anda, baik sebaik-baiknya pada Anda.

Berdisiplin Dalam Mengawal Fikiran


kita akan mengalami kesukaran mengawal tanggapan-tanggapan liar yang ada di fikiran kita.
Pada peringkat permulaan, kita akan merasa agak sukar. Sebab, kita sudah terbiasa dengan tanggapan-tanggapan liar tu dan ia menjadi sesuatu yang normal buat kita. Dalam diri kebanyakan orang, kita sudah terbiasa melayan tanggapan-tanggapan liar.
Dalam hidup, setiap perkara mesti ada DUA.
Baik dan buruk, siang dan malam, positif dan negatif, lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sangkaan-sangkaan kita.
Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita join orang lain tengok berita yang buruk-buruk, berkata hal yang buruk-buruk, berfikir yang buruk-buruk serta berkata yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.
Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh mintak orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin ke tidak.
Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran negatif dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buang sangkaan-sangkaan buruk dan fikiran-fikiran buruk. Semua tu termasuk dalam kategori fikiran negatif. Kena sedar ya.
Anda perlu mengingatkan diri sendiri, kena selalu ‘alert’ dengan fikiran Anda terutama ketika Anda sedang bersendirian atau ketika fikiran melayang. Berhati-hati dengan apa yang kita selalu fikirkan.
Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam hidup kita lalu membuatkan hidup kita penuh dengan masalah-masalah yang tak pernah berkesudahan.

MACAM MANA NAK RASA GEMBIRA SEPANJANG HARI..?


Sudah pasti Anda ada matlamat sekarang ni. Anda mahu berjaya, mahu bahagia. Kali ni, usah terlalu struggle lagi. Tak perlu mengerah minda bersusah-payah berusaha. Itu cara dulu.
Sekarang, kita guna cara baru. Wujudkan kegembiraan digabung dengan kerajinan berusaha. Dengan kegembiraan, Anda akan bersemangat. Setiap kali Anda gembira, setiap kali itu jugalah Anda akan bersemangat. Buat apa pun makin menjadi, dalam apa jua perkara Anda usahakan.
Pasang matlamat mahu gembira setiap hari. Ini caranya. Ambil sekeping kertas dan pen. Tarik nafas dalam-dalam. Tenagkan fikiran. Bebaskan dari memikirkan hutang, masalah dan segala jenis musibah. Lupakan. Let go!
Selepas tu, tuliskan matlamat Anda mahu gembira setiap hari. Tuliskan begini “Aku mahu gembira hari ini“. Bila dah buat begini, samalah macam Anda dah tanam benih. Selepas tu, bila benih dah tumbuh jadi anak pokok dan semakin membesar, kena siram dan baja selalu.
Bajai dan sirami benih kegembiraan di hati Anda dengan cinta, kesyukuran dan kemaafan. Hargai orang yang Anda cintai.
Ucap terima kasih pada dia kerana dia mencintai Anda, walaupun selama ni Anda dah hidup bersama-sama dengan dia sebagai suami isteri 17 tahun lalu! Bukan buang tebiat, tapi untuk nak hargai isteri atau suami Anda, supaya dari situ Anda kekal bersemangat.
Kekalkan yang baik, kurangkan lalu hapuskan yang buruk-buruk di fikiran. Barulah kegembiraan kekal di hati . Bila dah gembira, apa saja yang Anda buat senang jadinya.

EMPAT CARA MENYELESAIKAN MASALAH.....


1. Fahami masalah, usah dicari apa puncanya.
Elak untuk berasa sugul atau menganggap Anda seorang yang malang. Tak ada masalah yang kekal. Masalah muncul untuk mematangkan Anda, mendewasakan Anda lantas menjadikan Anda semakin bijak.
Fahami masalah Anda, dalam dan luar. Elak mencari puncanya kerana perbuatan sebegitu hanya akan menurunkan motivasi Anda. Makin kita cari puncanya masalah tu, makin kita kurang bersemangat nak menyelesaikannya.
Masalah ni macam kita gali lubang. Makin kita cari punca masalah, samalah macam makin dalam makin dalam kita gali lubang tu. Last-last kita akan gali dalam betul sampai dah tak nampak jalan keluar dan bingung nak keluar dengan cara cemana.
2. Tanya diri Anda cemana nak selesaikan masalah tu.
Tanya diri Anda cara apa yang Anda boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah. Tanya diri Anda dan terus tanya. Cara ini bagus untuk membuat minda separa sedar Anda terfokus pada penyelesaian masalah lalu ia akan menarik penyelesaian-penyelesaian masalah, bukan berbagai lagi masalah yang membebankan masalah sedia ada. Apa yang banyak kita fikirkan, itulah yang akan muncul dalam hidup kita.
3. Tulis penyelesaian-penyelesaian masalah sebanyak mungkin.
Masalah akan lebih cepat diselesaikan apabila Anda menulis penyelesaian-penyelesaian yang Anda fikirkan tadi. Kita akan rugi besar jika hanya memikir penyelesaian tapi gagal menulis setiap satu penyelesaian yang muncul di fikiran.
Apabila anda menulis penyelesaian tu, Anda akan lebih senang melakar strategi. Anda akan nampak jalan penyelesaian masalah. Kemudian, muncul keyakinan yang masalah Anda itu boleh diselesaikan.
4. Bertindak, tulis untuk rekodkan perkembangan prestasi.
Curahkan lebih banyak masa kepada melaksanakan tindakan. Payah cemanapun, susah cemanapun, fokuskan bertindak.
Hanya tindakan berterusan yang akan menyelesaikan masalah. Dalam konsisten bertindak, tuliskan perkembangan usaha Anda.
Selepas beberapa ketika, baca balik apa yang Anda dah tulis. Anda akan nampak masalah anda semakin sampai ke penghujungnya, lantas membuat Anda makin bersemangat untuk menyelesaikannya.
Apa saja masalah boleh diselesaikan dengan 4 langkah ni, termasuk masalah kewangan.

MEMBINA SIKAP POSITIF...(SEKADAR RENUNGAN.)


1. Berhenti mengomplen.
Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi.
Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya
5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.
Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

CARA MENGEKALKAN FIKIRAN POSITIF


Ramai di kalangan kita hanya boleh bertahan dalam fikiran positif dari pagi sampai ke tengahari. Selepas tengahari, setelah melalui berbagai kesibukan (dan diserang oleh kemengantukan) mood kita berubah, lantas ‘feeling’ kita juga berubah menjadi sedikit ‘down’ lalu membawa kepada fikiran-fikiran negatif liar yang masuk ke minda kita.
Untuk merubahnya semula kepada fikiran positif, lakukan mental check – bertanya pada diri sendiri apa yang Anda rasai sekarang ni dan bertanya apa khabar motivasi Anda. Kemudian, fokuskan fikiran sebanyak mungkin kepada perkara-perkara yang menggembirakan Anda.
Anda boleh memikirkan perkara-perkara yang boleh membuat Anda rasa seronok, teruja, terhibur atau tertawa. Kawal ia selama mungkin, supaya dengan itu fikiran negatif tak dapat menguasai Anda.
Anda mungkin Anda hobi yang Anda suka buat, ada orang yang anda sayangi, ada seseorang yang Anda selalu ingati. Fokuskan fikiran Anda kepada perkara-perkara ni untuk merubah fikiran dari negatif kepada positif.
Jangan lawan fikiran negatif yang didorong oleh emosi-emosi negatif. Anda susah nak menang. Sebaliknya, fokus pada membina lalu mengekalkan fikiran-fikiran positif di boosterkan oleh emosi-emosi positif (ceria, gembira, seronok, hepi,  bersemangat).

KENAPA DICIPTAKAN NERAKA..???


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Ketawa yang terlalu banyak ...melalaikan manusia untuk mengingatkan kematian


SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.
Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.
Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” – (Surah at-Taubah, ayat 82)
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.
Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

UNTUK SAHABAT-SAHABATKU..


Untuk yang terbaik
Sahabat-sahabatku dimanapun berteduh

Rasa rindu selalu datang
Kadang tiba-tiba
Kadang tak terduga
Seolah bak lumpur lapindo yang datang

Namun apapun adanya kuberharap
Kau selalu hadirkan senyum dan harapan dalam hidupmu
Menjadi lebih baik dalam menuai kehidupan membangun keluarga
Menjadi lebih berguna bagi orang-orang disekitarmu
Karena apalah arti bahagia bila hanya kau seorang diri yang mampu menikmatinya

Akhirnya
Diantara kerikil kehidupan
Dilubuk hatiku yang paling dalam
Disela-sela kesibukan dan pautan jarak
Bahkan himpitan waktu,derasnya peluh
Maka kata demi kata ku rangkai menjadi kalimat yang hangat
Untuk coba sejenak menyapamu

Sahabatku
Tak pernah temu bukan bererti melupakan
Suatu saat kau pun akan merasa
Bahwa sahabat adalah harta yg membahagiakan disaat kau mampu nikmati hidup bersamanya

Ingatlah!
Rasa sepipun bisa sirna kerana seorang sahabat
Hari-hari menjadi sangat menyenangkan juga erana sahabat
Segala curhat,senda gurau,ejekan kadang terasa rindu tuk dikenang
Bahkan rasa cintapun bisa datang dan pergi
Rela tak harus terpaut dalam satu ikatan

Sejujurnya
Bila kau masih merasa mencintai sahabat-sahabatmu
Ingin membagi doa,ide,cerita,kenangan,pengalaman maupun simpati
Atau sekedar memberikan simpul senyum bagi sahabatmu yang lain
Maka luahkanlah kerinduaanmu...