SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Ahad, 15 Ogos 2010

NASI MINYAK JOHN....(AZHAR OMAR)

Nasi Minyak John memang popular di Kuala Terengganu. Kedai harian terletak di Kampung Kolam tetapi sempena bulan puasa, beliau menjual di Bazar Ramadhan Taman Syahbandar. Nasi memang sedap dengan kelembutan nasi dan keenakan kuah gulainya.


Azhar adalah generasi yang ketiga yang menjual nasi minyak yang diasaskan datuknya Haji Mat Senani. Datuknya menjual nasi pada tahun 50 an dan diteruskan oleh anaknya Haji Omar. Haji Omar pula mnecurahkan ilmu nasi minyak kepada anaknya iaitu Azhar. Saudara Azhar ini adalah kawan saya sejak dari sekolah tadika lagi .Bagaimana nasi minyak ini menjadi nasi minyak John. Semasa Haji Omar menjual nasi seorang pembantunya bernama John (bangsa Melayu). John ini yang bertungkus lumus membungkus dan menghidang nasi. Lama kelamaan nama John terlekat pada nama nasi. Kat mana hendak beli nasi minyak? di jawap kedai nasi minyak John.



INFO 

Lokasi

Taman Syahbandar, Kuala Terengganu (Semasa Ramadhan)
Hari Biasa :  Jalan Tok Lam..(Dekat Flat Sri Kolam..Sebelah AEON )
Jenama
 Nasi Minyak John

Harga RM3.00 - RM5.00 bergantung jenis lauk

Tempahan Hari Raya
Azhar - 016-9615050


Tiada ulasan:

Catat Ulasan