SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Selasa, 27 April 2010

BERBAKTI PADA IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

ANAK masih boleh berbakti kepada ibu dan bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia. antaranya , menjelaskan hutang, membayar dan menqadakan puasa serta membayar fidyah mereka yang sudah meninggal dunia.
Cara lain ialah :
Mendoakan ibu bapa
Doa anak yang salih adalah khazanah ibu bapa yang amat berharga.
Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara – sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang berdoa untuknya.”

Menghubungkan tali silaturahim.
Menghubungkan tali silaturahim termasuk antara tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama umat Islam.
Mengeratkan hubungan silaturahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian amal untuk kedua-duanya yang sudah meninggal dunia.
Abdullah bin Umar meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya.” (Riwayat Muslim)

Menziarahi kubur
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya di sisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap Jumaat dan dibacakan surah Yassin untuknya.
Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan saja kepada anak yang salih, malah anak yang derhaka.
Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid.
Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat selepas dijelaskan segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah.
Firman Allah : “Adapun sekiranya kamu mempunyai anak, maka isteri-isteri kamu hanya mendapat satu perlapan (1/8) daripada peninggalanmu – iaitu sesudah dikeluarkan untuk wasiat dan hutang kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 12)
Firman-Nya bermaksud : “Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah an-Nisa, ayat 11)

Memohon keampunan bagi dosanya
Perkara yang paling mudah ialah berdoa serta mohon keampunan bagi dosa ibu bapanya sama ada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang sudah meninggal dunia. Ia seperti doa yang dianjurkan dalam al-Quran:
Maksud : “Wahai tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab.” (Surah Ibrahim, ayat 41)
Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) – ” Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)

Membuatkan haji untuknya.
Anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi ibu bapanya yang sudah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri (bagi yang sudah menunaikan haji untuk diri sendiri) atau mengupah orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan