SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Selasa, 27 April 2010

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN AKIBAT TIDAK PERNAH SOLAT

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

TERAPI MINDA...(RATIONAL EMOTIONAL THERAPY- ...(RET)

RATIONAL EMOTIONAL THERAPY (RET)
Apabila anda ditimpa suatu musibah atau sesuatu yang tidak diingini berlaku, jalan yang terbaik ialah mengadu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan memberikan cahaya atau petunjuk untuk memulihkan rasa tertekan kita. Mari kita renungi ayat-ayat Allah ini;

RENUNGILAH PERINGATAN INI
KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA KECEWA (FRUST)?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran 200) "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45) APA

YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129 )

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

BERBAKTI PADA IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

ANAK masih boleh berbakti kepada ibu dan bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia. antaranya , menjelaskan hutang, membayar dan menqadakan puasa serta membayar fidyah mereka yang sudah meninggal dunia.
Cara lain ialah :
Mendoakan ibu bapa
Doa anak yang salih adalah khazanah ibu bapa yang amat berharga.
Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara – sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang berdoa untuknya.”

Menghubungkan tali silaturahim.
Menghubungkan tali silaturahim termasuk antara tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama umat Islam.
Mengeratkan hubungan silaturahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian amal untuk kedua-duanya yang sudah meninggal dunia.
Abdullah bin Umar meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya.” (Riwayat Muslim)

Menziarahi kubur
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya di sisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap Jumaat dan dibacakan surah Yassin untuknya.
Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan saja kepada anak yang salih, malah anak yang derhaka.
Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid.
Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat selepas dijelaskan segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah.
Firman Allah : “Adapun sekiranya kamu mempunyai anak, maka isteri-isteri kamu hanya mendapat satu perlapan (1/8) daripada peninggalanmu – iaitu sesudah dikeluarkan untuk wasiat dan hutang kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 12)
Firman-Nya bermaksud : “Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah an-Nisa, ayat 11)

Memohon keampunan bagi dosanya
Perkara yang paling mudah ialah berdoa serta mohon keampunan bagi dosa ibu bapanya sama ada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang sudah meninggal dunia. Ia seperti doa yang dianjurkan dalam al-Quran:
Maksud : “Wahai tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab.” (Surah Ibrahim, ayat 41)
Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) – ” Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)

Membuatkan haji untuknya.
Anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi ibu bapanya yang sudah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri (bagi yang sudah menunaikan haji untuk diri sendiri) atau mengupah orang lain.

Isnin, 12 April 2010

KELEBIHAN SURAH AL-KAUTSAR

                                                                                                                                                        






Diantara kelebihan surah ini ialah:

1. Dibaca 100 kali ketika hujan turun kemudian berdoa untuk hajat dunia dan akhirat.

2. Dibaca 7 kali pada mata air akan sentiasa bersih sumbernya.

3. Dibaca 300 kali akan menang terhadap musuh.

4. Dibaca 1,000 kali akan diluaskan rezeki, dinaikkan pangkat dan dimudahkan segala urusan.

5. Dibaca 1,000 kali ketika hendak tidur selepas Isya' mudah berjumpa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam mimpi.

6. Dibaca 7 kali sebelum tidur menjadi husun pertahanan badan.

7. Dibaca 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan.

8. Ditulis di timah untuk menangkap ikan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mudah mendapat ikan.

9. Jika kita hendak berdebat dengan seseorang maka ditulis surah ini dan dibawa berdebat akan menang.

10. Jika dibaca pada mata akan menjadi penawar atau dibaca pada air dengan bunga mawar lalu disapu pada mata.

11. Jika dibaca berterusan dijadikan wirid harian:

a. Hati akan menjadi lembut.
b. Hati menjadi khusyuk.
c. Tetap hati dalam ta'at pada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

PELIHARALAH 10 PERKARA NESCAYA ANDA AKAN SELAMAT


  1. Jangan engkau berkeras kepala.
  2. Jangan menyertai orang cemburu.
  3. Jangan duduk dengan orang pendengki.
  4. Jangan berkawan dengan orang jahil.
  5. Jangan menentang orang yang lebih kuat daripadamu.
  6. Jangan bersahabat dengan orang hipokrit (munafiq).
  7. Jangan banyak duduk dengan wanita.
  8. Jangan berkawan dengan orang bakhil.
  9. Jangan menyimpan rahsiamu kepada seseorang.
  10. Takutlah kepada Allah dalam segala urusanmu.

CARA-CARA MENGKHUSYUKAN SOLAT ANDA..


  1. sembahyang Berjemaah, (yang paling afdhal ialah di masjid).
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum dan yang di dapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang shubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan ada dicampurkan benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. (memakan seekor semut mematikan hati 40 hari).
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikan atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  5. Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengena semua anggota-anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.
  7. Sembahyang di awal waktu, (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya' sunat dilambatkan sehingga selesai majlis itu).
  8. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
  9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang maha agung dan maha mengetahui segala rahsia hambaNya.
  11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
  13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat kepada Nabi, Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
  14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
  15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.
  16. Memanjangkan semasa rukuk dan sujud.
  17. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita sembahyang.
  18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
  19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

TANDA-TANDA HARI KIAMAT ....Ramai Wanita Mendedahkan Auratnya



Dalam proses dunia menuju kepada kehancuran, akan timbul kebanyakan wanita mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai. Ia adalah salah satu daripada tanda-tanda dekatnya hari kiamat yang jelas sekali kelihatan. Hal tersebut jelas sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:

"Pada umatku yang akan datang nanti, ada orang-orang lelaki yang menunggang pelana kuda yang menyerupai pelana unta, lalu turun ke pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka berpakaian tetapi masih bertelanjang, di mana rambut kepala mereka seperti bonggol unta yang tinggi. Maka laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat. Jika sesudah kamu nanti masih ada umat-umat lain tentunya wanita-wanita kamu akan melayani wanita-wanita mereka sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita-wanita bangsa-bangsa lain sebelum kamu."
(HR Ahmad)

Dimaksudkan berpakaian tetapi bertelanjang ialah mereka memakai pakaian yang berbagai bentuk fesyen tetapi tidak berfungsi langsung untuk menutup aurat. Pakaian mereka tipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk-bentuk anggota bandan seperti punggung, lengan, rambut, leher, dada, peha dan sebagainya. Keadaan wanita yang dimaksudkan ialah memperlihatkan rambut, bentuk tubuh, wajah, perhiasan-perhiasan dan gaya. Sebagaimana dinyatakan di dalam hadits ini:

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Di antara tanda-tanda telah hampirnya hari kiamat ialah akan timbulnya pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti bertelanjang."

Dunia hari ini telah memaparkan kehidupan wanita-wanita bertabbaruj dan mendedahkan aurat. Mereka sering ditonjolkan melalui media massa dan dipermegahkan sebagai wanita yang berjaya di dalam kehidupan moden. Mereka muncul sebagai pengiklan fesyen pakaian dan perhiasan-perhiasan, model barangan mewah, artis, ratu cantik dan sebagainya.

Selain dari itu, tidak kurang juga wanita-wanita memakai rambut palsu, memakai selaput mata palsu, mencacah rambut, memakai dada plastik, mencukur alis mata dan sebagainya. Sesetengahnya melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan sifat-sifat kewanitaan.

Sesungguhnya kelakuan wanita-wanita yang dinyatakan di dalam hadits-hadits Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tadi adalah menyimpang dari syari'at dan peradaban. Ia juga merupakan jalan yang boleh merosakkan kehidupan orang-orang lelaki dari ajaran Islam. Timbulnya wanita-wanita bertabbaruj itu menyebabkan golongan lelaki rosak akhlak dan moral kerana tidak dapat mengawal kemahuan nafsu mereka. Inilah bencana yang paling besar berlaku di akhir zaman.

SEKADAR RENUNGAN

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:'
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, Bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA,sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 

1.Para Nabi 
2. Para Ahli Jihad 
3. Para Alim Ulama 
4. Para Syuhada 
5. Para Penghafal Al Quran 
6. Imam atau Pemimpin yang Adil 
7. Tukang Azan 
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya 
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. 
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawadulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengansangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.' * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu
lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237. Untuk renungan dan amalan bersama .



DOA: 'LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN' 


SEBARKAN KEPADA SAUDARAMU, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU, INSYA ALLAH...WASSALAM!!!

MEROKOK DAN KESAN BAHAYANYA


BAHAYANYA BAGI KAUM WANITA

1. Membawa kepada kemandulan.
2. Membawa kepada putus haid lebih awal.
3. 1 batang rokok yang dihisap boleh memendekkan umur 2 minit (mengikut kajian saintis).
BAHAYANYA KEPADA KAUM LELAKI

1. Membawa kepada sperma yang mengakibatkan kemandulan.
2. Pergerakan sperma menjadi lemah/kurang.
3. Jika merokok kretek atau sepertinya, 1 bungkus (kotak) sehari boleh melemahkan tenaga batin atau tenaga jimak.
4. Boleh menghilangkan daya rangsangan seks (rokok keretek).
KESAN-KESAN ROKOK SEMASA HAMIL TERHADAP ANAK

1. Kelahiran yang lebih awal dari waktu biasanya.
2. Kebanyakan anak dilahirkan meninggal dunia.
3. Anak yang dilahirkan kurang berat badan; 100-200 gram kurang dari anak yang ibunya tidak merokok.
4. Terdapat kecatatan pada anak yang dilahirkan.

PENYEKSAAN KEPADA MANUSIA YANG MENINGGALKAN SOLAT...RENUNG-RENUNGKANLAH


DI DUNIA
1. Dicabut berkat umur (hidup susah dan tidak aman).
2. Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (hilang seri muka).
3. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
5. Ia tidak tergolong dari kalangan mukmin.
6. Dihilangkan Allah akan rezekinya.


WAKTU HENDAK MATI
1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan kelaparan.
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.

DALAM KUBUR
1, Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2. Dinyala api di dalam kubur untuknya, maka ia bergelumang di dalam api siang dan malam.
3. Datang ular bernama SYUJA yang matanya daripada api neraka dan kukunya daripada besi (panas neraka) dan menggigit setiap ketika hingga hari kiamat.

DARI KUBUR KE AKHIRAT
1. Diberatkan hisab (banyak soal jawab).
2. Dimurkai Allah.
3. Dimasukkan ke dalam neraka.

APAKAH SIFAT ANDA....???...TANAH..AIR...API...ANGIN..????

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

 Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
 Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
 Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
 Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas

 Tanah

 Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

> Air

 Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan. .. bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

 Api

 Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

 Angin

 Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis.


 NOTA: Ini adalah antara ilmu firasat orang-orang Melayu zaman dahulu. Jadikan ia sebagai menambah pengetahuan, bukan untuk dipercayai 100%.

Kisah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyahbelum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'YaRasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH.





Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.


  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.


  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.


  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."


  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkaumudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."


  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.


  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.


  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.


  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.


  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.


  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:


  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.


  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.


  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."


  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.


  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

SUMBER:  INTERNET  TANBIHUL GHAFILIN

Isnin, 5 April 2010

HINDAR DAN JAUHI DIRI DARI MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT


MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Setiap hamba Allah Subhanahu Wata’ala yang hidup di muka bumi ini tidak terlepas dari melakukan dosa terhadap Allah Subhanahu Wata’ala, sama ada kecil atau besar, senghaja ataupun tidak. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsunya. Tetapi itu bukanlah alasan yang membolehkannya berbuat dosa, kerana orang yang beriman setentunya taat kepada perintah Allah Subhanahu Wata’ala dan sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mereka tidak tunduk kepada dorongan hawa nafsu sebaliknya berusaha menghindarkan dirinya dari melakukan dosa dan maksiat.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah takut berbuat dosa. Bukankah azab dan kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala terhadap orang yang melakukan perbuatan dosa itu banyak diceritakan dalam Al-Qur’an dan Al-Hadis secara jelas dan nyata. Tetapi anehnya ada juga di antara kita yang melakukan perbuatan mungkar dan maksiat dengan senghaja bahkan secara terang-terangan.

Oleh itu ketahuilah wahai jemaah sekalian bahawa segala perkara yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wata’ala seperti tidak bersembahyang, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, berjudi, menikam nombor ekor, berzina, minum dan sebagainya, mereka bukan sahaja mendapat dosa bahkan dibenci oleh Allah Subhanahu Wata’ala, hati menjadi gelap, ditutup pintu rezeki, doanya tidak dimakbulkan dan lebih buruk lagi mendapat azab seksa di akhirat kelak sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Maryam ayat 70 – 72, tafsirnya :

“Kemudian, sesungguhnya kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api Neraka itu. Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya yang demikian adalah satu perkara yang mesti berlaku yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim dengan kekufurannya dan maksiatnya tinggal bertalut (duduk berlutut) di dalam Neraka.”

Sesungguhnya perbuatan dosa itu sangat berbahaya dan tidak boleh diambil ringan. Ia umpama racun dalam tubuh badan manusia dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera. Maka penawar bagi menyelamatkan diri dari dosa ialah dengan segera bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang berdosa. Oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap gerak-geri kita, baik dari segi percakapan mahupun perbuatan, jangan sampai yang kita lakukan itu menjadi dosa yang akan membawa kecelakaan dan mendatangkan azab ke atas diri kita di kemudian hari.

Selain itu, ketahuilah bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan, jika ianya menjadi ikutan orang lain, maka kita juga akan mendapat balasannya. Oleh itu jika perbuatan itu amalan yang baik, maka beruntunglah kita kerana mendapat ganjaran yang berlipat ganda, tetapi jika perbuatan itu merupakan maksiat dan dosa, celakalah akibatnya kerana banyak dosa yang terpaksa kita terima, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang menyeru untuk berbuat kebaikan, maka dia akan mendapat ganjaran pahala sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan ganjaran pahala mereka itu barang sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru untuk berbuat keburukan, maka dia akan mendapat ganjaran dosa sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan balasan dosa mereka itu barang sedikit pun.” Riwayat Al-Imam Ibnu Majah.

Setiap perbuatan dosa pasti ada balasannya, jika seseorang itu telah berbuat dosa dan tidak menerima balasannya di dunia ini, jangan fikir ia akan terlepas dari menerima pembalasan Allah Subhanahu Wata’ala. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala itu Maha Mengetahui atas apa yang kita lakukan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah Maryam ayat 75, tafsirnya :

“Katakanlah wahai Muhammad, sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarkanlah Allah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka sama ada azab sengsara dunia ataupun azab Kiamat, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.”

Oleh itu, ingatlah bahawa orang yang berbuat dosa tidak akan selamat, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, contohnya orang yang melakukan rasuah, walaupun ia masih mendapat keuntungan dunia, hartanya bertambah, hidupnya mewah, perbuatannya tidak diketahui, terlepas dari tindakan pihak berkuasa dan sebagainya, namun balasan akibat perbuatan dosanya tetap ada. Mungkin saja ia selamat di dunia tetapi ia tidak akan terlepas dari menerima pembalasan azab seksa Neraka di akhirat kelak. Kita juga jangan lupa, bahawa akibat dari perbuatan rasuah yang dilakukannya itu bukan sahaja menimpa dirinya, bahkan juga kepada anak, isteri dan ahli keluarganya, kerana setiap suap dari sumber yang haram seperti rasuah itu, maka api Nerakalah balasannya.

Kita sebagai orang Islam hendaklah memelihara diri dari melakukan dosa, bahkan juga hendaklah berusaha menegur dan mencegah perbuatan dosa itu dari terus berlaku dan berleluasa, tanpa mengira perbuatan itu dilakukan oleh ahli keluarga, sahabat mahupun masyarakat. Kita perlu ingat jika kemungkaran sudah bermaharajalela di sesebuah tempat itu, adalah tidak mustahil Allah Subhanahu Wata’ala akan menurunkan bala azab kepada mereka. Kita ambillah ikhtibar daripada peristiwa yang telah berlaku kepada umat-umat yang terdahulu yang hancur musnah akibat perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan. Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut yang telah mendustakan kerasulan Nabi Lut Alaihissalam serta mengamalkan perbuatan keji lagi terkutuk dengan mengadakan hubungan sejenis sesama lelaki untuk memuskan nafsu syahwat. Lalu Allah Subhanahu Wata’ala menurunkan bala yang membinasakan negeri itu dengan letusan suara yang menggemparkan bumi, lalu negeri itu ditunggangbalikkan yakni tertimbus segala apa yang ada di muka buminya dan dihujani dengan batu dari tanah yang dibakar.

Sebagai orang yang beriman, janganlah kita mudah lalai dan leka dengan kehidupan di dunia ini dan marilah kita sentiasa berdoa dengan memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada-Nya. Jauhilah diri dari perkara yang mendatangkan dosa. Ingatlah bahawa kita tidak akan selamanya hidup di dunia ini. Oleh itu siapkan diri kita dengan bekalan yang berupa amal ibadat, bersedialah sebelum ajal tiba, kerana itulah saja yang dapat menyelamatkan kita di Padang Mahsyar nanti.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Maryam ayat 85 – 87, tafsirnya :

“Ingatlah hari kami menghimpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk menghadap Allah Ar-Rahman dengan berpasuk-pasuk (berkumpulan). Dan kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahanam dalam keadaan dahaga. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal salih di sisi Allah yang Melimpah rahmat-Nya.”
Pelita Brunei

JANGAN HAMPIRI ZINA...JAUHILAH MAKSIAT WAHAI REMAJA..!!!!


Firman Allah :

“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

Pesanan Rasulullah SAW :

“ janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya dalah syaitan” (Riwayat Tabrani)

Alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

“ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Riwayat Ibn Majah)

Firman Allah :

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menhampirinya) maka akan jadilah kamu orang-orang yang zalim. ( al-A’araf : 19)

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (al –Nur : 3)

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( al-Ahzab : 35)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-A’raaf : 200 )

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

Berpeganglah pada janji Allah :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )

JALAN MENUJU KE ARAH ZINA, MAKSIAT DAN DOSA

1)      Ber’couple’. Ingat,cinta yang diredhai Allah hanyalah cinta selepas nikah.

2)      Sms dan bergayut di telefon antara ajnabi (bukan mahram) tanpa sesuatu urusan yang mustahak. Sampai bila boleh jamin hati suci tanpa maksiat??

3)      Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Pergi tengok wayang, pergi karaoke dengan lelaki dan perempuan. Walaupun ramai, ia tetap pergaulan bebas.

4)      Memandang ajnabi secara sengaja, berjumpa, keluar makan. Mula-mula kawan, lama-lama,jadi ‘couple’ dah. Bila dah ‘couple’, mula la nak keluar malam-malam, siang ramai orang, nak jumpa kat tempat ‘privacy’ konon. Lama-lama, jadilah benda yang tidak diingini spt bersentuhan,makin dekat n then, hanyut sama-sama.

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”

sumber : http://wana93.wordpress.com/2009/11/13/cinta-remaja/

Islam takde ke couple-couple ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Adakah perbezaan antara sahabat dan kekasih?
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.

sumber : http://nurulasma.blogspot.com
Letakkanlah cinta dan kasih sayang kita pada yang PALING utama..
1) ALLAH S.W.T
2)RASULULLAH S.A.W

TIP MENGATASI KELEMAHAN SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARAN

Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.
Sebab-sebab kesalahan berlaku:
Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. 
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. 
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami.
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. 
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-
  • Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. 
  • Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. 
  • Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali. 
  • Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Ahad, 4 April 2010

Merancang Aktiviti Mengulangkaji

1. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.


2. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

4. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.

5. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

6. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

7. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

8. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

9. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

10. Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji

11. Mata Pelajaran Yang Anda Lemah

12. Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.

13. Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

SEMOGA APA YANG DIBINCANGKAN INI BOLEH DIGUNA PAKAI UNTUK MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN

JATI DIRI PELAJAR CEMERLANG

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak , hati budi serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.

Jati Diri pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Doa dan harapan Semoga ciri-ciri jati diri tersebut sudah atau akan tertanam dengan kukuhnya pada diri anda sebagai seorang pelajar demi kejayaan anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Perasmian Minggu bahasa 2010

majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua