SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH
DOAKU....
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."
Islamic Widget
Islamic Clock
Isnin, 15 Mac 2010
TAKUT GAGAL
Takut gagal dihadapi oleh semua orang dari kesemua peringkat golongan.
Kita takut gagal sebab kita tak nak benda yang kita usahakan tak menjadi.
Kita takut gagal tu muncul sebab kita mahukan semuanya ada. Gagal adalah situasi menyakitkan.
Bagi sesetengah orang, gagal ada situasi yang sukar dilupakan. Bukan setakat gagal, bahkan gagal yang dicampur ngan rugi beribu-ribu ringgit, bahkan berjuta-juta ringgit punya gagal. Ada orang gagal dalam cinta, gagal dalam berniaga, gagal mempertahankan kebahagiaan rumah tangga, gagal dalam kerjaya.
Nak menghadapi perasaan takut gagal, ada caranya. Anda perlu:
1. Berani mendepani kegagalan yang Anda takuti.
Jika Anda takut gagal dalam peperiksaan, hadapinya. Beranikan diri Anda untuk gagal dalam peperiksaan. Jika Anda takut gagal dalam percintaan, hadapinya. Beranikan diri. Lama-kelamaan takut gagal tu hilang dengan sendirinya, menghilang, makin menghilang, terus menghilang. Sebabnya mudah. Perasaan berani Anda semakin membuak-buak, mengalir keluar hingga tidak ada ruang sedikitpun untuk rasa takut pada kegagalan.
2. Berani menghadapi apa saja yang mungkin akan terjadi.
Inilah yang paling ditakuti oleh ramai orang. Tapi, inilah perkara yang dibuat oleh ramai orang-orang berjaya. Mereka berani menghadapi apa saja yang mungkin akan terjadi apabila mereka berani mendepani kegagalan yang mereka takuti.
Secara psikologinya, bila kita takutkan sesuatu, apa yang kita takutkan tu akan menjadi semakin banyak. Kita akan jadi semakin takut, bertambah-tambah takut.
Tapi, apabila kita tukarkan rasa takut menjadi berani (bukan berani yang dipaksa-paksa tapi berani yang betul punya berani) kita akan mendepani sesuatu perkara yang kurang pasti dengan penuh yakin sebab apa yang kita takuti semakin menghilang serta semakin mengurang.
Inilah yang dipanggil ‘faith’. Dalam istilah Islam, ia dipanggil tawakkal. Dalam bahasa perbualan biasa, ia dipanggil berserah.
Takut gagal kita boleh hadapi dengan menghadirkan sikap bertawakkal dan berserah. Ramai orang tahu hal ni, tapi cuma sedikit yang ada betul-betul mengamalkannya. Sebagai manusia, emosi kita mendorong kita menjadi takut pada sesuatu yang tak pasti, apatah lagi tanpa apa-apa persediaan.
Jika Anda tiba-tiba takut gagal, tukarkannya cepat-cepat dengan perasaan berani gagal, iaitu berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Dalam kita mengusahakan sesuatu, kita biasanya akan berdepan dengan dua kemungkinan, berjaya atau tidak.
Kita kena bersedia untuk berdepan dengan kedua-duanya.
Ramai orang tak suka mendepani kegagalan kerana mereka tidak bersedia untuk berdepan dengan kegagalan, akhirnya membuat mereka menjadi murung kerana asyik mengingatkegagalan yang mereka lalui.
Elak membiarkan perkara ni terjadi pada Anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan