SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Sabtu, 2 Januari 2010

CATATAN DI AWAL TAHUN 2010

Sabda Rasullullah SAW
"Rebut peluang lima perkara sebelum tiba lima perkara: masa mudamu sebelum tiba masa tuamu.Masa sihat sebelum tiba masa sakitmu. Masa lapang sebelumtiba masa sibukmu.Masakaya sebelum tiba papamu dan masa hidup sebelum tiba masa matimu."
Para remaja, peljar dan pembaca yang dimuliakan Allah SWT..Umur muda ini sebenarnya adalah medan untuk anda meningkatkan amalan takwa. Masa inilah kita patut belajar dan praktikkan segala suruhan ALLAH Taala. Ibadah kita perlulah digilap dan diperhalusi supaya bila kita melangkah dewasa, jiwa kita sudah bersedia dengan iman dan takwa kepada ALLAH.
Remaja dan pelajar perlu sedar, peluang hidup semasa muda hendaklah direbut dengan memperbanyakkan amalan takwa. Kata-kata "MUDA HANYA SEKALI" tidak patut menjadi pegangan remaja sebagai alasan melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Sedangkan seorang manusia yang mahu hidup senang, sudah tentu sejak muda lagi berusaha dan bekerja keras demi mencapai matlamat hidupnya. Kalau sudah tua baru hendak mula berusaha, tentulah sukar untuk dia mencapai kesenangan.
Demikianlah juga untuk beribadah kepada ALLAH hendaklah bermula dari umur muda lagi. Sebab ibadah yang dibuat semasa muda penuh kekuatan, kesegaran dan penghayatan yang tinggi. Apabila tua nanti, mudahlah kita meneruskannya kerana sudah terlatih sejak dari umur muda lagi. Tetapi kalau sudah tua baru nak beribadah, waktu itulah kekuatan dan kesegaran semakin hilang.Maka ibadah dibuat dengan jiwa yang lesu, semangat yang kendur dan hati yang sudah keras dicengkaam dosa-dosa yang lalu.
Oleh itu..marilah kita bersama-sama melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin dan meninggalkan apa yang dilarang. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNYA. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan