SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Rabu, 27 Januari 2010

MINGGU SUAI KENAL MURID BARU TINGKATAN 4 SESI 2010/2011

Alhamdulillah pada 25 Jan 2010 baru-baru ini, murid baru tingkatan 4 telah mendaftar di SMTWT. Proses pendaftaran berjalan lancar pada hari berkenaan. Seramai 203 murid telah mendaftar daripada 350 calon yang ditawarkan. Proses rayuan telah pun dijalankan kepada calon-calon yang tidak berjaya mendapat tempat di SMTWT.
Majlis Perasmian minggu Suai Kenal telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua serentak dengan majlis perasmian Laman Web sekolah. Sila Layari laman web http://smtwt.edu.my/

Khamis, 21 Januari 2010

TEMUDUGA SIJIL KEMAHIRAN (SKM)

Pada 18 Januari 2010 satu temuduga telah diadakan untuk murid tingkatan tiga yang berjaya memohon ke kursus aliran kemahiran (SKM). Temuduga berkenaan diadakan bermula pada pukul 9.00 pagi. Temuduga berkenaan telah dikendalikan oleh guru bengkel.Calon yang berjaya untuk ditemuduga adalah seramai 183 orang calon.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga berjaya.

Rabu, 20 Januari 2010

KEM MUBAYAAH 2010

Assalamualaikum....lama dah tak menulis. Alhamdulillah bermula 14 Jan hingga 16 Jan 2010 baru-baru ni smtwt telah berjaya menjalankan kem untuk pelajar tingkatan lima. Kali ini kem diadakan di kawasan sekolah je..maklumlah bajet tak cukup. Tapi alhamdulillah program kem pada kali ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Terengganu dan juga Pelajar Psikologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kem kali ini banyak menumpukan kepada pembentukan sahsiah diri pelajar, disiplin , Smart Solat dan kemahiran belajar . Semoga apa yang dijalankan memberi ilmu yang berguna kepada pelajar.
Terima kaih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Mubayaah pada kali ini. Semoga mendapat balasan dan ganjaran yang sewajarnya oleh Allah SWT....insyaallah....aminnnn.

Rabu, 6 Januari 2010

HARI KE 4 PERSEKOLAHAN

Apa nak jadi dengan pelajar hari ini? Baru 4 hari persekolahan dah tidak bersemangat. Awal-awal pagi datang ke sekolah tapi tidak tahu nak buat apa. Masuk kelas bukannya nak mengulangkaji pelajaran tapi masih nak meneruskan mimpi indah. Masih nak buat tahi mata.
Tiada semangat, tidak bermatlamat dan tidak bermotivasi dan akhir tidak tahu hala tuju selepas SPM nanti?. Bila ditanya tarikh exam SPM...masih ada yang tidak tahu tarikhnya..lucukan...???.Itu lah realitinya.
Kepada pelajar, ingatlah jasa kedua ibubapa kita. Sejak dari kecil hinggalah dewasa , mereka menjaga dan mendidik kita...seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menggigit kita semasa kecil.Balaslah jasa mereka..ayuh teruskan perjuangan anda sebagai seorang pelajar yang berjaya.Ingatlah tidak ada ibubapa pun yang inginkan anak mereka tidak berjaya. Peluang ada cuma semuanya terletak dibahu anda sebagai seorang pelajar.
Masa itu emas.

Sabtu, 2 Januari 2010

UNTUK APA KITA PERLU MENJADI PANDAI?

Sekali kita suruh sekali dia buat...sekali kita hentak sekali dia bergerak..sekali kita nasihat sekali tulah dia rasa bertanggungjawab...Apa nak jadi dengan pelajar hari ini ?..Tidak bermotivasi? Tiada Matlamat Hidup?...Pemalas?..Dan yang sedihnya terpaksa mengejar mereka untuk sama-sama menunaikan Solat bejemaah.
Sepanjang hidupku sebagai guru/kaunselor....semakin hari semakin teruk remaja dan pelajar hari ini. Untuk apakah mereka ke sekolah?..Arahan ibubapa?..Nak jumpa rakan? atau semata-mata????.
Sedarlah...dengan menuntut ilmu, hidup kita akan lebih meningkatkan manfaatnya

CATATAN DI AWAL TAHUN 2010

Sabda Rasullullah SAW
"Rebut peluang lima perkara sebelum tiba lima perkara: masa mudamu sebelum tiba masa tuamu.Masa sihat sebelum tiba masa sakitmu. Masa lapang sebelumtiba masa sibukmu.Masakaya sebelum tiba papamu dan masa hidup sebelum tiba masa matimu."
Para remaja, peljar dan pembaca yang dimuliakan Allah SWT..Umur muda ini sebenarnya adalah medan untuk anda meningkatkan amalan takwa. Masa inilah kita patut belajar dan praktikkan segala suruhan ALLAH Taala. Ibadah kita perlulah digilap dan diperhalusi supaya bila kita melangkah dewasa, jiwa kita sudah bersedia dengan iman dan takwa kepada ALLAH.
Remaja dan pelajar perlu sedar, peluang hidup semasa muda hendaklah direbut dengan memperbanyakkan amalan takwa. Kata-kata "MUDA HANYA SEKALI" tidak patut menjadi pegangan remaja sebagai alasan melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Sedangkan seorang manusia yang mahu hidup senang, sudah tentu sejak muda lagi berusaha dan bekerja keras demi mencapai matlamat hidupnya. Kalau sudah tua baru hendak mula berusaha, tentulah sukar untuk dia mencapai kesenangan.
Demikianlah juga untuk beribadah kepada ALLAH hendaklah bermula dari umur muda lagi. Sebab ibadah yang dibuat semasa muda penuh kekuatan, kesegaran dan penghayatan yang tinggi. Apabila tua nanti, mudahlah kita meneruskannya kerana sudah terlatih sejak dari umur muda lagi. Tetapi kalau sudah tua baru nak beribadah, waktu itulah kekuatan dan kesegaran semakin hilang.Maka ibadah dibuat dengan jiwa yang lesu, semangat yang kendur dan hati yang sudah keras dicengkaam dosa-dosa yang lalu.
Oleh itu..marilah kita bersama-sama melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin dan meninggalkan apa yang dilarang. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNYA. Amin