SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Isnin, 4 April 2011

SEJARAH SOLAT LIMA WAKTU..



solat1
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


SEKADAR ILMU YANG INGIN DI KONGSIKAN BERSAMA...


 SEKADAR ILMU YANG INGIN DI KONGSIKAN BERSAMA....AMALKAN SUNNAH NABI,DAPAT PAHALA....
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
SYUKRAN KASIR ...MOGE DPT AMLKAN SUNNAH NABI NIE...AL AKLU SALIM FI JISMI SALLIM...=)

Ahad, 3 April 2011

KESAN RADIASI TELEFON BIMBIT KEPADA MANUSIA


Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit-baru tahu


Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:
Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Gambar telur tersebut dipaparkan di atas.

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan semua agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

BERTUDUNG TIDAK SEMSTINYA MENUTUP AURAT...INILAH GADIS ZAMAN SEKARANG..?


Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. : 


"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 


2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.


..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.



1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.


Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................




TUDUNG TETAPI KAIN BELAH



Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT

 

T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh lelaki bukan muhrim.






TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG

 

Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.






TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT

  

Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.






TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT

 

Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.

TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING


Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.


TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG  WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

JAGAALAH AURAT ANDA...JANGAN DEGIL...NANTI MERANA DIAKHIRAT KELAK..!!!


Jumaat, 1 April 2011

KEM BINA DIRI MURID SKM DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA, JENAGOR, K.BERANG

kem bina diri bermula pada 29.3.2011 sehingga 31.1.2011

Ceramaku ...Pengurusan Diri

Antara Guru-guru yang hadir...Terimakasih cikgu..

Peserta fokus pada ceramah yang disampaikan

Who Am I..??? ceramahku

Kem komandan...Cikgu Zaidi

Peserta Terbaik.....Moga2 berjaya didunia dan diakhirat

CiKgu Liza dan Cikgu Lia...terima kasih kerana sudi bersama-sama menjayakan kem ini


Sabtu, 26 Mac 2011

Ponteng...Berita Surat khabar Utusan bertarikh 25.3.2011


31 pelajar ponteng ditangkap

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Seramai 31 pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, ditangkap di daerah ini hari ini dalam Operasi Gerak Tempur Basmi Ponteng Sekolah yang diadakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu.
Seorang daripada pelajar itu didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda setelah gagal melepasi ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar berkata, operasi yang julung kali diadakan itu disertai oleh 130 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), polis, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta beberapa orang guru.
Katanya, operasi itu pada awalnya hanya disasarkan terhadap pelajar dari tiga sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, SMK Bukit Tunggal dan SMK Kompleks Gong Badak.
Bagaimanapun, katanya, hasil kerjasama semua pihak, beberapa pelajar ponteng dari sekolah berdekatan turut ditangkap.
"Program gerak tempur ini seperti KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk Jabatan Pelajaran negeri dalam usaha mengurangkan gejala ponteng dalam kalangan pelajar," katanya kepada pemberita di SMK Ibrahim Fikri di sini hari ini.
Dalam operasi yang bermula pukul 8 pagi itu, kebanyakan pelajar ponteng bertempiaran lari ketika dikejar oleh pihak berkuasa terlibat.
Terdapat dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri dengan motosikal, ada yang terjun ke dalam paya berdekatan, malah ada yang bersembunyi di rumah kosong bagi mengelak diberkas.
Kesemua pelajar itu kemudian diberikan kaunseling, manakala ibu bapa mereka turut dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai gejala ponteng itu.

MASALAH PONTENG...DI.KUALA TERENGGANU


KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan berusia 14 tahun memaki guru dan anggota RELA yang menahannya bersama dua rakan dalam Operasi Ponteng Sekolah peringkat negeri, semalam.  

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, ketika pelajar berkenaan yang berpakaian biasa asyik menyaksikan acara sukan Majlis Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara kira-kira jam 10 pagi.

Pelajar itu antara 53 pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun yang ditahan dalam operasi ponteng sekolah bermula jam 8 hingga 11 pagi. Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing. 
 
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam. 
 
“Lokasi serbuan adalah port pelajar itu ponteng. Kita juga menahan beberapa pelajar ponteng kononnya untuk menyokong rakan yang menyertai acara sukan di kompleks itu,” katanya selepas memberi taklimat kepada pelajar terbabit dan ibu bapa mereka di Dewan SMK Ibrahim Fikri, semalam.