SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Isnin, 15 Mac 2010

MOTIVASI DIRI SEBELUM KEMBALI KEPADA-NYA....


Laksanakan 4 perkara supaya kita terselamat dari seksaan kubur dan moga ketika kita mati, kita dimatikan dalam situasi yang baik-baik bukan dalam kemalangan atau dalam tragedi buruk yang tak disangka-sangka.
Laksanakan 4 perkara berikut:
  1. Banyak bersedekah.
  2. Menjaga waktu sembahyang.
  3. Kerajinan membaca Al-Quran lalu memahami isi kandungannya.
  4. Kerajinan bertasbih dan berzikir (dapat menerangkan dan melapangkan kubur yang akan kita diami nanti).
Tinggalkan:
  1. Sikap suka berdusta, membuat-membuat cerita dan sikap berbohong.
  2. Sikap khianat, mungkir janji.
  3. Sikap suka mengadu-ngadu.
  4. sikap suka membuang air kecil sembarangan, terutama orang lelaki.
Motivasi kali ini lebih kepada motivasi keIslaman, sesuai dengan sambutan 1 Januari 2010. Pada hari tahun baru sebegini, wajarlah kita mengingati mati sebab dari setahun ke setahun kita akan makin dekat dengan mati.

MOTIVASI DI HARI JUMAAT


Hari Jumaat adalah hari yang paling saya suka.
Sebabnya ada dua. Sebab pertama, hari Jumaat adalah hari cuti berkerja bagi kebanyakan sektor awam di Negeri Terengganu Darul Iman. Sebab kedua, hari Jumaat ni adalah hari di mana saya dapat jumpa ramai kenalan di masjid, sembahyang Jumaat sama-sama. Ada kenalan lama, ada kenalan baru..er, jangan salah sangka, semua kenalan lelaki saja.
Dari segi motivasi, hari Jumaat adalah hari yang elok untuk kita jadikan hari kita check balik ‘performance’ kita selama 5 hari yang lepas. Ingat balik kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan di minggu ini kemudian tekadlah memperbaikinya di minggu depan. Selain kita ingat balik kesilapan, kita kena perbanyakaan mengingat pencapaian-pencapaian kita, sama ada pencapaian kecil atau pencapaian besar.
Dapat menyempurnakan sembahyang cukup 5 waktu dengan penuh khusyuk dikira sebagai satu pencapaian yang cukup baik bagi seorang Muslim. Anda patut bangga. Dari rasa bangga tu, muncul semangat untuk bersembahyang dengan lebih baik lagi di lain kali.
Dapat sampai ke tempat kerja kemudian dapat menyiapkan tugasan tepat pada waktunya adalah pencapaian cemerlang bagi seorang pekerja. Dapat mengulangkaji pelajaran kemudian dapat menjawap kesemua soalan ujian di dalam kelas adalah pencapaian yang cukup baik pada seorang pelajar. Wajarlah si pelajar mengingati pencapaian tu supaya dia ada motivasi untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan ketika di peperiksaan besar nanti.
Bila kita dipuji, bila kita berjaya mencapai sesuatu, kita akan merasa gembira lantas merasa yakin. Rasa yakin yang timbul tu membuat kita melaksanakan perkara yang sama di lain kali dengan cukup bagus, hebat sekali dengan kesilapan minima.
Kita langsung tak ada keraguan. Sebab itulah pencapaian kita bagus.
Dalam pada itu kita kumpulkan kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan mendatang.
Kita tak tahu cemana rupa cabaran yang akan kita temui nanti.
Mungkin ada cabaran yang senang, mungkin ada yang susah, mungkin ada juga yang cukup susah. Walau apapun rupanya nanti, kita kena bersedia.
Moga hari Jumaat dalam minggu ni memberi suntikan motivasi buat diri Anda. Mari bersama-sama memasang tekad mahu menjadikan hari-hari yang seterusnya hari yang terbaik buat kita – di hari itu kita memasang tekad berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik, berkata hanya yang baik-baik supaya dengan itu urusan kita dipermudahkan, permasalahan kita dikurangkan.

TAKUT GAGAL


Takut gagal dihadapi oleh semua orang dari kesemua peringkat golongan.
Kita takut gagal sebab kita tak nak benda yang kita usahakan tak menjadi.
Kita takut gagal tu muncul sebab kita mahukan semuanya ada. Gagal adalah situasi menyakitkan.
Bagi sesetengah orang, gagal ada situasi yang sukar dilupakan. Bukan setakat gagal, bahkan gagal yang dicampur ngan rugi beribu-ribu ringgit, bahkan berjuta-juta ringgit punya gagal. Ada orang gagal dalam cinta, gagal dalam berniaga, gagal mempertahankan kebahagiaan rumah tangga, gagal dalam kerjaya.
Nak menghadapi perasaan takut gagal, ada caranya. Anda perlu:
1. Berani mendepani kegagalan yang Anda takuti. 
Jika Anda takut gagal dalam peperiksaan, hadapinya. Beranikan diri Anda untuk gagal dalam peperiksaan. Jika Anda takut gagal dalam percintaan, hadapinya. Beranikan diri. Lama-kelamaan takut gagal tu hilang dengan sendirinya, menghilang, makin menghilang, terus menghilang. Sebabnya mudah. Perasaan berani Anda semakin membuak-buak, mengalir keluar hingga tidak ada ruang sedikitpun untuk rasa takut pada kegagalan.
2. Berani menghadapi apa saja yang mungkin akan terjadi. 
Inilah yang paling ditakuti oleh ramai orang. Tapi, inilah perkara yang dibuat oleh ramai orang-orang berjaya. Mereka berani menghadapi apa saja yang mungkin akan terjadi apabila mereka berani mendepani kegagalan yang mereka takuti.
Secara psikologinya, bila kita takutkan sesuatu, apa yang kita takutkan tu akan menjadi semakin banyak. Kita akan jadi semakin takut, bertambah-tambah takut.
Tapi, apabila kita tukarkan rasa takut menjadi berani (bukan berani yang dipaksa-paksa tapi berani yang betul punya berani) kita akan mendepani sesuatu perkara yang kurang pasti dengan penuh yakin sebab apa yang kita takuti semakin menghilang serta semakin mengurang.
Inilah yang dipanggil ‘faith’. Dalam istilah Islam, ia dipanggil tawakkal. Dalam bahasa perbualan biasa, ia dipanggil berserah.
Takut gagal kita boleh hadapi dengan menghadirkan sikap bertawakkal dan berserah. Ramai orang tahu hal ni, tapi cuma sedikit yang ada betul-betul mengamalkannya. Sebagai manusia, emosi kita mendorong kita menjadi takut pada sesuatu yang tak pasti, apatah lagi tanpa apa-apa persediaan.
Jika Anda tiba-tiba takut gagal, tukarkannya cepat-cepat dengan perasaan berani gagal, iaitu berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Dalam kita mengusahakan sesuatu, kita biasanya akan berdepan dengan dua kemungkinan, berjaya atau tidak.
Kita kena bersedia untuk berdepan dengan kedua-duanya.
Ramai orang tak suka mendepani kegagalan kerana mereka tidak bersedia untuk berdepan dengan kegagalan, akhirnya membuat mereka menjadi murung kerana asyik mengingatkegagalan yang mereka lalui.
Elak membiarkan perkara ni terjadi pada Anda.

SUKAN ANAK YATIM KEBANGSAAN - SUKYA KE- 7

Hati tersentuh melihat mata anak-anak kecil yang menyertai SUKYA yang diadakan di Terengganu bermula 14 Mac hingga 18 mac 2010.















Kontijen Terengganu...Anak-anak Yatim Seluruh Negeri Terengganu















   Anak-anakku....ikut sama memeriahkan SUKYA















     Gimik Perasmian oleh Senator Mejar Jeneral Dato'Seri Hj. Jamil Khir B. Baharom -
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada PEYATIM dan pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) Dan Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) di atas apa yang dilakukan untuk anak-anak yatim di MALAYSIA.

Jumaat, 12 Mac 2010

KEPUTUSAN SPM 2009....ALHAMDULILLAH..SMTWT 100% LULUS














Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010 hari Khamis...alhamdulillah SMTWT berjaya memperolehi keputusan 100%.Tahniah diucapkan kepada semua guru dan semua yang terlibat.















Keputusan dikongsi bersama guru dan rakan-rakan.

Berdebar Menunggu result















Tahniah:...Best Student SMTWT...Muhammad Al Azhari Bin Che Kamarudin ( 7A= 3A+..3A-..1A)
Merupakan anak seorang peniaga kecil Di Teluk Ketapang.

Rabu, 3 Mac 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH SMTWT 2010


ACARA 3000 m (P18)


ACARA GURU ..GAYA SANG JUARA???


PENYAMPAIAN HADIAH OLEH TUAN PENGETUA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMTWT 2010


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMTWT 2010 telah di adakan pada 28 Feb 2010  baru-baru. Sambutan ini disertai oleh semua warga SMTWT. Perarakan ini bermula di padang sekolah dan berakhir di dewan Riadah SMTWT. Ceramah agama turut disampaikan oleh Ustaz Che Salim.














Perarakan Maulidur Rasul Peringkat SMTWT 2010














Antara Guru Yang Menyertai Perarakan Maulidur Rasul














Ucapan Tuan Pengetua Hj. Hussin b. Yusof


Persembahan Kumpulan Nasyid SMTWT




Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan,

SALAM MAULIDURRASUL 1431 HIJRAH.

Jom kita balik 1421 tahun dahulu ke Lembah Uranah, Gunung Arafah dan bayangkanlah kita berada di sana dan mendengar,

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sabda baginda...

Wahai manusia,

Dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teilti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,

Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai AMANAH SUCI. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang BERHAK. Janganlah kamu SAKITI sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat PERHITUNGAN diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan RIBA, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap SYAITAN demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara BESAR, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara KECIL.

Wahai Manusia

Sebagaimana kamu mempunyai HAK ATAS ISTERI kamu mereka juga mempunyai hak di atas KAMU. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam SUASANA KASIH SAYANG. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan BERLEMAH LEMBUTlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia,

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah SOLAT lima kali sehari, berPUASAlah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah ZAKAT dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah HAJI sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah SAUDARA kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah SAMA; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya KECUALI DALAM TAQWA DAN BERAMAL SOLEH.

Ingatlah, bahawa, kamu akan MENGHADAP ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu KERJAkan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu TERKELUAR dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai Manusia,

Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan BETUL dan FAHAMIlah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu DUA PERKARA yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih MEMAHAMI kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.