SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Rabu, 6 April 2011

Usia 17 tahun..tinggi hanya 22cm aje..


RAKYAT Filipina, Junrey Balawing bakal menjadi bintang apabila dia dikatakan akan memegang rekod dunia sebagai manusia terkecil. Pada usia 17 tahun, tinggi Balawing hanya 22 inci. Tubuh badannya pula lebih kecil daripada bayi berusia setahun.
Apabila usianya mencecahkan 18 tahun pada 18 Jun ini, dia bakal memecahkan rekod dunia - lima inci lebih kurang dari rekod sekarang.
Remaja kerdil itu langsung tidak membesar sejak ulang tahun hari lahirnya yang pertama. Malah, dia susah untuk berjalan dan tidak boleh berdiri lama.
Tetapi Belawing teruja apabila bercakap mengenai rekod dunia yang bakal diciptanya.
Katanya: "Kalau saya lelaki terkecil di dunia ia memang sesuatu yang hebat."
Junrey tinggal bersama keluarga dan tiga orang adiknya di sebuah kampung di wilayah pedalaman Norte di Zamboanga. Tetapi adik-adiknya membesar seperti biasa
Dia tinggal bersama ibunya, Concepcion, sementara dua adik perempuannya Jaycel, 13, dan Jeanritch, six, serta adik lelaki berusia 11 tahun, Jay-art ke sekolah.
Concepcion, 35, berkata: "Setiap hari Dia (Junrey) memerlukan perhatian setiap minit. Junrey hanya boleh berjalan jika dibantu dan tidak boleh berdiri lama kerana dia akan kesakitan."
Setiap masa ibu bapanya akan mendokong jika dia mahu ke mana-mana.
Bapanya, Reynaldo, 37, seorang tukang besi jarang berada di rumah. Apabila bapanya pulang Junrey akan dibawa bersiar-siar sekitar kampung dengan memikulnya di bahu.
Concepcion sedar bahawa pertumbuhan anak itu terhenti sebelum sambutan hari lahirnya yang pertama.
Katanya: "Dia selalu sakit dan kami perasan dia tidak membesar, jadi kami bawanya berjumpa doktor. Tetapi mereka seolah-oleh terpinga-pinga."
Ketika Junrey berusia 12 tahun doktor yang sama menasihatkan supaya dia diberikan vitamin - tetapi keluarganya tidak mampu.
Di sebalik tubuhnya yang kecil, Junrey memiliki selera yang sihat. Dia mampu menghabis sebuku roti dan jagung.
Sijil kelahiran hijau dan putih yang sudah pudar membuktikan dia lahir pada 1993 di rumahnya.
Walaupun dalam keadaan sukar untuk berjalan Junrey belajar menulis dan melukis serta apabila mampu dia akan membantu keluarga dengan memberikan makanan kepada binatang peliharaan mereka.
Concepcion menambah: "Kalau boleh saya mahu bekerja ketika anak-anak berada di sekolah. Tetapi saya tidak boleh tinggalkan Junrey.
"Tetapi dia sangat suka apabila saya memberitahu dia adalah lelaki yang paling kecil di dunia. Dia akan senyum bangga."
Pada masa ini gelaran lelaki paling kecil di dunia milik rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar, dengan ketinggian 26.4 inci.
Khagendra mengambilalih rekod yang sebelum ini dipegang oleh Edward Nino Hernandez dari Columbia dengan ketinggain 27 inci.
Gelaran lelaki terkecil di dunia mula menjadi persaingan apabila pemegang rekod itu He Pingping dari China meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 21 tahun Mac tahun lalu.
Jurucakap Guinness World Records berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan itu apabila Junrey berusia 18 tahun iaitu usia untuk melayakkannya mendapatkan rekod tersebut.
Sementara itu pada masa ini gelaran wanita paling kecil di dunia milik Hatice Kocaman, 21, dari Turki dengan ketinggian hanya 28 inci.
Dengan ketinggian 28 inci, Stacey Herald dari Amerika Syarikat pula merupakan ibu terkecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan