SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Ahad, 20 Februari 2011

SEKADAR RENUNGAN ..1


Selesai kerja (tamat sesi persekolahan)....letih yang amat sangat....hari ni pun suaraku semakin teruk....semasa sesi kaunseling pun...klienku asyik tersenyum je..!!..maklumlah suara "romantik abiss"....ala-ala Ella...Syukur alhamdulillah...bila time sakit macam ni baarulah teringat akan pentingnya menjaga kesihatan..
Kerja hari...kira okeylah....bermula dengan perhimpunan pagi...Cetusan Mindaku bertajuk Ke arah Pembinaan Pemikiran Positif...banyak perkara yang disentuh berkaitan akhlak....Jadikan Rasullullah sebagai Role Model.

PETUA


Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut
Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air
Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali
Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air
Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

Sabtu, 19 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMTWT 19.02.2011..

                                                          

Sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat SMTWT berlangsung pada hari Sabtu 19.Feb .2011 di Dataran Kuanliti. Sambutan dimulakan dengan ucapan penyelaras majlis Sambutan Cg Zaidi BB. Selepas majlis diteruskan dengan bacaan sajak,nyanyian nasyid dan syarahan.

Perarakan Maulidur diteruskan hingga ke padang sekolah. Bermula 10 pagi...majlis deteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang diadakan diSurau sekolah.


Bersama Cg Roslan dan Cg Zaidi

Bersama Cg Asari (Boss Pertandingan kain rentang)

Selasa, 15 Februari 2011

SEKADAR RENUNGAN...Sempena maulidur Rasul..


“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?
Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

MEMBUDAYAKAN SUNNAH NABI


SALAM MAULIDUR RASUL....
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21)
Lantaran itulah, umat Islam diperintahkan oleh Allah supaya meneladani dan mencontohi kehidupan Rasulullah dalam segala lapangan kehidupan.
Sunnah Nabi, sebuah istilah yang kerap didengari serta tidak asing kepada masyarakat Islam.
Bahkan, ada orang yang sanggup meggunakan istilah sunnah Nabi dalam usaha menghalalkan tindak-tanduknya yang tidak betul.
Ada pula yang tidak mahu mengamalkan apa yang dikatakan sunnah itu kerana menganggapnya sebagai biadaah atau menunjuk-nunjuk.
Yang menjadi persoalannya, adakah umat Islam benar-benar faham atau sejauhmanakah pemahaman mereka terhadap perkara ini? Apa perkaitan antara sunnah dengan bidaah? Adakah semua sunnah nabi itu wajib atau mesti diikuti? Bagaimana pula dengan sunnah yang dikatakan bidaah?
Felo Penyelidik di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid menjelaskan, apabila disebut sunnah Rasulullah, pemikiran dan pemahaman umat Islam hari ini ialah hal-hal kecil dalam kehidupan seperti soal janggut, serban, jubah, makan menggunakan tangan dan mungkin bab berpoligami.
"Sunnah dari segi bahasa bermakna satu jalan yang dibuat, sama ada bermatlamat baik ataupun buruk.
"Dari segi istilah ia adalah sunnah yang baik yang dibuat oleh Nabi dan kita ikut. Ia terbahagi kepada dua. Ada yang wajib diikut dan ada yang sama ada boleh kita ikut atau tidak kita ikuti.
"Walau bagaimanapun, kalau diikuti, mungkin kita mendapat pahala. Yang tidak dikehendaki ialah apabila kita mengikut benda yang tidak wajib tetapi kita paksa orang lain ikut juga.
"Di situlah menjadi bidaah kerana benda itu adalah sunat tetapi kita mewajibkannya.
"Di bidang perundangan, apabila disebut sunnah, ia merujuk kepada apa-apa yang disandarkan kepada nabi - perbuatan, perkataan waima takrir (diam) sekalipun. Contohnya, Khalid bin Walid memakan biawak pasir sedangkan nabi tidak memakannya.
"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah. Baginda sekadar mendiamkan diri. Ini bermakna, benda itu halal," kata Mohamad Kamil.
Namun katanya, perkara sunnah Rasulullah yang hendak dibincangkan di sini ialah sunnah lawan bidaah.
Tegasnya, bidaah bermaksud apa-apa perkara agama atau ibadat yang direka-reka. Tetapi ia sebenarnya tidak ada dalam agama.
Misalnya, orang yang melebih-lebih dalam ibadat. Contohnya seorang itu memilih menjadi pemakan sayur atauvegetarian dengan alasan menjaga kesihatan.
Hal itu memang tidak menjadi masalah. Tetapi jika dia berniat dengan tidak memakan daging menyebabkan ibadatnya lebih kuat atau lebih dekat dengan Tuhan, itu sudah tergolong sebagai bidaah.
Sunnah pula ialah apa yang Nabi lakukan. Pun begitu, apa yang dilihat dan difahami oleh orang awam mengenai sunnah Nabi itu terang Mohamad Kamil, bermakna apa yang dibuat oleh Nabi itu mesti diikuti. Sedangkan sebenarnya tidak begitu.
"Sunnah Nabi itu terbahagi kepada dua iaitu, pertama, perlu diikut dan kedua, Nabi buat sebagai manusia biasa.
"Contohnya, Nabi memakai tongkat, ia satu sunnah dan kita boleh mengikutnya. Tetapi jangan pula kita memaksa orang lain memakai tongkat.
"Ini kerana, pada ketika itu tongkat itu adalah keperluan nabi sebagai manusia biasa. Di situlah kadang kala timbul kesilapan orang.
"Begitu juga dengan jumlah tangga pada mimbar Nabi iaitu sebanyak tiga tingkat. Itu sunnah tapi janganlah sekarang kita hendak menjadikannya wajib atau satu kemestian iaitu mimbar mesti ada tiga tingkat. Ini kerana keperluan pada masa itu, tiga tangga pun, baginda boleh bercakap pada jemaah yang ada kala itu.
" Yang sebelum ini atau pada asalnya, Nabi berkhutbah di atas sebatang pohon tamar. Tetapi apabila semakin ramai jemaah, mimbar Nabi telah ditinggikan kepada tiga anak tangga.
"Begitu juga dengan orang yang makan menggunakan tangan. Itu adalah satu daripada sunnah. Tetapi bukan pula bermaksud tidak sunnah apabila orang itu makan menggunakan sudu dan garpu.
"Sama halnya juga dengan makan di atas meja atau memakai jam pada tangan kiri kerana perkara ini tiada kaitan dengan agama," jelas beliau.
Menjelaskan lagi perihal sunnah Nabi itu Mohamad Kamil menerangkan, dalam bab keduniaan, Islam lebih menggalakkan kreativiti atau tuntutan untuk membuat benda-benda baru.
Manakala dalam ibadat pula, janganlah terlebih mahupun terkurang. Ia mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan.
Jadi jelas, kata Mohamad Kamil, orang Islam sepatutnya lebih kreatif.
"Sayangnya masyarakat Islam kita sekarang lebih suka mereka-reka berkaitan perkara ibadat," katanya.
Sebab itu beliau tidak hairan sunnah Nabi berkaitan hal yang kecil terlalu diberi penekanan.
Padahal ada sunnah berkaitan bagaimana berurusan dalam soal keadilan, menjaga hak wanita, hak kanak-kanak, hak warga emas dan hal-hal yang besar, bukan hal-hal yang remeh-temeh.
Jantung kita lemah
Ini sekali gus kata beliau, menunjukkan kedangkalan kefahaman orang Islam terhadap maksud sunnah yang sebenar.
Ia dikelirukan dengan penerangan daripada orang agama yang menekankan isu-isu remeh-temeh.
"Sebenarnya, ada sunnah yang besar, ada sunnah yang kecil. Selama ini orang Melayu Islam terlalu membesarkan yang kecil dan pada masa sama, meremehkan yang besar.
"Kalau ditanya, apa dia sunnah yang besar? Jawapan saya ialah sunnah mendidik anak. Lebih-lebih pada zaman sekarang yang mana kita dicabar dengan pelbagai masalah dan kekangan arus pemodenan.
"Di samping itu, sunnah menggalakkan membaca yang meliputi menyelidik, merenung, memahami dan sunnah yang mengajak kepada perpaduan dan banyak lagi.
"Seperkara lagi, orang Islam mula berpecah-belah apabila roh atau sunnah solat berjemaah itu diabaikan.
"Masjid itu adalah jantung masyarakat. Jadi, saya membuat analogi bahawa jantung kita lemah. Jadi masyarakat Islam sekarang ini dibaratkan seperti orang yang berpenyakit lemah jantung," katanya
Katanya, antara contoh lain sunnah yang perlu dihidupkan ialah bagaimana Nabi menjaga hak kaum wanita. Tetapi di Malaysia, akui Mohamad Kamil, wanita memang terlibat dalam pelbagai bidang.
Namun realitinya kata beliau, wanita masih dianggap golongan kelas kedua tetapi bukan di lapangan kerjaya tetapi dari sudut agama, termasuk apabila wanita tidak layak mengajar kaum lelaki.
"Secara tersurat, kita kata kita sama terutamanya dari segi duniawi. Tetapi dari segi agama, wanita tidak diberikan hak.
"Berbeza pada zaman Rasulullah, di mana peranan Aisyah begitu ketara. Sama ada pada waktu hidup Rasulullah dan setelah ketiadaan baginda," katanya.
Mohamad Kamil berharap, sunnah diamalkan dalam kehidupan setiap umat Islam itu terutama dalam bentuk etika, adab, akhlak dan tingkah laku.
"Kalau sekiranya seseorang itu bertindak ikut sunnah dia tidak akan mudah melenting dan cepat marah.Sebaliknya bersopan santun dan lemah lembut.
"Manakala yang tidak ikut sunnah, bahasanya kasar, celupar dan tidak menghormati antara satu sama lain ketika berlaku perselisihan.
"Hakikatnya, sunnah ini boleh meresap masuk menjadi akhlak kita. Itulah yang ramai terlepas pandang.
"Apa yang berlaku sekarang ini, masyarakat hanya membincangkan isu-isu sunnah yang kecil dan remah temeh dan meninggalkan yang besar.
"Contohnya sunnah belajar, Nabi sudah kata (belajar) dari buaian hingga mati. Begitu juga belajar hingga ke negeri China, walaupun ada yang mengatakan ia hadis daif .
"Ini bermakna sunnah belajar ini sepanjang hayat dan ke mana sahaja tanpa mengira jantina," kata beliau.
Malah perlu diperjelaskan kata Mohamad Kamil, sekiranya sunnah itu tidak termasuk dalam perkara ibadat tetapi ia termasuk cara beribadat, ini bermakna ia boleh berkembang.
Sekarang ini yang menjadi masalahnya ialah orang tidak dapat membezakan ibadat dan cara beribadat.
Jelas beliau, ibadat memang tidak boleh diubah tetapi cara beribadat itu boleh dikembangkan.
Contohnya dalam perkahwinan, yang tidak boleh diubah ialah syarat-syarat sah sebuah pernikahan. Ia wajib dipatuhi.
Tetapi sunnah membuat kenduri itu boleh berubah mengikut kemampuan supaya tidak berlaku pembaziran. Ia kembali kepada uruf atau adat masyarakat.
"Begitu juga timbul perbalahan tentang sambutan Maulidur Rasul. Segelintir pihak meletakkannya sebagai bidaah. Tetapi jika kita mengambil prinsip Nabi itu disayangi, dikasihi, hatta orang yang dekat dalam hidup kita seperti ibu bapa, suami isteri atau anak-anak, kita meraikan mereka, maka inikan pula junjungan Nabi Muhammad SAW. Cumanya bagaimana cara meraikannya itu kena betul. Sekiranya ada berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dan pembaziran, itu tidaklah wajar. Tetapi jika diraikan dengan berselawat, ceramah agama dan menjaga adab-adab Islam itu sesuatu yang baik. Selain itu, ia memperdekatkan masyarakat.
"Sayangnya yang menimbulkan kekeliruan ini adalah kalangan orang yang beragama itu sendiri. Sekiranya membidaah ini berlaku sewenang-wenangnya, maka yang tinggal hanya solat, zakat, puasa dan haji sahajalah. Islam sudah memberi kepada kita prinsip dan ruang tetapi dari segi teknikalnya terletak kepada kreativiti," kata beliau.
Posted by Tan Sri Ami Shah Maharaja 

Khamis, 3 Februari 2011

MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA

Allah Ta'ala berfirman,
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi" (QS. Al Baqarah :177)


"Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat- Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul- Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya"(QS. An Nisaa : 136)


Rasulu-lLah Shalla-lLahu 'alaihi wa-ssalam bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman, "Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat- Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya"(HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radliya-lLahu anhu (RA))


Dalam hadits shahih yang lain Rasulu-lLah Shalla-lLahu 'alaihi wa-ssalam bersabda, "Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian"(HR. Muslim no.2996, dari 'Aisyah radliya-lLahu anha (RA))

Berikut ini nama beberapat malaikat-malaikat Allah Ta'ala beserta tugas-tugasnya :

Jibril
Adalah malaikat yang diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Ta'ala berfirman, "Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang"(QS. At Takwiir : 23) Rasulu-lLah Shalla-lLahu 'alaihi wa-ssalam bersabda, "Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi"(HR. Muslim no. 177, dari 'Aisyah radliya-lLahu anha (RA)) Abdullah bin Mas'ud radliya-lLahu anhu (RA) menjelaskan bahwa Nabi Muhammad Shalla-lLahu 'alaihi wa-ssalam melihat jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari no. 4857)

Mika-il
Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rizki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mika-il secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Ta'ala berfirman, "Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat- Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir"(QS. Al Baqarah : 98)

Israfil
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.

Malik
Dia adalah penjaga neraka. Allah Ta'ala berfirman, "Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)'. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu"(QS. Az Zukruf : 77-78)


Ridhwan

Dia adalah penjaga Surga. Ada sebagian hadits yang dengan jelas menyebutkan dirinya (al Bidaayah wan Nihaayah I/45)

Munkar dan Nakir

Terdapat penyebutan dengan mereka di dalam hadits Abu Hurairah radliya-lLahu anhu (RA), Rasulu-lLah Shalla-lLahu 'alaihi wa-ssalam bersabda, "Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir"(HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)

Harut dan Marut

Keduanya termasuk malaikat yang namanya tertulis di dalam al Qur'an. Allah Ta'ala berfirman, "Padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaithan-syaithan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil, yaitu Harut dan Marut"(QS. Al Baqarah : 102)

Ar Ra'd
Malaikat ini bertugas mengatur awan. Ibnu Abbas radliya-lLahu anhu (RA) berkata, "Orang-orang Yahudi datang menemui Nabi, lalu mereka bertanya, 'Wahai Abul Qasim, kami akan bertanya kepadamu tentang beberapa hal. Jika engkau menjawabnya maka kami akan mengikuti, mempercayai dan beriman kepadamu'.Mereka bertanya, beritahukan kepada kami tentang ar Ra'd, apakah itu ?'. Beliau menjawab, 'Salah satu malaikat yang diserahi tugas untuk mengatur awan'"(HR. an Nasai, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam ash Shahihah no. 1872)

'Izra-il
Penamaannya dengan malaikat maut tidak disebutkan dengan jelas di dalam al Qur'an maupun hadits-hadits yang shahih. Adapun penamaan dirinya dengan 'Izrail terdapat di sebagian atsar. WallaHu a'lam. (al Bidaayah wan Nihaayah I/42)

Raqib dan 'Atid

Sebagian ulama menjelaskan bahwa diantara malaikat ada yang benama Raqib dan 'Atid. Allah Ta'ala berfirman, "Maa yalfizhu min qaulin illaa ladayHi raqiibun atiidun"yang artinya "Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir"(QS. Qaaf : 18) Namun demikian pendapat ini tidak benar, wallaHu a'lam. Keduanya hanya sifat bagi dua malaikat yang mencatat perbuatan hamba. Makna Raqib dan 'Atid ialah dua malaikat yang hadir, menyaksikan di dekat hamba, bukan dua nama dari dua malaikat (al Bidaayah wan Nihaayah I/35-49)

Maraji' :

Memasuki Dunia Malaikat, Shalahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Syawwal 1427 H/November 2006 M. Semoga Bermanfaat

"Fa maadza ba'da-lhaqq, illa-dl_dlalaal"Leo ImanovAbdu-lLahAllahsSlave



UNTUK kawan - kawan yg seach blog INI, TINGGALKANLAH sepatah DUA comen UNTUK dijadikan tanda PERINGATAN buat saya... UNTUK MELAWAT blog anda pulak YA..Insyaallah.. dan Kalau ade terkasa bahasa.. saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... yg buruk itu datang dari saya.. yang baik itu datang dari allah swt.. wasalam

MEROKOK....ANTARA HARAM DAN KEBURUKANNYA..

Di antara kesan sampingan merokok termasuklah :-

1. Deria hidung kurang sensitif.

2. Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini

lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi

termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.

3. Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan

untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang

itu kerap merokok.

4. Keupayaan fizikal dan mental terganggu.

5. Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan

oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang

hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.

6. Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.

7. Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.

8. Penyakit jantung.

9. Kanser larinks dan esofogus.

10. Kanser paru-paru.

11. Kanser pankreas.

Keburukan Merokok Pada Orang Lain

Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang rokok sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah mereka lebih tinggi daripada aras normal.


Pesakit asma mudah mengalami sesak nafas apabila terdedah pada asap rokok sekian lama. Ini adalah kerana bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan dan lantas boleh mencetus serangan asma.


Mereka yang merasa sakit dada mungkin kerana angina lebih mudah mendapat serangan sakit jantung jika berada di tempat yang penuh dengan asap rokok. Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, jesteru menyebabkan sakit jantung.


Kanak-kanak lebih rentan mendapat demam selsema, batuk, bronkitis, pneumonia dan masalah pernafasan lain. Mereka juga terdedah kepada penyakit meningitis dan penyakit jantung kongenital sekiranya tabiat merokok tidak dibendung dari awal.


ROKOK HARAM!!!


Sekitar 442 ribu orang di AS mati setiap tahun karena penyakit yang disebabkan rokok. Penyakit kanser Paru-paru yang mematikan, 90% disebabkan oleh rokok. Rokok juga meningkatkan serangan Stroke/jantung hingga 50%. Rokok juga mengganggu penderita asma dan penyakit paru-paru lainnya.

Bahkan bagi perokok pasif (orang yang tidak merokok, tapi menghisap rokok dari perokok) sangat menbahaya. 3000 orang mati karena kanser paru-paru dan 35.000 karena serangan jantung setiap tahun akibat tidak sengaja hisap asap dari perokok (MS Encarta).

Di bungkus rokok jelas disebut bahwa merokok dapat menyebabkan kanser, serangan jantung, gangguan kesehatan janin, dan impotensi..

Oleh karena itu rokok boleh dikatakan haram karena merosak diri sendiri dan orang lain:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Al Baqarah:195]

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Mad-yan, saudara mereka Syu’aib, maka ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah olehmu Allah, harapkanlah (pahala) hari akhir, dan jangan kamu berkeliaran di muka bumi berbuat kerusakan.” [Al ‘Ankabuut:36]

“Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya” [Al A’raaf:56]

“Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan” [Asy Syu’araa:183]

Dari Sa’id Sa’d bin Malik bin ra, bahwa Rasululloh SAW bersabda, “Dilarang segala yang berbahaya dan menimpakan bahaya.” (Hadits hasan diriwayatkan Ibnu Majah, Daruquthni, dan Malik dalam Al-Muwatha’)

Allah dan Rasulnya menghalalkan segala yang baik dan mengharamkan semua yang buruk:

“Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” [Al A’raaf:157]

Sering orang merokok di tempat umum sehingga mengganggu orang lain. Bau dan asap rokok mengganggu orang lain. Ini adalah dosa besar. Jangankan rokok yang haram, orang yang makan bawang putih yang halal karena baunya mengganggu dilarang masuk ke dalam masjid:

Ibnu Umar ra. berkata:

Sesungguhnya Rasulullah saw. dalam perang Khaibar pernah bersabda: Barang siapa makan buah ini (bawang putih), maka janganlah ia memasuki mesjid. (Shahih Muslim No.870)

Anas ra.: Bahwa Dia pernah ditanya tentang bawang putih. Anas menjawab: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda: Barang siapa yang makan pohon ini (bawang putih), maka janganlah ia dekat-dekat kami dan jangan ia ikut salat bersama kami. (Shahih Muslim No.872)

Jabir ra. berkata: Rasulullah saw. melarang makan bawang merah dan bawang bakung. Suatu saat kami butuh sekali sehingga kami memakannya. Beliau bersabda: Barang siapa yang makan pohon tidak sedap ini, janganlah ia mendekati mesjid kami. Sesungguhnya para malaikat akan merasa sakit (karena aromanya) seperti halnya manusia. (Shahih Muslim No.874)

Rokok haram karena merupakan penbaziran. Jika sebungkus rokok RM9.60, maka sebulan orang tersebut harus mengeluarkan RM228.00 ringgit kalau setahun RM3456.00ringgit.. untuk hal yang menbawa penyakit kepada diri sendiri dan orang lain. Padahal duit tersebut boleh digunakan untuk pesekolahan 2 orang anak. Allah melarang sifat boros seperti itu:

”Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” [Al Israa’:26-27]

Merokok haram karena bukan hanya tidak berguna, tapi justru merosak:

Abu Hurairoh ra berkata: “Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sebagian tanda dari baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.” (Hadits hasan, diriwayatkan Tirmidzi dan lainnya)

Kalau mengerjakan hal yang tidak berguna saja berti ke-Islamannya tidak baik, apalagi orang yang mengerjakan hal yang merosak kan diri.

Orang yang merokok paling tidak menghabiskan 10 minit untuk setiap batang rokok yang dia hisap. Jadi kalau 12 batang sehari, dia menghabiskan 120 minit setiap hari untuk hal-hal yang merosak.

Mejoriti ulama berpendapat jika tidak makruh, maka rokok itu adalah haram. Oleh sebab itu, sudah saatnya ummat Islam meninggalkan rokok.

Fatwa merokok itu HARAM:

1. Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

2. Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

3. Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

Ulama yang menganggap merokok itu haram:

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok..

2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.

3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.
UNTUK kawan - kawan yg seach blog INI, TINGGALKANLAH sepatah DUA comen UNTUK dijadikan tanda PERINGATAN buat saya... UNTUK MELAWAT blog anda pulak YA..Insyaallah.. dan Kalau ade terkasa bahasa.. saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... yg buruk itu datang dari saya.. yang baik itu datang dari allah swt.. wasalam