SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Khamis, 7 Oktober 2010

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala


Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu. 

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 

3. Zakat dijadikan hutang. 

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

 5. Anak derhaka kepada ibunya.

 6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

 7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka. 

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan). 

14. Muzik banyak dimainkan. 

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

LAGU WARISAN...GPMS.....Hayatilah...!!!


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakt
iPulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat


Patutlah kita masing2 kepala batu & degil…suka sangat makan roti canai kat kedai mamak…tak sembahyang tu satu hal…ntah2 mamak tu hindu….lagi parahh… Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A. S.
Begini kisahnya…pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), “kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. ” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsing… Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu x payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.
Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi… Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org yang tinggalkan solat..tak gamakkan?tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang..mamak!! teh tarik satu, roti canai satu..ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat..kita pun makan bekas air tangan dia..gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.” Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Wallahua'lam

TIGA ANAK PENGSAN KETIKA URUS JENAZAH BAPA


PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu  jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa...tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apaka hyang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuahtempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meningga ldunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana saki tbiasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja dara hmula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata,celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira puku l11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata,"Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"

Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"

"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh diseluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir.Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya.Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata,telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah ituMaha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah untuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahula hberapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol dimuka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham it upengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi.Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah.Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, sendal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagisaya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya,darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.


KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau dijalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

Isnin, 4 Oktober 2010

CINTA


Cinta adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi sebagai satu perasaan murahan kerana turut bersandarkan nafsu. Kerana itu juga, istilah cinta menjadi mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan bersahaja.

Lafaz ‘AKU CINTA PADAMU’ atau ‘I LOVE YOU’ sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti degup jantungnya. Pendek kata ungkapan ‘AKU CINTA PADAMU’ sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian rendah, hingga ada yang mencemuh cinta itu sendiri. Mengapa, ya?

Bagi saya, ia mempunyai persepsi yang murahan kerana cinta yang sering disebut-sebut itu sebenarnya cinta fizikal. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dirasai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.

Sebab itu, bagi pasangan yang rosak, mereka boleh jatuh cinta selepas berkenalan sehari dan melakukan yang haram atas nama cinta, sedangkan cinta yang dirasai itu tidak lebih daripada cinta fizikal semata-mata.

Kerana itu, apakah cinta yang lebih bermakna? Pada saya cinta yang lebih bererti daripada cinta fizikal adalah cinta emosional. Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, membantu menelaah pelajaran, saling bersama pergi dan pulang kerja, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional.

Dari situ,menjelmalah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosionalah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi. Namun, cinta emosional yang disalahgunakan bisa terjadi bila mana si lelaki menabur budi untuk membeli body.
Cinta fizikal dan cinta emosional adalah dua peringkat cinta yang dilalui kebanyakan daripada kita. Bila mula bersatu sebagai suami isteri, rapatnya mengalahkan belangkas dan memalukan merpati. Semakin masa berlalu, kehadiran pasangan adalah rutin, cukup sekadar duduk bersarapan bersama di mana si suami asyik membaca akhbar dan si isteri seronok menonton TV.

Kasih sayang kian luput kerana kononnya si isteri perlu tumpukan masa untuk menjaga anak-anak sementara si suami mesti bekerja lebih kuat untuk ekonomi keluarga yang semakin membesar. Apabila usia semakin meningkat, si isteri perlu menjaga cucu dan si suami perlu beribadat di masjid pula. Maka, kedua-duanya bersama untuk menghabiskan sisa-sisa hidup menunggu mati kerana kasih kepada pasangan sudah luput.

Memanglah begini jadinya kepada banyak pasangan apabila hanya menikmati cinta fizikal dan emosional. Kedua-duanya tidak akan bertahan lama. Ia akan goyah jika tidak dianyam dengan cinta dimensi ketiga iaitu cinta spiritual.

Di manakah cinta spiritual? Perasaan cinta ini sukar menjelma jika tidak dirasai melalui suara hati. Kerana ia tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Oleh kerana ia tidak dicari, ia sukar ditemui. Namun, cinta fizikal dan cinta emosional yang disulami dengan cinta spiritual akan mengekalkan pasangan. Perasaan mawaddah wa rahmah, atau cinta dan kasih akan menghiasi kehidupan yang menenangkan.

Pasangan yang mengalami cinta spiritual akan saling membantu, saling bersama, saling intim, malah saling doa mendoakan agar kedua-duanya terus dapat bertemu di akhirat. Cinta fizikal dan cinta emosional akan gugur, tetapi cinta spiritual makin bersinar bila usia merangkak senja.

Cinta spiritual yang membawa ke syurga bukan khayalan di dalam lagu cinta, tetapi ia benar-benar ada jika kita mencarinya dengan menyuluh ke denai-denai di hati. Cinta spiritual adalah kunci kebahagiaan yang hakiki kerana ia adalah kepunyaan Allah Al Wadud.
Artikel ini telah terbit di akhbar Sinar Harian pada 10.3.10.
Ia juga pernah terbit di blog ini 4.10.10.