SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Khamis, 30 September 2010

Motivasi: Tarbiyah kendiri....lu Fikirlah sendiri..!!!


Pernah rasa keseorangan dalam usaha menjalankan tarbiyah(didikan) terhadap diri? Jauh dari rakan-rakan dan sahabat yang mampu membantu diri untuk menjadi hamba Ilahi?
Apakah kita apabila tercampak di mana-mana keseorangan, atau terputus hubungan dengan rakan-rakan yang berbuat kebaikan, maka kita tidak lagi perlu menggerakkan proses untuk membawa diri kita menjadi hamba yang Allah redha?
Lumrah manusia kuat apabila bersama, lemah apabila bersendirian.Namun bersendirian bukan alasan untuk terus berada dalam kelemahan.Di sinilah wujudnya tarbiyah kendiri.
Kita memproses diri kita sendiri.
Kenal Allah
Step pertama dan utama dalam menggerakkan proses tarbiyah kendiri ini, semestinya adalah dengan mengenal Allah. Hal ini kerana, apabila menggerakkan tarbiyah kendiri, keimanan adalah tunjang yang membuatkan perkara ini terus berjalan.
Dengan mengenali, betapa Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, Maha Memerhati dan Maha Menghitung, mengetahui betapa janji-janji Allah itu benar dan syurgaNya sangat mengiurkan, mengetahui betapa amaran-amaran Allah itu benar dan betapa nerakaNya sangat menakutkan, semestinya diri akan bergerak melakukan sesuatu untuk meningkatkan diri ke arah kebaikan.
Dengan mengetahui apa yang Allah suka, dan apa yang Allah benci, dapat membantu kita menggariskan perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang perlu ditinggalkan. Maka kita akan menyusun kehidupan kita ini agar mudah melakukan apa yang Allah suka dan kita akan berusaha mengelakkan diri dari melangkahi larangan-larangan Allah SWT.
Proses mengenali Allah ini, bukanlah ditinggalkan selepas tarbiyah itu berjalan.
Proses mengenali Allah ini juga adalah sebahagian dari proses tarbiyah itu sendiri.
Dan selepas kita menggerakkan diri kita berada di atas proses ini, insyaAllah kita akan lebih mengenali Allah SWT. Kasih sayangNya, cintaNya, marahNya, benciNya, janji-janjiNya, amaran-amaranNya, dan erti menjadi hamba kepadaNya.
Kalau tak kenal Allah, maka hilanglah tujuan dan matlamat menjalani proses tarbiyah, susahlah nak disiplinkan diri nanti.
Gerakkan diri
Satu perkara di dalam medan ilmu ini, yang menjadikan sesuatu ilmu itu tidak bermakna adalah tidak beramal. Kita tahu solat awal waktu itu dituntut, tapi kita lewat-lewatkan. Kita tahu baca Al-Quran itu penting, tapi satu muka surat pun tak habis sehari. Kita tahu tengok movie+drama itu semua melalaikan, tapi kita habiskan masa kita untuk itu. Tahu buat banyak kebaikan dapat rahmat Allah, tapi tak buat. Tahu buat banyak dosa menjemput murka Allah, tapi buat.
Dan begitulah dalam banyak hal kehidupan kita.
Kita tidak beramal, tidak menggerakkan diri atas apa yang kita tahu.
Maka proses tarbiyah kendiri adalah dengan kita menetapkan untuk diri kita sendiri dalam menjalankan apa-apa yang Allah mahu.
Memang nampak susah. Memang nampak banyak. Tapi rileks. Kena ingat, kita manusia biasa. Bukan malaikat. So, mula dengan sedikit. Bak kata orang tua-tua, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit.
Step utama dalam tarbiyah kendiri ini adalah tetapkan SASARAN dan buat JADUAL untuk mencapai sasaran itu.
Apa yang hendak dicapai dalam seminggu itu untuk proses tarbiyah?
Kita setkan yang mudah-mudah dulu. Kata la minggu pertama: Perkata wajib kena bagi clear. Maka cuba capai. Kita tambahkan sikit beberapa perkara sunat yang lazim agar dapat membantu kita. Sebagai contoh, membaca bahan-bahan fikrah(satu tajuk kecil tiga hari sekali), membaca Al-Quran sehelai sehari, tambah istighfar 70 kali sehari.
Buat jadual. Gerakkan.
Dan semakin lama, kita tambah lagi sikit. Sikit demi sedikit. Agar kita tidak rasa terbeban, dan memberikan pula ruang untuk kita menghayati, di samping ini menjamin konsistensi.
Bila sudah rasa stabil dan konsisten dengan sasaran mingguan yang ditetapkan, tambah. Dari solat fardhu sahaja, mungkin dah boleh ditambah solat sunat rawatib. Dari sehelai Al-Quran sehari, boleh tambah sehelai setengah atau dua helai. Dari istighfar sahaja, sudah boleh mula tambah selawat. Dan dari tiga hari satu tajuk bahan fikrah kita baca, boleh la buat dua hari satu tajuk bahan fikrah.
Slow-slow.
Tapi biasanya, slow-slow ini yang menjamin istiqomah.
Kita gerakkan diri kita dengan pacuan keimanan
Pastinya akan datang rasa lemah. Rasa tak nak buat. Rasa malas. Rasa letih dan sebagainya.
Itulah sebabnya saya katakan, mulakan semua ini dengan mengenal Allah. Bila rasa penat, rasa letih, rasa malas, kita ingat janji-janji Allah yang hendak membayar segala keletihan kita. Kita pandang sedikit ke hadapan dan melihat nerakaNya, apakah kita mahu ke sana?
Kita ingat betapa Allah suruh manusia itu berusaha, kita mengenang betapa Allah itu Maha Pemurah memberikan itu dan ini kepada kita, dan kita membayarNya dengan putus asa?
Kita melihat sejenak syurga yang penuh kenikmatan. Tidak cukup dengan penuh nikmat, kekal abadi pula kita di dalamnya. Dan kita hendak mendapatkannya dengan bersenang lenang dan bersambil lewa?
Memang tidak patut.Langsung tidak patut.
Kemudian kita melihat pula sekeliling kita. Mana yang lebih banyak? Yang membawa kita ke arah kebaikan, atau yang membawa kita ke arah kejahatan?Jadi, apakah jika kita tidak melakukan apa-apa, atau sekadar nak tunggu ramai sahabat baik ada bersama dengan kita sahaja, maka tidak akan ada anasir-anasir buruk menjengah kita?
Ahah.Di sini anda melihat urgensi tarbiyah.Walaupun seorang diri, kita perlu menggerakkannya.
Bukan untuk sesiapa sebenarnya. Untuk diri kita juga.Suka ke diri ni masuk neraka Allah?Ya. Hanya yang beriman sahaja yang akan memacu dirinya menggerakkan proses tarbiyah kendiri ini.
Penutup: Jaga diri baik-baik
Semua orang mahu jadi baik. Tapi tak tahu cara. Ada pula yang dah ada kumpulan yang menggerakkan program-program kebaikan, tetapi bila terputus, maka dia larut. Ada pula yang ada kumpulan usrah, ada program-program tarbawi, tapi bila balik rumah, tak jalankan.
Tragedi-tragedi ini berlaku kerana kita tidak memahami tuntutan untuk melaksanakan tarbiyah secara kendiri.
Ada cuti ke jadi hamba Allah?
Mana ada.Bersama-sama sahabat baik, itu hakikatnya hanyalah penambahan kekuatan. Akhirnya nak jadikan diri sendiri hamba yang Allah redha, tetap diri sendiri juga kena buat.
Sama-sama kita memandang lebih jauh. Pandang keluarga kita. Pandang masyarakat kita. Pandang sekali akhirat kita.Apa yang telah kita lakukan?Mari islah diri sambil perbaiki juga orang lain.
Tarbiyah kendiri, mari kita jalankan!
Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri ” Surah Al-Isra’ ayat 13-14.
Setiap orang dari kalian pasti diajak bicara Tuhan-Nya, tanpa penterjemah antara dirinya dengan-Nya” Hadith muttafaq alaih
“ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) Surah Al –Hasyr ayat 18.