SELAMAT DATANG KE LAMAN INI

ASSALAMUALAIKUM....Terima kasih kerana mengunjungi blogger saya ini...sudi kiranya membaca catatan dari minda seorang guru bimbingan dan kaunseling. Semoga apa yang dipaparkan dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang baik datangnya dari ALLAH SWT, manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..FIKIR...................FIKIRKAN...........DAN FIKIRAKANLAH

DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Islamic Widget

Islamic Clock

Rabu, 27 April 2011

ASAL MANUSIA DARIPADA TANAH KEPADA TANAH AKAN DIKEMBALIKAN

ASAL MANUSIA DARIPADA TANAH KEPADA TANAH AKAN DIKEMBALIKAN

Allah Yang Maha Kuasa berfirman “Maha Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu berpasangan-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan dari bumi, dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”[Yaasiin 36:36].

Nabi Muhammad (SAW) bersabda “Sesungguhnya, Allah telah menciptakan Adam dari segenggam tanah yang Allah ambil dari semua bahagian bumi; Oleh itu, anak-anak Adam datang ke bumi mengikut keseluruhan bahagian bumi tersebut , di antaranya ada yang berwarna merah, putih, hitam & lainnya di pertengahan, dan ada yang lembut, yang sedih, yang buruk dan baik “[Rujuk kitab Hadith Sahih].

Kini analisis sains yang di buat mendedahkan bahawa tubuh manusia itu terbentuk dari bahagian yang sama dari bumi seperti:-
a) air,
b) karbohidrat,
c) protein,
d) minyak,
e) vitamin,
f) hormon klorin,
g) perak,
h) fosfor,
i) kapur,
j) kalium,
k) natrium,
l) besi,
m) tembaga,
n) iodin dan mineral-mineral yang lain.

Semua mineral ini bersama membentuk pelbagai bahagian tubuh manusia. Mereka umumnya terbentuk di dalam tubuh manusia berdasarkan pembahagian yang tetap, stabil dan tepat. Hanya Allah Maha Pencipta yang mengetahui segala rahsia bagaimana mereka datang bersama-sama dan melakukan tugas seperti itu.

Ditemui bahawa jika mineral yang ada dalam pembentukan tubuh manusia dicerakinkan & dibentuk semula, ia akan memberikan kita benda-benda berikut: sekotak kapur tulis, sekotak mancis api, paku kecil, sedikit garam dan beberapa bahan lain yang tidak bernilai.

Namun, nilai kewangan bagi semua benda-benda tersebut tidak melebihi sepuluh Riyal. Bolehkah dipercayai bahawa nilai kewangan sebahagian besar tubuh manusia tidak melebihi sepuluh Riyal? Ianya juga akan bererti bahawa pakaian manusia atau jam tangannya lebih berharga daripada dirinya sendiri!! Bukankah begitu?

Oleh itu, apakah nilai sebenar seorang Manusia? Nilai universal yang banyak masuk ke dalam proses kejadian manusia tidak dapat disamakan dengan apa-apa pun; Begitujuga nilai sebenar seorang Manusia selepas proses pembentukan tubuh manusia.

Ada sebahagian masyarakat menjadikan manusia umpama sebuah mesin. Untuk menyamakan manusia dengan mesin bererti merendahkan nilai dirinya.

Sebuah benda harus dibandingkan dengan benda lain yang serupa dengannya. Jika tidak, seekor biri-biri atau unta akan lebih berharga dari manusia. Tetapi Islam memberikan status yang tinggi kepada Manusia dan mengangkatnya di atas melebehi ukuran-ukuran materialistik kita.

Buktinya terdapat dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT: “Dan sungguh telah Kami memuliakan Bani Adam, dan Kami telah menyediakan bagi mereka pengangkutan di daratan dan di lautan;dan Kami telah memberikan mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami telah mengutamakan mereka atas kebanyakan dari makhluk yang telah Kami ciptakan dengan keutamaan yang banyak.”[Al-Israa' 17-70].

Di dalam ayat lain Allah berfirman:”Dan sungguh Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat:”Sujudlah kamu kepada Adam,”, lalu mereka sujud kecuali iblis,ia (iblis) tidaklah termasuk mereka yang sujud. (Allah) berfirman:”Apakah yang menghalangmu dari bersujud ketika aku memerintahkan kepada kamu?”, Ia (iblis) berkata:”Aku lebih baik darinya(Adam), Engkau telah ciptakan aku dari api dan Engkau telah ciptakan dia (Adam) dari tanah.”[Al-A'raaf 7:11-12] .

Oleh kerana itu, kita harus menghormati manusia, kerana Allah telah menjadikan malaikat untuk sujud kepadanya. Allah telah memberi penghormatan kepada manusia, oleh karena itu kita tidak harus merendahkan/menghina manusia.

Sumber: “Tidakkah engkau melihat ke dalam dirimu sendiri?”,

oleh Anas bin Abdul Hamid Elgoze.

Sesungguhnya kesembuhan itu milik ALLAH...


Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Mengingati saat menziarahi jenazah sepupu isteriku yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas berlaku kemalangan ditempat kerja telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?
Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hinggakan aku sendiri pernah bermimpi tentang KEMATIAN yang menjemputku...Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.
Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.
Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.
Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]
Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri aku sendiri
SEMOGA ANAK2KU...AHMAD ZHARFAN, NOR ATHIRAH DAN NOR ALIYA AKAN MENJADI ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH....AMINNN

SOLAT SELEPAS HAID: PERKARA YANG DIPANDANG RINGAN

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN.. Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!   Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )   Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"   Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.   Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..   Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :   1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) HURAIAN MASALAH : 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor. 3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib. -Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.   Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!   TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!   (Sumber dari teman-teman di facebook)

LATIHAN KEBAKARAN SMVKT

Latihan kebakaran peringkat sekolah telah diadakan pada 25 April 2011 hari Isnin bermula jam 11.30 pagi. Latihan ini telah mendapat kerjasam daripada Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu. Terima kasih kepada Unit Pencegahan Kebakaran Sekolah yang menganjurkan program laatihan ini dibawah penyelarasan UNIT SEKOLAH SELAMAT...

KESAN MINUM AIS....(AIR BATU)


Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.    

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak 
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. 
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. 

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Selasa, 26 April 2011

PERJUMPAAN KELAB FOTOGRAFI DAN KEWARTAWANAN

TUA TIDAK SEMESTINYA....SAKIT..


Ramai yang cukup sensitif dengan usia tua terutama golongan wanita yang sesetengahnya hingga sanggup untuk tidak mendedahkan usia ketika sambutan ulang tahun kelahiran mereka.
Persoalannya, mengapa isu tua adalah isu yang enggan dibicarakan secara terbuka?
Tidak lain tidak bukan kerana ia bersangkut-paut dengan tahap kesihatan.
Penyakit membatasi kehidupan yang harmoni. Namun sejauh manakah rakyat Malaysia berasa tenang tentang kesihatan diri masing-masing?
Laporan Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia 2010 oleh Philips menemui jawapannya, yang secara kesimpulan menunjukkan bahawa rakyat di negara ini berpuas hati dengan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Memang tidak disangka kerana skor kesihatan yang dicatat mencapai sehingga 71 peratus, yang merupakan tertinggi di kalangan negara-negara Asia Pasifik, bagaimanapun perasaan seronok dan yakin dengan kesihatan mereka ini merosot terus apabila mencecah usia 65 tahun dan ke atas.
Memegang status sebagai warga emas sekali gus menjadikan mereka tidak lagi yakin untuk beroleh kesihatan yang baik.
Dua perkataan, gemuk dan penuaan menjadi igauan golongan warga emas dan sudah tentu banyak lagi penyakit yang boleh terjadi daripada dua gejala ini.
Dalam kajian tersebut, golongan yang berusia 65 tahun dan ke atas menganggap bahawa tahap penglihatan mereka makin merosot, tahap kolesterol makin tinggi, sakit sendi, kencing manis dan kurang pendengaran antara penyakit yang akan mengancam kesihatan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kegagalan mengambil langkah pencegahan menyebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan. Ia seterusnya meningkatkan kos penjagaan kesihatan bagi individu terbabit.
Bilangan warga tua di Malaysia, mengikut laporan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia Pasifik (Escap) telah meningkat dua kali ganda kepada hampir 1.4 juta orang, turut memburukkan lagi keadaan.
"Indeks Philips merupakan barometer sosial yang membantu kami memahami dengan lebih mendalam lagi akan perasaan orang ramai terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka," ujar Lee Weng Siong, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Philips Malaysia.
Katanya, pengetahuan ini membolehkan Philips memahami tanggapan dan tingkah laku pengguna berkaitan kesihatan dan juga langkah yang boleh diambil bagi membendung, merawat atau mengatasinya.
Membimbangkan
Dalam kajian tersebut juga mendapati, meskipun permasalahan kesihatan yang berkaitan dengan berat badan dianggap sebagai satu ancaman, hanya satu daripada tiga rakyat Malaysia menganggap mereka mempunyai berat badan berlebihan.
Lebih dahsyat golongan ini tidak mempedulikan keadaan tersebut walau usia mereka makin meningkat.
Menurut laporan tersebut, tiga perempat daripada rakyat Malaysia yang berusia 55 tahun ke atas langsung tidak pernah mencuba untuk mengurangkan berat badan mereka.
Ia menunjukkan perbezaan jurang di antara tanggapan dan kenyataan yang sebenar, di mana data menunjukkan bahawa kegemukan merupakan permasalahan yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Hasil laporan juga mendapati 29 peratus warga Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 14 peratus mengalami obesiti.

JAMUAN MERAIKAN MURID DAN GURU YANG TERLIBAT DENGAN KAT

terima kasih cikgu2 dan para student yang terlibat ngan KAT....walaupun jamuan ini hanya dengan bersarapan pagi (menu : mee goreng ngan kepok keping dan air teh 0 @ teh ....Jasa kalian tentang dikenang...Untuk Team Rakaman dan Dokumentasi ...sekalung budi dan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan....You are the best team...

KEJOHANAN ANTARA TEKNIK@KAT ZON 8( TRG DAN KELANTAN)

Tahniah....Team Ragbi SMVKT...Johan zon 8
kejoHANAN  antara teknik (KAT) berlangsung daari 20 April hinnga 23 April 2011. KAT kali ini dijalankan secara bersama dengan SMTT.

KEM KEPIMPINAN EXCO DAN PENGAWAS SMVKT 2011

Kem Kepimpinan Exco dan Pengawas telah diadakan bermula 14 april hingga 16 april 2011. Kem kepimpinan kali  ini bertempat di Kembara Resort, Merang.

ceramahku bertajuk ...Ice Breaking

Isnin, 11 April 2011

kUALITI IMAN SEORANG MUSLIM

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." Baihaqi

Huraian :Pengajaran Hadis:
i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap
individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan
kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim
yang sebenar.

ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila
mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan
sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi
orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas
apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk
berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada
Allah.

iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala
senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada
Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,
jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya
mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya
akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

SMOKING....TAK NAK....!!!


Cigarette Smoking and Stress
Stress is directly proportional to cigarette smoking. All the smokers out there will be in agreement with this fact. It is a general slogan of all the smokers that because they smoke of stress.

But, this is a misunderstanding. Due to their smoking habit, people often get stressed. Even after quitting smoking, smokers often start cigarette smoking. The main causes for taking up cigarette smoking again are stress, social gatherings, alcohol, and parties.

There are several smokers, who want to get rid of this deadly chemical. They even say bye to smoking cigarettes after few failed attempts. But, after a certain period their urge for cigarette smoking begins.

They feel that without cigarette smoking, life is boring. Without cigarette smoking, the ex-smoker becomes nervous, upset and depress. These kinds of depressions are one of the effects of not smoking cigarettes.

We experience stress everywhere in our daily life. It can be job related stress or family stress or friends stress or financial stress. The ex-smoker wants to take the help of cigarette smoking in such stressful situations. He would go for cigarette smoking, as he thinks it to be helpful.

However, this is a complete misunderstanding of him. For example, you are having a lot of work pressure in the office. You would immediately think of having cigarette, if you use to smoke earlier.

Is It Reasonable Of Taking Cigarette Smoking Again
Featured Advertisers:


You are thinking about having cigarette, instead of organizing the schedule of your work. Can you give any cause for having cigarette smoking in this situation? Neither cigarette smoking can help you in easing the work pressure, nor can do the work.

Thus, there is no reason for cigarette smoking in such stressful situation. You are only making a fool of yourself. You are again making a way for the entry of numerous deadly chemicals. These chemicals will result in harmful deadly diseases. Moreover, cigarette smoking will also affect your near and dear ones.

Thus, the job stress is nothing in front of these deadly diseases. The cigarette smoking will make you more anxious. It increases the frustration. You will take another cigarette, when the first one ends.

In this way, you will start cigarette smoking again. After several failed and sincere attempts, you have quitted cigarette smoking. But, due to certain stress you are again taking it up. Remember that smoking will not get the solution for you, even, if you are going through some major crisis period.

Several times, we are unable to handle our circumstances. Such as, death of a near one or getting bankrupt, or major illness and ended up in taking cigarette. But, always remember that cigarette smoking is not going to solve your problem.
posted by Moderator @ 5:40 PM   6 comments

Bebaskan komputer anda daripada VIRUS...


Apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk memastikan komputer bebas daripada virus?.
Ini kerana sering berlaku keadaan membabitkan sesebuah komputer yang telah dilengkapi perisian anti virus tetapi masih berhadapan dengan masalah serangan virus. — Mohd. Faliq
Beberapa langkah yang boleh diambil
* Pastikan anda menggunakan filem, lagu, permainan, perisian atau program komputer yang tulen.
Ini termasuk bahan yang mengandunginya seperti DVD, CD dan lain-lain.
Berkemungkinan besar bahan-bahan yang tidak tulen tersebut juga mempunyai virus komputer.
* Sentiasa mengemaskini Windows dengan Windows Update pada laman web Microsoft.
* Sentiasa mengemas kini enjin atau program kemas kini perisian anti virus yang digunakan.
* Buat salinan pendua konfigurasi Windows menggunakan Systems Restore.
Namun ia tidak kebal kepada virus tetapi hanya beroperasi seperti biasa dalam masa tertentu sebelum kembali kepada keadaan yang di serang virus komputer.
* Tidak memuat turun program-program komputer yang dicurigai di Internet atau dalam e-mel. Sekiranya mahu memuat turun program komputer itu juga, ia perlu diimbas terlebih dahulu menggunakan perisian anti virus yang telah dikemas kini. Elakkan daripada program-program perkongsian fail P2P seperti Torrent dan Kazaa kecuali anda tahu dari mana fail tersebut di muat turun
* Melayari Internet dengan selamat. Pelayar web yang digunakan seperti Mozilla, IE dan sebagainya perlu dikonfigurasikan dengan selamat dan betul di bahagian fungsi sekuriti seperti sentiasa tidak membenarkan pop-up Windows atau tetingkap terbuka.
* Sentiasa mengimbas program atau fail komputer yang diperolehi daripada luar dengan perisian anti virus yang telah dikemas kini seperti cakera Flash USB, disket, CD, DVD dan sebagainya .
* Pasang program firewalls persendirian atau personal firewall untuk menambah baik sistem perlindungan komputer anda tetapi ia perlu dikonfigurasikan dengan baik.
Dalam Windows sudah terdapat program tembok api ini yang dikenali sebagai Windows Firewall. Program-program yang lain adalah seperti Zone Alarn, Sygate dan lain-lain.
Inilah antara langkah awal yang boleh diambil.
Soalan 2
Boleh terangkan apa perbezaan antara RAM dengan ROM.
Persamaan antara RAM dan ROM adalah kedua-duanya merupakan sejenis memori komputer.
RAM adalah singkatan untuk Random Access Memory dan ROM adalah singkatan untuk Read Only Memory.
RAM, simpanan data di dalamnya bersifat sementara manakala ROM pula simpanan data dalamnya adalah bersifat kekal.
Sebagai contoh, RAM akan digunakan untuk menyimpan segala maklumat atau data yang sedang dilarikan dalam komputer seperti membuka pelayar web untuk melayari Internet, membuka fail, bermain komputer dan sebagainya.
Sekiranya berlaku gangguan elektrik, komputer akan terpadam. Apabila komputer ini dibuka semula, segala maklumat atau data yang dibuka sebelum ini akan terpadam sekiranya ia tidak disimpan dalam cakera keras. Ini kerana ia disimpan secara sementara di dalam RAM.
Manakala ROM pula, biasanya ia digunakan untuk menyimpan maklumat atau data berkenaan dengan spesifikasi dan konfigurasi komputer seperti maklumat berkenaan dengan perkakasan dan sistem komputer seperti yang terdapat dalam BIOS (Basic Input Output System) dan sebagainya.
Apabila dibuka, data dan maklumatnya tetap sama kerana ia disimpan secara kekal dalam ROM.

migrain @ SAKIT KEPALA....


SAYA pernah melihat seorang wanita yang menderita migrain yang teruk sehingga dia menekan dan memukul kepalanya berulang kali.
Malah pada satu keadaan, si pesakit mengatakan terasa ingin menghantuk kepala ke dinding hanya kerana tidak dapat menahan sakit.
Kejadian itu berulang-ulang dan lebih kerap berlaku apabila dia datang haid.
Apabila dia mengambil ubat penahan sakit, kelegaan jelas kelihatan pada wajahnya apabila sakit akibat migrain itu berkurang dan dia dapat tidur dengan lena.Bagi pesakit migrain sakit kepala yang mereka alami ini diibaratkan sebagai ujian Allah yang ada kalanya amat mengecewakan.

Ini kerana pesakit terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan, malangnya ada sesetengah keadaan ubat penahan sakit juga sudah ‘lali’ atau sebati dalam diri mereka sehinggakan kesakitan tidak dapat dikurangkan.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, migrain adalah masalah berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku kepada wanita misalnya, sebelum dan selepas datang haid biasanya wanita mengalami migrain yang teruk dan akan hilang selepas haid.

Ada pula wanita yang mempunyai migrain, tidak mengalaminya ketika mereka mengandung sembilan bulan dan kesakitan datang semula selepas mereka datang haid.

Selain itu tekanan di tempat kerja, bunyi bising atau lampu yang silau juga boleh menyebabkan migrain.

“Ini kerana keadaan ini akan memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan urat saraf tegang seterusnya menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain,” jelasnya.

Selain itu, kurang tidur atau faktor pemakanan seperti seperti makan makanan tersimpan lama, makanan ditapai atau minuman mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, coklat dan keju turut menjadi penyebab kepada migrain.

“Secara umumnya migrain juga adalah penyakit keturunan kerana berkait rapat dengan sistem saraf.

“Justeru sekiranya ada ahli keluarga anda menghidap migrain anda juga berkemungkinan turut mengalaminya,” jelasnya.

Menurut Dr Zainordin, migrain berbeza dengan sakit kepala.

Serangan sakit kepala yang berlaku setiap hari adalah sakit kepala biasa dan bukannya migrain.

“Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali dan biasanya kesakitan seperti dicucuk-cucuk ini berlaku pada sebelah bahagian kepala saja.

“Ini diikuti rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan seperti gegaran yang kuat,” katanya.

Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.

Daripada segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf gentian yang melingkari sekitar saluran darah itu.

Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri menjadi bengkak.

Migrain biasanya menyerang mereka yang berumur 30 tahun ke bawah terutama pada usia 16 tahun ke atas namun ada kanak-kanak pada awal usia 10 tahun boleh diserang migrain namun ia sedikit berbeza.

“Migrain kanak-kanak biasanya mempunyai simptom seperti muntah atau loya.

“Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala yang teruk seperti mana orang dewasa,” jelasnya.

Dr Zainordin menjelaskan, migrain terbahagi kepada dua iaitu migrain biasa tanpa aura iaitu rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja.

Biasanya, ia diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit.

Pesakit juga akan sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.

Berbeza dengan migrain klasik (dengan aura) sebelum menyerang pesakit biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok.

Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Tambahnya, sakit kepala atau migrain bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan otak.

Ia biasanya muncul dengan tanda lain atau sakit kepala datang apabila tanda lain sudah ada.

Mungkin pesakit akan mendapat sawan atau masalah pada pendengaran dan penglihatan.

Pesakit juga biasanya akan mendapati tangan atau kakinya lemah seperti mendapat penyakit strok.

“Hanya satu peratus saja migrain mempunyai kaitan dengan tumor atau kanser otak dan selebihnya hanya disebabkan migrain.

“Biasanya pesakit kanser otak akan menunjukkan gejala yang teruk seperti kesakitan yang amat sangat pada kepala diikuti muntah, loya, hilang selera makan, kurang penglihatan dan pendengaran, seterusnya lemah tangan dan kaki,” jelasnya.

Menurut Dr Zainordin, tidak seperti penyakit lain, migrain ini tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dielak atau dikurangkan dengan cara berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubatan bersesuaian.

“Biasanya ubat penahan sakit seperti panadol, aspirin, ponstan dan synflex boleh dibeli di farmasi namun ubat ini lama-kelamaan tidak dapat mengurangkannya malah boleh menyebabkan penyakit lain misalnya kerosakan buah pinggang atau hati apabila diambil berlebihan.

“Biasanya ubat ini juga tidak lagi berkesan apabila diamalkan terlalu kerap walaupun dimakan melebihi hadnya,” katanya.

Justeru, pesakit digalakkan berjumpa doktor kerana doktor akan memberi ubat migrain sepatutnya seperti cafergot, ubat tahan muntah maxolon dan valium, sejenis ubat tidur yang diambil secara serentak dan secara berkala untuk mengurangkannya.

Selain itu, pesakit juga akan diberikan diari migrain dan meminta pesakit mencatat tarikh, masa, makanan diambil, jenis ubat serta keterukan migrain yang dialami mereka.

“Dengan adanya diari ini, doktor akan dapat memantau tahap kesakitan yang dialami pesakit serta dos ubat yang dapat diberikan,” katanya.

Selain ubat-ubatan, pesakit juga perlu mengurangkan tekanan dengan banyak berehat, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan migrain seperti minuman berkafein, coklat serta keju dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Apa yang penting, pesakit migrain tidak boleh murung kerana ini akan menyebabkan kesakitan mereka berulang.

“Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan sesuai,” katanya.

HOLIDAY AT BUKIT GAMBANG WATER PARK...7.4.2011


BAGI penduduk sekitar Lembah Klang, Sunway Lagoon, Desa Water Park atau Taman Tema Air Shah Alam merupakan antara destinasi pilihan apabila tibanya musim cuti persekolahan, cuti umum ataupun cuti hujung minggu.
Apa kata percutian kali ini ubah selera dengan membawa keluarga anda bercuti di luar kawasan Lembah Klang.
Mereka yang masih ingin menikmati percutian bertemakan air, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang terletak di Kuantan, Pahang.
Terletak kira-kira 35 kilometer (km) atau 30 minit perjalanan dari Kuantan dan dimiliki oleh Sentoria Themeparks And Resort Sdn. Bhd., BGRC menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan.
Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa lebih kurang dua setengah jam dan lebih mudah sekiranya anda mengambil susur keluar Gambang.
Dikelilingi rimba seluas 219 hektar, BGRC menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang tiada tandingannya.
Selain menjanjikan suasana yang mendamaikan, pelbagai aktiviti sedia untuk diterokai selain pelbagai kemudahan yang disediakan.
Dibuka Jun 2009, BGRC turut menyediakan penginapan berupa pangsapuri mewah, Caribbean Bay Suites (CBS) selain taman airnya yang pasti memberikan pengalaman sukar dilupakan.
Menawarkan 578 unit apartmen (enam blok), 440 unit suite keluarga, 120 unit suite studio dan 18 unit suite deluxe dengan harga berpatutan, CBS turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang, jakuzi, bilik mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran dan kedai cenderamata.
Tidak ketinggalan Caribbean Coffee House dan Caribbean Bistro yang menawarkan pelbagai menu masakan tradisional, timur dan barat.
Di sekitar resort, anda juga boleh bermain snuker, berkaraoke atau membeli barangan kraf tangan dan cenderamata di kedai Gift Shop.
Sementara itu, di ruang arked, anda sekeluarga boleh mencuba pelbagai permainan yang disediakan seperti kuda berpusing, buai dan banyak lagi.
Selain kemudahan hiburan, pihak BGRC turut merangka pelbagai aktiviti hiburan secara bermusim seperti persembahan artis, taman hiburan dan pertunjukan silap mata yang dijadualkan mengikut kadar pengunjung semasa.
CBS turut menyediakan 13 bilik mesyuarat yang terdiri daripada sebuah dewan serbaguna, tiga buah dewan utama dan 10 bilik mesyuarat pelbagai saiz dan ia sesuai bagi mana-mana syarikat yang ingin mengadakan seminar atau bengkel.
Sememangnya terkenal dengan pembinaan yang berkonsep resort bandar integrasi, BGRC menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dan hiburan untuk semua.
Pelbagai tarikan dan aktiviti pelancongan disediakan pada harga paling minimum.
Oleh yang demikian, tidak sah sekiranya tidak mengunjungi taman tema air yang turut dibina bersebelahan tempat penginapan.
Menawarkan taman permainan air terbesar di Pantai Timur dan dibina di kawasan seluas 60 ekar, kemudahan trem turut disediakan bagi kemudahan pengunjung berulang dari tempat penginapan.
Bertemakan Stay Cool, Get Wet, si kecil pasti teruja dengan Penguin Island, apatah lagi dengan kehadiran seekor ‘ikan pirana’ yang ‘memuntahkan’ 250 liter padu air.
Di sini juga, pengunjung boleh mengembara dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter (m) termasuk 50 m di terowong ais.
Bagi orang dewasa pula, tidak sah sekiranya tidak mencuba segala permainan yang disediakan seperti gelongsor air di celah pokok yang berusia ratusan tahun.
Turut terdapat di situ ialah Six Lane Racer, gelongsor air paling tinggi di taman tema air tersebut dan ia pastinya memberi pengalaman yang cukup ekstrem bagi sesiapa sahaja yang mencubanya.
Selain itu, terdapat juga crystal slide, galaxy slide, canopy slide dan family raft ride.
Untuk family raft ride, ia amat menarik kerana anda akan hanyut bersama ahli keluarga di dalam pelampung yang mampu menampung sehingga tujuh orang pada satu-satu masa dan menggelongsor laju sepanjang 220 m.
Selain gelongsor air dan kolam renang, anda juga boleh bergembira bersama ahli keluarga di pantai buatan, Coco Beach yang turut mempunyai ombak setiap 20 minit.
Untuk tempahan serta maklumat lanjut, layari laman web, www.bgrc.com.my atau hubungi talian 09-5488000 atau 03-89419898.


yANG pasti holidayku bersama famili tersayang...amat ,menyeronokkan dan berbaloi-baloi...heheheh

Sabtu, 9 April 2011

DOA UNTUK ANAK DENGAR KATA


Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
 "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.

Rabu, 6 April 2011

Saje-saje...nak suruh befikir sejenak....!!!

Panas membahang cuaca sejak hari itu,
Jarang sekali hujan turun,
Orang banyak sudah serabut rambut,
Angkara digaru kulit kepala yang gatal.

Gatal tangan ada ubat,
Sapu sahaja,
Gatal mata lain ubatnya,
Jangan pula ubat tangan sapu di mata,
Nanti pedih mata boleh buta.

Gatal ada banyak makna,
Orang kata budak sekian dah gatal,
Bukan dia gatal apa-apa,
Cuma perangai dia,
Adat orang remaja ingin berpunya,
Malu jika tiada pacar malu diejek taulannya,
Sudah rentak zaman ini.

Tak kurang orang yang dah senja usia,
Kubur sudah menyeru kedatangannya,
Tapi hati masih muda lagi,
"Macam keladi tua" orang kata,
Makin tua makin menjadi-jadi.

Orang tua selalu pesan,
Jangan gatal tangan,
Benda dah elok,
Biarkan sahaja.
nanti rosak atau pecah,
baru pdan muka.

Usia 17 tahun..tinggi hanya 22cm aje..


RAKYAT Filipina, Junrey Balawing bakal menjadi bintang apabila dia dikatakan akan memegang rekod dunia sebagai manusia terkecil. Pada usia 17 tahun, tinggi Balawing hanya 22 inci. Tubuh badannya pula lebih kecil daripada bayi berusia setahun.
Apabila usianya mencecahkan 18 tahun pada 18 Jun ini, dia bakal memecahkan rekod dunia - lima inci lebih kurang dari rekod sekarang.
Remaja kerdil itu langsung tidak membesar sejak ulang tahun hari lahirnya yang pertama. Malah, dia susah untuk berjalan dan tidak boleh berdiri lama.
Tetapi Belawing teruja apabila bercakap mengenai rekod dunia yang bakal diciptanya.
Katanya: "Kalau saya lelaki terkecil di dunia ia memang sesuatu yang hebat."
Junrey tinggal bersama keluarga dan tiga orang adiknya di sebuah kampung di wilayah pedalaman Norte di Zamboanga. Tetapi adik-adiknya membesar seperti biasa
Dia tinggal bersama ibunya, Concepcion, sementara dua adik perempuannya Jaycel, 13, dan Jeanritch, six, serta adik lelaki berusia 11 tahun, Jay-art ke sekolah.
Concepcion, 35, berkata: "Setiap hari Dia (Junrey) memerlukan perhatian setiap minit. Junrey hanya boleh berjalan jika dibantu dan tidak boleh berdiri lama kerana dia akan kesakitan."
Setiap masa ibu bapanya akan mendokong jika dia mahu ke mana-mana.
Bapanya, Reynaldo, 37, seorang tukang besi jarang berada di rumah. Apabila bapanya pulang Junrey akan dibawa bersiar-siar sekitar kampung dengan memikulnya di bahu.
Concepcion sedar bahawa pertumbuhan anak itu terhenti sebelum sambutan hari lahirnya yang pertama.
Katanya: "Dia selalu sakit dan kami perasan dia tidak membesar, jadi kami bawanya berjumpa doktor. Tetapi mereka seolah-oleh terpinga-pinga."
Ketika Junrey berusia 12 tahun doktor yang sama menasihatkan supaya dia diberikan vitamin - tetapi keluarganya tidak mampu.
Di sebalik tubuhnya yang kecil, Junrey memiliki selera yang sihat. Dia mampu menghabis sebuku roti dan jagung.
Sijil kelahiran hijau dan putih yang sudah pudar membuktikan dia lahir pada 1993 di rumahnya.
Walaupun dalam keadaan sukar untuk berjalan Junrey belajar menulis dan melukis serta apabila mampu dia akan membantu keluarga dengan memberikan makanan kepada binatang peliharaan mereka.
Concepcion menambah: "Kalau boleh saya mahu bekerja ketika anak-anak berada di sekolah. Tetapi saya tidak boleh tinggalkan Junrey.
"Tetapi dia sangat suka apabila saya memberitahu dia adalah lelaki yang paling kecil di dunia. Dia akan senyum bangga."
Pada masa ini gelaran lelaki paling kecil di dunia milik rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar, dengan ketinggian 26.4 inci.
Khagendra mengambilalih rekod yang sebelum ini dipegang oleh Edward Nino Hernandez dari Columbia dengan ketinggain 27 inci.
Gelaran lelaki terkecil di dunia mula menjadi persaingan apabila pemegang rekod itu He Pingping dari China meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 21 tahun Mac tahun lalu.
Jurucakap Guinness World Records berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan itu apabila Junrey berusia 18 tahun iaitu usia untuk melayakkannya mendapatkan rekod tersebut.
Sementara itu pada masa ini gelaran wanita paling kecil di dunia milik Hatice Kocaman, 21, dari Turki dengan ketinggian hanya 28 inci.
Dengan ketinggian 28 inci, Stacey Herald dari Amerika Syarikat pula merupakan ibu terkecil.

CAKAP BESAR ATAU BERKONGSI RASA...


Bercakap besar dan berkongsi rasa adalah dua perkara yang berbeza. Bercakap besar ialah menyampaikan kejayaan-kejayaan diri dengan wajah riya’, seolah-olah kita sahaja yang boleh mendapat atau mampu melakukan sesuatu sedangkan orang lain tidak boleh. Rasa bangga diri orang yang bercakap besar seumpama seorang kanak-kanak yang berdiri di atas busut seraya mendabik dada seolah-olah dia sudah berada di puncak gunung.

Sedangkan orang yang berkongsi rasa, menceritakan apa yang dialami serta kejayaan yang diperolehi dengan harapan si pendengar dapat mencontohinya. Kita di pihak yang menerima, andainya berfikiran positif, bersangka baik atau husnu dzon, kita akan memperoleh banyak sekali ilmu yang disampaikan. Sebaliknya, andainya kita mempunyai sikap negatif, bersangka buruk, atau suu dzon, maka apa jua kebaikan yang disampaikan akan disambut dengan senyuman sinis kerana memperlekeh apa yang dikongsikan.

Barangkali, oleh kerana bimbang dikatakan sebagai orang yang bercakap besar, maka kita ramai di antara kita lebih senang berdiam diri meskipun kita mengetahui sesuatu lebih daripada orang lain. Kejayaan kita dalam perniagaan, pendidikan anak hingga berjaya dalam kerjaya, pengurusan kewangan, teknik belajar, malah rahsia kita membuat teh tarik yang sedap adalah di antara kebaikan-kebaikan yang seharusnya dikongsikan dengan orang lain.

Kita mesti berani dan tidak segan untuk berkongsi rasa. Jangan sekali-kali kita berasa bimbang dianggap bercakap besar kerana yang utama adalah berkongsi ilmu. Tentu sekali dalam sepuluh orang yang mendengar perkongsian rasa kita, akan ada seorang dua yang mencemuh. Tetapi itu tidak harus mematahkan semangat kita untuk menceritakan kebaikan pengalaman dan pengajaran yang kita lalui.

Apa jua kebaikan yang kita peroleh itu tidak harus disembunyikan dari pengetahuan orang lain. Lagi ramai orang lain tahu mengenai kebaikan yang kita kongsikan, ia lebih bagus. Malah, daripada sudut agama pun, kita dituntut untuk menyebar kebaikan yang dialami sebagai tanda syukur kita terhadap nikmat Allah s.w.t.

Wa amma bi ni’mati rabbika fahaddith. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (zahirkan sebagai tanda bersyukur kepadaNya). Surah Ad-duha, ayat 11 jelas menggalakkan kita untuk berkongsi rasa. Itu jua cara untuk memperoleh pahala. Kerana itu, jangan rasa malu untuk menceritakan kejayaan-kejayaan diri.

Isnin, 4 April 2011

..rENUNG-RENUNgKANLAH

..Sesungguhnya, rezeki, kematian, kebahagian, kesengsaraan, kesehatan, sakit, kekayaan, dan kefakiran, semua itu sudah menjadi takdir. Tapi Allah menjadikannya sebab kematian yang diakibatkan oleh perbuatan manusia. Jadi takdir itu memang sebuah kemestian, tetapi Allah Rabbul Aziz memberikan hak kepada manusia untuk melakukan ikhtiar....

USAH LEKA JAGA IMAN KITA..




Gambar sekadar hiasan
APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.